Showing posts with label Entri bersiri. Show all posts
Showing posts with label Entri bersiri. Show all posts

September 3, 2012

Antara BM,I,A, DnT Part 3


BM yang baik adalah antara salah satu faktor utama yang dapat mengekalkan I dan A untuk terus menerus berjuang bersama DnT. 
Itulah antara perkataan sama tapi di waktu berlainan yang diungkapkan oleh beberapa orang-orang lama dalam DnT. Mungkin mereka disuruh untuk berkata demikian atau mungkin juga mereka berkata-kata daripada pengalaman. 

Apakah BM yang baik?
Aku mengklasifikasikan BM yang baik apabila I dan A mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas akan peri pentingnya terbentuk satu unit kecil masyarakat yang bakal membentuk masyarakat yang baik secara keseluruhannya. I dan A juga sedar akan keberadaan mereka di dalam DnT merupakan satu anugerah yang cukup bernilai maka membentuk BM adalah salah satu cara untuk mengekalkan nikmat DnT ini.

Maka bagaimana BM dapat membantu DnT? 
Sepertimana yang kita fahami, perjalanan mengangkat martabat Islam sehingga menjadi rujukan alam merupakan satu perjalanan yang amat jauh. Maka haruslah kita bergerak bersama-sama dengan orang yang punyai cara fikir yang sama, matlamat dan cita-cita yang serupa. Tiada salahnya jika membina BM dengan bukan I atau A, namun di khuatiri apabila mereka tidak mempunyai kefahaman seperti kita maka mungkin timbul masalah di kemudian hari. Mungkin jika pulang lewat mereka akan merungut., mungkin juga jika di hujung minggu terpaksa diluangkan bersama kawan bermukhayyam(camping) di atas gunung mereka bermasam muka. Mungkin juga ketika kita mahu bergerak laju dalam DnT maka mereka menjadi batu penghalang pula. 

Aku sering berasa teruja dan kagum melihat I dan A membawa anak-anak kecil mereka ke konferens atau mukhayyam. Satu benda yang mungkin tidak akan berlaku jika BM itu tidak dibentuk oleh I dan A. 

Sekadar pedoman kepada diri sendiri dan semua pemikir yang aku rasa hampir semuanya sudah mencapai tempoh matang. Hee :-)


June 18, 2012

Antara BM,I,A,DnT (Part 2)


BM yang disebut-sebut dalam post sebelum ini bukanlah BM yang boleh dicari di laman web atau sekadar bersatunya dua manusia berlainan jantina, tetapi ia lebih daripada itu. Ianya BM yang dibina berpaksikan kepada DnT, atas dasar kefahaman bahawa BM yang bakal dibina perlu memberikan satu impak yang besar kepada masyarakat sekeliling. Ini adalah satu pemikiran yang harus ditanam dalam pemikiran semua yang bersama dengan DnT.

Sebelum ini, aku merupakan seorang yang cukup skeptikal mengenai BM. Aku kadang-kadang kurang faham kenapa golongan pakcik-pakcik sentiasa membuka topik ini setiap kali berpeluang bersembang dengan para pemuda. Mungkin perkara yang sama juga dilakukan oleh makcik-makcik, itu aku kurang pasti. Sebelum ini juga aku berpendapat bahawa I tidak semestinya bersama dengan A untuk BM. Kononnya dengan membina BM dengan bukan A pasti akan menambahkan lagi bilangan A di masa hadapan. Mungkin ini adalah satu benda yang mudah kerana secara teorinya, seorang isteri perlu patuh kepada suaminya. Maka amatlah senang bagi seorang suami untuk mengajak isterinya untuk berjuang bersama. Namun perkara yang sebaliknya berlaku jika A membina BM dengan bukan I. Ada kemungkinan besar aktivisme A akan disekat, dikurangkan dan ditahan akibat tidak mempunyai cara fikir yang sama dengan suaminya. Ini adalah satu kerugian kepada DnT apabila seorang yang sudah bertahun-tahun dibina dengan DnT tapi pada akhirnya potensinya dibantutkan berpunca daripada BM yang dibina.

Mungkin ada orang akan menimbulkan isu bahawa BM antara I dan A juga banyak masalahnya. Ada yang tidak menjadi, ada yang eksiden di tengah jalan dan macam-macam lagi. Aku bukanlah mengatakan bahawa BM antara I dan A adalah yang terbaik tanpa cacat cela, kerana kita semua adalah manusia yang penuh dengan kekurangan. Mungkin juga kerana kita sering mencari kesempurnaan terlebih dahulu daripada mencari keberkatan.

p/s: Terpaksa dihentikan takut terlalu panjang.
p/s: Maaf jika anda kurang paham bila membaca post ini. 

June 17, 2012

Antara BM,I,A,DnT


Pernah sekali aku di 'grill' oleh seorang pelawat di blog (chatting di ym chatbox). Menanyakan dengan serius mengenai BM. Satu topik yang tidak pernah difokuskan. Hanya sekadar dengar dari orang lain malah bila bercakap mengenai BM pun hanyalah untuk berjenaka bersama rakan-rakan seangkatan. Hampir sejam juga diajukan soalan-soalan yang menyebabkan aku menggigit jari. Semua soalan dijawab dengan jawapan selamat agar tidak terperangkap dengan jawapan sendiri.

Musim panas ini sahaja hampir 10 orang yang aku kenali akan membina BM. Rasanya, inilah musimnya, fb dipenuhi invitation majlis perkahwinan, fb group batch menjadi tempat iklan kenduri. Aku doakan moga-moga yang dibina itu bakal menjadi satu batu asas yang kukuh kepada lapisan kedua dalam misi membawa Islam kembali ke puncak. 

Bila menanyakan kepada sahabat di Mesir mengenai BM yang dengar-dengarnya antara tempat paling aktif di luar negara dengan proses BM mereka, aku telah diberikan satu sisi pandang yang cukup menarik oleh sahabat tersebut. Antaranya adalah, musim exam merupakan satu waktu puncak untuk membincangkan mengenai proses BM dan akan reda bila hampir berakhirnya musim exam. Satu fenomena yang pelik namun aku memilih untuk tidak memberi sebarang kritikan atau pandangan memandangkan tidak berada di Mesir untuk memahami keadaan sebenar yang mendorong pemikiran para pelajar disana. 

Ramai yang berpandangan, BM itu dibina semata-mata kerana mereka cukup jelas dengan hukum agama bahawa ber'couple' itu jelas haram. Ini adalah satu pemahaman yang bagus, namun jika ianya sekadar memahami bahawa BM hanyalah menghalalkan yang haram maka itu adalah satu masalah yang cukup kritikal dan bakal merosakkan tujuan sebenar BM. Walhal BM itu adalah satu tunggak kepada pembinaan masyarakat yang cukup penting. 

Memandangkan aku tak suka baca post yang panjang, menulis yang post yang panjang lagi la aku tak suka. InsyaAllah diberikan umur, masa dan kesihatan untuk mengupas mengenai I,A dan D di post seterusnya. Kali ini hanyalah intro kepada BM.


November 24, 2011

Aku Sayang Kamu



Entah macam mana tiba-tiba saja terpikir nak sambung episod cinta ni. Post terakhir yang berkisar pasal cinta ditulis lebih kurang dua tahun lepas. Mungkin ada inspirasi yang tidak perlu dinyatakan disini. Dangerous.

Aku Sayang Kamu, Saranghaeyo, I love u atau aishiteru(dicuri dari lagu tiga kata) adalah perkataan wajib bagi orang bercinta. Namun sedarkah kita bahawa ungkapan itu semuanya palsu?? Why? Kenapa ya??

Ok. Kita sayang mak ayah kita kan, kadang-kadang kita sayang pada cikgu kita, kawan baik kita, orang yang bila kita lama tak jumpa rasa rindu. Cuba evaluate apa beza sayang tu dengan perasaan sayang pada orang yang kita minat. Pasti berbeza kan. Apabila kita sayang kepada ibu bapa,cikgu atau kawan baik, perasaan sayang itu adalah natural tidak dipengaruhi "anasir-anasir" lain(sila paham sendiri). Dan tiada benda lain yang diinginkan dari mereka melainkan kasih sayang.

Sedar atau tidak sedar perasaan sayang kita kepada orang yang kita minat secara automatiknya akan dibayangi nafsu. Dalam kita mengucapkan aku sayang kamu, ada sesuatu yang kita mahukan. Kita mahukan sesuatu lebih dari kasih sayang. Tidak kiralah, dia tu kekasih ke, tunang ke, lusa dah nak kahwin ke,crush masa sekolah rendah ke, itulah yang berlaku. Tipulah kalau seseorang itu sayangkan seorang kekasih sama seperti dia sayangkan ibunya. Nampak tak bezanya???

Cukuplah setakat ini.Harap-harap kita semua berhati-hati dalam menjaga hati dan ucapan kita(terutama yang menulis). Perkara yang dah lepas kita jadikan peringatan supaya kita tidak mengulangnya lagi. Btw, aku sayang para pemikir yang tak pernah lekang dari berpikir(Ini takde nak apa-apa ye). hoho

May 23, 2009

Tadika (TAMAT)

Gegak gempita dewan ujian dengan jeritan gegirangan budak-budak tadika.Walaupun hanya sebilangan yang ada memandangkan budak tadika yang mengambil aliran jual beli sahaja yang tinggal. Yang ambil aliran lain( budak demand-supply dan budak techno) sudah berada di rumah masing-masing. Pengajian selama dua tahun sememangnya perit dengan pelbagai musibah dan juga ujian yang terpaksa dihadapi oleh budak-budak tadika. Namun segalanya sudah berakhir. Yang tinggal, hanyalah kenangan. Tapi aku rasa ada juga budak tadika yang langsung tidak mahu mengenang tadika Kombonto. Itulah lumrahnya, biarkan,biarkan. Yang penting adalah persediaan untuk melangkah satu peringkat yang lebih tinggi. Biarlah betul-betul bersedia. Jangan pula tersungkur di tengah jalan.

Teringin pula aku untuk membuat senarai tentang kejadian-kejadian menarik di tadika.Ini adalah sedikit sebanyak yang boleh aku ingat. Jika ada tambahan, janganlah segan untuk menambah.
  • Pada minggu orientasi budak tadika, senior yang menjadi ketua komandan telah mengajar teknik senaman untuk menghilangkan stress yang tenyata menambahkan lagi stress lagi-lagi masa tu beratur di tengah panas. Aku pun kurang pasti berapa ramai yang ingat cara melakukan senaman tersebut. Harap boleh recall balik.
  • Pada minggu yang sama juga, budak-budak diperkenalkan dengan lagu tema Kombonto iaitu '45 is the maximum' berserta dengan tariannya sekali. Ramai yang sama-sama menyanyi dan menari mengikut rentak seorang cikgu tadika(nama dirahsiakan) Tariannya pula agak menarik(ala-ala Pussycat dolls).
  • Tahun pertama berlalu tanpa konflik yang besar lagi mengancam. Semuanya tenang sahaja.
  • Khabar angin tentang pengharaman ais krim Pak Cik Rashdi jadi berita gempar. Sehingga ada yang demam. Hakikatnya, beliau pulang ke kampung halaman di seberang Sungai Golok atas sebab rindu akan kampungnya.
  • Pihak pengurusan membuat keputusan untuk menghantar budak tadika yang baru mendaftar ke sukaneka antara tadika seluruh negara. Mengamuk habis budak senior, mereka yang sudah lama berlatih sukaneka kemudian tak dapat pula peluang untuk jadi wakil. Mana boleh dilepaskan pada budak hingusan yang baru mendaftar. Mana mereka reti main lari dalam guni. Mana boleh!!
  • Bilik lukisan tangan yang terkenal dengan tahap kepanasan yang agak melampau di ubahsuai. Semua meja dikeluarkan kemudian dijadikan kerusi. Pelik bin ajaib. Mungkin boleh cuba di rumah masing-masing. Memandangkan semua meja telah di 'transformers'kan menjadi kerusi, maka bilik oven tersebut tidak lagi boleh digunakan. Kepada yang pernah di salai dalam bilik tu, jangan sekali-kali lupakan pengalaman berharga yang hanya ada di Kombonto. Budak-budak yang baru masuk tadika takkan dapat merasa lagi.
  • Tadika Kombonto menerima seorang cikgu kanan yang baru. Agak tegas orangnya. Banyak ceritanya bermula dengan kata ganti diri pertama iaitu 'Saya'. Yang paling menarik, budak yang lewat ke tadika di denda menulis karangan pendek. Memandangkan budak suka menulis, ramailah yang datang lewat.
  • Sekeping surat ditampal di papan kenyataan. Surat rasmi pengharaman aiskrim Pak Cik Rashdi. Kali ini bukan lagi khabar angin. Pak Cik Rashdi yang dihubungi juga mendapat surat yang sama. Tamatlah era aiskrim Pakcik Rashdi maka bermulalah penguasaan total empayar nasi lemak.
Aku rasa ada lagi peristiwa penting yang aku tertinggal. Jika berkesempatan, senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa.

Kepada budak-budak yang bakal masuk ke sekolah rendah selepas result 6 Julai nanti, gunakan masa yang ada sebaiknya, jangan asyik main guli saja. Main masak-masak lagi bagus, nanti boleh masak kat sana nanti.


March 20, 2009

C.I.N.T.A.(EP 7)

Kali ini aku ingin mengajak pemikir mengkaji istilah-istilah yang biasa digunakan bagi golongan terpilih atau lebih dikenali dengan gelaran "Remaja Bercinta".

Jatuh Cinta

Istilah 'jatuh cinta' merupakan suatu yang dikira "common" bagi mereka yang menaruh hati dan perasaan terhadap seseorang. Biasanya "jatuh" digunakan untuk menggambarkan keadaan objek yang memecut dari tempat tinggi ke arah pusat graviti bumi dengan halaju malar. Objek yang jatuh pula akan mengalami kecederaan contohnya pecah,luka,patah atau mungkin juga mati di tempat kejadian. Atas dasar itulah kebanyakan manusia yang jatuh cinta secara logiknya akan mengalami simptom-simptom seperti yang telah disebutkan di atas. Oleh itu, First Aid Kit harus disediakan terlebih dahulu sebelum jatuh cinta. Ianya terbukti mengakibatkan kecederaan.

Mabuk Cinta

Apabila seseorang itu mula bergelumang dengan cinta, setiap hari mesti diluangkan dengan kekasih tersayang maka mereka akan dilabel sebagai orang yang 'Mabuk cinta'. Istilah "mabuk" biasanya dikaitkan dengan keadaan tidak waras(bengong/gila) dan tidak boleh berfikir dengan rasional. Punca kepada keadaan mabuk pula adalah akibat pengambilan bahan-bahan yang memabukkan seperti tuak atau arak. Hukumnya jelas haram dan hukumannya pula adalah 40 kali sebatan. Kepada mereka yang mabuk cinta, hati-hati ye, jangan sampai ditangkap oleh jabatan agama kerana 'Cinta' diklasifikasikan sebagai bahan yang memabukkan.

Dibius Cinta

Sebut saja istilah ini teringat pula ost cicakman 2 nyanyian Melly Goeslow dan Yusry KRU. 'Dibius cinta' merupakan keadaan dimana seseorang itu akan menjadi 'high' dan selesa dengan cinta yang diperolehi daripada kekasih tersayang. Istilah "Bius" pula biasa digunakan oleh doktor sebelum menjalankan pembedahan. Mungkin yang paling biasa kita dengar adalah ketika adik kita(atau kita sendiri) 'bersunat'. Sakitnya boleh tahan tetapi kesannya yang hebat. Bius sebenarnya digunakan untuk menghilangkan rasa sakit tetapi jika digunakan dengan kadar berlebihan akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan serta mungkin menghadapi risiko maut. Penggunaan ubat bius cinta juga mungkin menghadapi risiko sedemikian. Mungkin boleh rujuk disini apa yang perlu ada sebagai persediaan sebelum dibius cinta.

Kesimpulan yang boleh dibuat disini adalah 'Cinta' itu memudaratkan diri kita. sendiri. Kerana 'Cinta', anda mungkin tercedera, menjadi tidak siuman atau gila.

Sayangilah diri anda(Iklan jabatan kesihatan).





January 30, 2009

Tadika mengganas

Setelah sekian lama isu tadika tidak kedengaran, habis sahaja tahun baru cina bermacam-macam kontroversi bercambah di tadika. Jika tahun lepas, kisah pak cik Rashdi di 'banned' hanyalah ura-ura namun pada kali ini ianya suatu kenyataan. Aku lihar ramai yang pengsan di notice board melihat surat yang dikeluarkan oleh cikgu besar tentang menghalang budak-budak tadika dari membeli aiskrim khas pak cik Rashdi. Satu tamparan yang cukup hebat kepada semua budak-budak. Kononnya, akan pihak pengurusan akan menyediakan aiskrim yang setanding ataupun lebih dari aiskrim pak cik Rashdi. Tapi yang ada hanya NGPR. Aku sendiri pun tidak pernah rasa tertarik untuk mencuba. Budak-budak macam robot di tadika. Bangun pagi pergi sekolah, maen plastisin, makan kek gulung, balik rumah main bola beracun, malam mula la nak siapkan buku skrap yang bertimbun-timbun. Memang macam robot, nak makan pun dihalang. Mungkin suatu hari nanti nak guna jamban pun ada 'limit'. Mungkin.

Hari ini juga seorang budak dari kelas Enggang Berlian dikenakan tindakan tegas. Di panggil oleh penyelia tadika. Dipotong rambutnya. Aku pun cuak juga tadi, nasib baik selamat. Aku pun pelik, yang berambut panjang disuruh potong tapi yang berambut merah tak kena apa-apa tindakan pun. Dah memang tadika tu pelik kan, nak buat macam mana. Sekarang ada guru kanan baru, katanya ganas juga. Penyelia ganas. Cikgu disiplin pun ganas. Semua orang pun ganas. Harap-harap budak kat sini tak jadi GANAS dan PELIK macam tadika bila dah keluar nanti.




December 28, 2008

C.I.N.T.A. (EP 6)

permasalahan yang ingin aku lemparkan hari ini adalah mengenai bukti cinta@kasih sayang...apabila pasangan itu berkasih sayang maka bermacam-macam cara akan dilakukan dengan harapan perbuatan yang dilakukan itu menggambarkan betapa dalam cinta kepada pasangan masing-masing...jom kita sama-sama menilai apakah itu bukti cinta@kasih sayang yang aku senaraikan dibawah

  • bergayut berjam-jam menghabiskan masa serta duit mak bapak menanggung kredit prabayar mahupun pascabayar
  • berpegangan tangan di khalayak ramai supaya semua orang tau " ini awek@balak aku, aku sayang dia"
  • berpeluk-pelukan tanpa segan silu sebagai tanda kekasih sentiasa dilindungi (kononnya la)
  • bersunyi-sunyian di tempat sunyi semestinya untuk mendapatkan privacy, jauh dari gangguan orang luar
  • termengandung apabila kedua-dua ingin membuktikan betapa tingginya cinta terhadap kekasih hati.
mengikut kebiasaannya, apabila bukti cinta@kasih sayang ini telah ditunjukkan kepada peringkat max pasangan akan mula mencari alasan...sudah tidak sehaluan...mahu mulakan hidup baru...inilah yang berlaku sekarang...setiap hari ada saja bayi tak bersalah dibuang bagaikan sampah...kesian,sedih,kecewa,marah,bengang...itulah perasaan kita...namun jika kita juga berada dalam proses membuktikan cinta di atas maka marahlah diri sendiri,bencilah diri sendiri...mari kita sama-sama nilai diri kita...jika didapati ada bibit-bibit membuktikan cinta dalam diri kita, cepat-cepatlah sedar sebelum terlambat...hakikatnya kita bukanlah membuktikan cinta akan tetapi memusnahkan cita...

"Cinta hanya terbukti dengan ikatan pernikahan"

November 9, 2008

C.I.N.T.A.(EP. 5)

setelah sekian lama siri C.I.N.T.A. dihentikan kerana aku ingin lebih mendalami konsep-konsep cinta ni...hehe...maka atas saranan dari beberapa pemikir entri bersiri ini disambung dengan episod kelima...diharap dapat dimanfaatkan semua....

aku baru sahaja habis membaca buku karangan Ustaz Hasrizal, "Aku terima nikahnya"...ucapan terima kasih aku dahulukan kepada Perantau Kamal yang meminjamkan buku itu...sangat bermanfaat....aku sarankan para pemikir pinjam buku tu dengan member-member...kalau tak kedekut macam aku beli sajalah...hee...

satu benda yang menarik perhatian aku dalam buku tu adalah penyakit yang akan dialami oleh manusia-manusia yang bercinta..."JEMU"

ramai orang memilih untuk bercinta sejak dari kecil lagi....macam apa yang aku cerita dalam C.I.N.T.A(ep 1)....maka tempoh yang lama untuk menanti masa ke pelamin menyebabkan timbulnya rasa JEMU dalam diri mereka-mereka ini...

memanglah pada awalnya berjanji sehidup semati...'u jadi bunga i jadi kumbang'...'u jump i jump'...memanglah pada awalnya boleh sms setiap 2 minit....'watpe tu'...'katne tuh'....
memang rasa disayangi,dirindui,dicintai.....namun apabila sesuatu perkara itu dilakukan secara berulang-ulang untuk satu tempoh masa yang lama...perasaan JEMU akan muncul....

kononnya mahu fokus kepada pelajaran...mahu dekatkan diri dengan Tuhan...mahu lebih masa dengan keluarga...kononnya kita sudah tidak serasi...u dah tak macam dulu lagi...tapi sebenarnya JEMU...itu sahaja

memang ada yang berjaya mengatasi perasaan JEMU ini namun telah terbukti ramai yang kecundang....perasaan JEMU ini hanya boleh diatasi dengan perkahwinan kerana tanggungjawab dapat mengatasi segala-galanya....

jika kita masih belum bersedia untuk naik ke pelamin dalam masa terdekat ini tak payahlah nak bertarung dengan perasaan JEMU yang peluang untuk berjayanya amat tipis....lagi-lagi kalau yang bercinta sekarang lepas itu nak kahwin selepas dapat ijazah....selamat berjaya aku ucapkan

kepada pemikir-pemikir....pikir-pikirlah ye

November 8, 2008

Semua Berakhir

mengamuk cikgu kanan kerana di kaitkan dengan ketiadaan pakcik rashdi selama 2 hari berturut-turut...namun pada pandangan aku penjelasan sepatutnya diberikan awal-awal lagi sebelum timbulnya bermacam-macam spekulasi....tindakan lambat pengawas mengawal keadaan mungkin jadi punca sebenar...maaflah cikgu kanan....anda menjadi mangsa kali ini...

apa-apa pun yang terjadi...semuanya telah berakhir....spekulasi telah berakhir....demam budak-budak tadika pun sudah berakhir...cuti pakcik rashdi pun berakhir jua...

sekarang aiskrim sudah boleh dinikmati seperti sediakala...namun satu amaran keras kepada budak-budak tadika ialah hentikan pembelian lolipop...itu saja...harap pertimbangkan kesan kepada peminat-peminat aiskrim yang memang anti-lolipop...

November 4, 2008

Berita gempar dari tadika

nampak sugul muka budak-budak tadika bila mendapat satu berita yang memang menyakitkan hati,melemahkan semangat,merobek kegembiraan berada di tadika yang sememangnya tidak berapa seronok...

"pakcik rashdi dilarang sama sekali dari menjual aiskrim di tadika", itu je beritanya..ringkas...tapi kesannya memang amat mendalam

sekarang tiada lagi aiskrim laici kang,aiskrim perisa tom yam,aiskrim parakau, aiskrim NGA dan macam-macam lagi laa aiskrim istimewa hasil tangan pakcik rashdi....

alasan yang diberikan cikgu kanan(bawah sket dari cikgu besar) adalah pakcik rashdi tu ada juga jual lolipop yang diharamkan di tadika...takkan sebab lolipop tu cikgu nak semua budak tadika kebulur aiskrim...dah la kantin tak jual aiskrim....

huhuhu....memang sedih hidup di tadika...ditindas macam tu je...kegembiraan yang satu tu ditarik begitu saja....nanti kalau cikgu nampak budak-budak tadika jadi tak berapa betul masa kat tadika cikgu tak payah buat-buat ambil tahu la sebab budak-budak tadika ni memang tak boleh hidup tanpa aiskrim pak cik rashdi

mungkin ini la masa terbaik untuk pengawas menjalankan tugas....nanti ada la juga hasil kerja korang yang budak-budak tadika nak ingat....sekarang ni yang budak-budak tadika ingat tentang pengawas hanya mesyuarat-mesyuarat yang dilakukan untuk mereka pergi melancong je....takde benda lain




Kisah di tadika

Ada sebuah tadika di suatu kawasan...tadika tu dicanang-canangkan sebagai tadika terbesar di daerah tersebut....memang gah namanya di serata tempat....melihat kepada luaran nampak seperti sebuah sekolah rendah elit untuk golongan berada....sebab tu ramai yang datang ke tadika itu...semuanya cukup lengkap...seronok...ada taman permainan....ada kantin...ada banyak buku belajar membaca....cikgu-cikgu semuanya baik belaka...

antara bilik yang selalu budak-budak tadika guna adalah bilik lukisan tangan.....memang besar bilik tu...siap ada microfon lagi untuk cikgu bagi arahan....ada projektor juga supaya cikgu boleh tunjuk lukisan-lukisan kepada budak-budak tadika.....bukan itu saja....ada 4 buah penghawa dingin kat dalam bilik tu.....bunyinya memang kuat....tapi bunyi je yang keluar...angin takdak pon.....memang panas bilik tu...budak-budak tadika dah la ramai...cikgu mengajar kat depan pon berpeluh-peluh....kesian...cikgu ajar lukis kucing, budak tadika lukis kereta...cikgu suruh lukis rumah, ada juga yang lukis jadi macam tahi...inilah penangan bilik lukisan tangan...rasa-rasa peperiksaan hujung tahun ni mesti ramai budak-budak tadika yang lukis pelik-pelik lagi...nak buat macam mana...fokus dalam kelas hilang...panas...rimas...tidak selesa...

tapi kan dekat tadika tu disiplin mesti kena jaga.....rambut budak-budak tadika mesti kena sikat tepi...mesti kemas....kalau tak mesti kena panggil dengan cikgu...kena marah lagi...
cikgu besar pernah kata....budak-budak tadika mesti kemas selalu...takut nanti pelawat datang tengok budak tadika ni berserabut malulah tadika....jatuhlah nama baik tadika terbesar dalam daerah tu....

mungkin cikgu besar lebih pentingkan nama baik tadika tu dari budak-budak tadika yang masih lagi belajar dalam bilik lukisan tangan yang macam oven tu....biarlah....nak buat macam mana lagi kan....pengawas-pengawas kat tadika pun bukan nak mengutarakan masalah kat cikgu besar....setakat dapat nama pengawas je la....

p/s: sabar je la ye budak-budak tadika

October 13, 2008

C.I.N.T.A.(EP. 4)

"Biarlah cinta itu bermula dengan ikatan perkahwinan"

Pujangga tak bernama

mungkin ramai yang tidak setuju malah melenting dengan satu kata2 yang diambil dari seorang pujangga tak bernama di atas....mgkin pujangga tersebut pon risaukan keselamatannya sbb tu laa tidak diletakkan namanya...

di zaman serba moden ini ramai remaja ketagihan cinta...fasa bercinta dianggap satu fasa yang perlu dilalui sebelum berkahwin...namun begitu berapa ramaikah yang bercinta berkesudahan dengan perkahwinan...berapa ramai pula yang putus cinta...berapa kali pula orang bercinta semula....jadi timbul tanda tanya...adakah relevan bercinta sebelum kahwin???


graf2 diatas dijumpai di internet...tidak diketahui kesahihannya...namun sekadar dijadikan rujukan boleh laa..

mungkin ini hanya gambaran secara kasar...tapi ada logiknya juga...
apabila fasa percintaan itu didahulukan sebelum perkahwinan maka kasih sayang di ramalkan akan semakin pudar selepas berkahwin kerana semua kemanisan cinta telah di sia2 kan di zaman remaja...

percintaan selepas kahwin pula memberikan hasil yang lebih baik kepada perhubungan kerana perkahwinan adalah masa untuk mengenali satu sama lain dan permulaan kepada percintaan mereka....

mgkin diri ini malas untuk menganalisis setiap satu graf itu maka bolehla di pikir sendri oleh pemikir2 yang mmg suka berpikir...

sekarang bergantung kepada pendirian masing2 utk memilih graf mana yang di ingini...sekian

September 29, 2008

C.I.N.T.A.(EP. 3)



aku agak terkejut bila terbaca berita mengenai penyebaran video lesbian di sebuah sekolah di mana pon aku xbrape pasti....tp yang menarik lagi menggerunkan adalah durasi video dua pasangan bermesra tu adalah lebih kurang 60 min....aku tpikir....ape laa bdk2 ni wat lama2 ekk....oooiiiii....stop2...xleh pikir byk2...korg pon xyah dok imejin laa...bulan posa nih...melalui laporan akhbar tu jugak ada disebutkan bhawa pompuan yg jd balak dalam video tuh mmg mempunyai ramai awek di keliling pinggang(huhu...aku sorg pon xdapat)...

pikiran aku jd gusar dengan berita2 sebegini yang memang menakutkan....bukan apa...takut nnt Malaysia jd laut mati kedua(bumi diterbalikkan macam kaum lut di sodom...laut mati skang)....risao2..

'STARTER'
'TOENG'
'LIGHTER'

mungkin istilah2 yang diperkenalkan diatas kurang familiar dengan telinga anda...aku pon dapat dari seorang shabat baik yg hanya ingin dikenali sbg Mr. Macho...dia pon tnya dr membe2 dia....yang kat atas tu sbenarnya nama2 gelaran yang diberi kepada pompuan2 yg jd rebutan balak2(pompuan gak) yg bukan dari kaum adam....mmg benda ni sgt berleluasa di sekolah2 satu jantina...klu sekolah laki pula kita biasa dengar istilah 'JAMBU'...

mereka2 ini mmg tidak terjerumus dalam cinta remaja...TP...lebih teruk dan menyedihkan dari itu mereka cuba pula cinta songsang@lesbian@gay...kenapa manusia ni nk melawan fitrah alam....setiap benda tu dah diciptakan berpasang-pasang...Allah dah jdkan semua bnda saling melengkapi...tp skang ni smua nk lawan Tuhan...keris sepatutnya tempat dia dalam sarung keris...tp skang ni keris nk letak kat keris...sarung keris dengan sarung keris...dari segi logiknya pon mmg xlogik....aku pelik...aku rasa aneh....aku takut...aku ter tanya2...apakah yg menyebabkan manusia jd cmni skang ni...

p/s: kepada mereka yg mmpunyai cinta songsang...berubahlah....

September 25, 2008

C.I.N.T.A. ( EP. 2)



mula2 skali aku nk ucap terima kasih kepada para pemikir yang banyak memberi feedback yang sangat berguna dalam membincangkan soal cinta ni...
kali ni aku nk mnulis panjang sket tp xla pnjang sgt pon...kang abes cpat aa plak siri C.I.N.T.A. ni ...haha...rajin2 laa bace ekk...

org slalu kata zaman remaja ni lah masa untuk bercinta...aku pon ada tpikir...ye x ye gak ape yang diorang ckp tuh..yelakn...masa muda ni skali je.....kita enjoy abes2....tp bile pikir2 balik ape sbenarnya yang kite nk klu bercinta masa remaja nih....adakah kita mmg bercinta kerana cinta atau bercinta kerana nafsu semata-mata....

sbb aku tgk org bercinta nih kdg2 lg hebat dari org yg dah kawen...pegang tangan tu wajib laa....duduk satu kerusi dua org tu mesti laa...berkepit setiap masa tu pasti laa...msg setiap 2 min tu mmg x pernah miss laa....call every 30 min utk report kedudukan tu mmg xleh nk elak laa....so timbul persoalan dlm otak aku yg dok berdenyut nih...itukah cinta???itukah tanda kasih dan sayang???

maaf jika aku katakan cinta remaja ni bukanlah cinta monyet yg slalu dperkatakn kerana bg aku istilah cinta monyet itu terlalu lembut tp cinta remaja ni adalah cinta orang jahil dan bodoh....maaf kerana mungkin terlalu radikal....maaf jika bahasa yang aku gunakan agak kasar(mmg sengaja guna pon).....maaf kepada membe2 yg sedang bercinta...mgkin pandangan aku ini tidak kena dengan jiwa dan perasaan korang ...nk raya ni xbek marah kt org kn...hohoho


p/s: jauhilah aku dari cinta remaja...aminnn

September 22, 2008

C.I.N.T.A.


zaman sekarang ni budak darjah 4 pon dah bercinta....

member2 aku kebanyakannya tgh mabuk cinta skang ni....

orang bercinta dianggap updated....

orang tak bercinta dianggap loser....

aku inginkan cinta...

tapi...

perlukah aku bercinta???

To be continue...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...