Showing posts with label Pikiran puitis. Show all posts
Showing posts with label Pikiran puitis. Show all posts

November 28, 2010

Jangan Mati

Hati terasa beku
Merengek benda tidak perlu
Hati kaku mengikut nafsu

Kau harus ingat siapa pegang jiwamu
Kau perlu sedar dimana titik mulamu
Kau perlu tahu ke mana arah jalanmu

Kau penggerak jiwaku
Enjin anggotaku
"Processor" perbuatanku
Pencetus pikiranku

Hoi hati!!!
Jangan kau mati..

June 5, 2009

Sampai bila

Sampai bila
mahu duduk di bawah
menjadi kuli serta amah
sedangkan kita tuan punya tanah

Sampai bila
mahu mengangkat tangan
mengharapkan imbuhan
menantikan subsidi dan bantuan

Sampai bila
mahu menjadi pengikut
semua benda hanya diturut
semata-mata mengisi perut

Sampai bila
mahu bertikam lidah
dendam kesumat yang takkan sudah
tak hairanlah kita yang kena ludah

Sampai bila
mahu berpegang pada prinsip "takpa"
"takpa, ini tanah kita"
"takpa,ada orang jaga kita"

Sampai bila
mahu ketinggalan
orang lain sudah ke bulan
kita masih di tepi reban

Sampai bila
BANGSAKU


February 6, 2009

Suka suki

Ada orang suka makan
Ada orang suka main bola
Ada orang suka cakap banyak
Ada orang suka belajar
Ada orang suka gitar
Ada orang suka pergi berkelah
Ada orang suka berjemaah
Ada orang suka tidur
Ada orang suka bertengkar
Ada orang suka gitar
Ada orang suka muzik
Ada orang suka tahan hak orang lain
Ada orang suka lompat parti
Ada orang suka ambil rasuah
Ada orang suka habiskan duit rakyat
Ada orang suka jadi bos
Ada orang suka pengikut

Lain orang lain sukanya
Lain hati lain cintanya
Lain otak lain pikirannya

Tapi kena sentiasa ingat

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Bahwasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahwasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

January 13, 2009

Syukur dan sabar

Bila kita diberikan nikmat maka lafazkanlah syukur
Namun jika di anugerahkan musibah maka panjatkanlah sabar
Kedua-duanya ujian bagi kita
Menambahkan iman
Membetulkan niat
Mengingatkan kita yang lalai

Supaya usaha sentiasa ditingkatkan
Supaya hari ini lebih baik dari semalam
Hari esok InsyaAllah lebih elok
Supaya diri dekat padaNya

January 3, 2009

Engkau Permata

engkau bagaikan permata
sangat bernilai
sangat berharga
menjadi idaman setiap manusia
anugerah kurniaan ilahi


jangan jadikan dirimu permata pakai buang
nescaya calar sini sana
dicanai tak rata
disapu tak kilat
permata tidak lagi bernilai
harga jatuh menjunam

lindungilah keistimewaanmu
sayangilah dirimu
pastikan permata untuk yang satu
yang ikhlas memakaimu
sampai akhir waktu

"Wanita , engkaulah permata"



December 7, 2008

Hati-hati

HATI
punca segala kebaikan
asal usul segala kejahatan
tempat terbitnya perasaan cinta
mula munculnya gelojak rasa

HATI
perlu sentiasa dicuci
dibilas dengan ayat suci
diingatkan sentiasa dengan saat mati
agar karat tidak menebal berinchi-inchi

HATI
di situlah target utama
tempat mesyuarat ahli jawatankuasa
lujnah syaitan sedunia
kerana ia punca segalanya

hanya satu pesanan dariku
untuk diri dan juga kawan-kawan ku
HATI-HATI


p/s: selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua muslimin

September 20, 2008

Mama...


Mama
aku masih ingat ketika itu
aku masih kecil
aku duduk di kerusi kecilku
mama menunggu tabah di luar kelas
sekali sekala aku menjenguk
memastikan mama ada di luar kelas
kerana aku takut
aku takut seorang diri

Mama
aku masih ingat ketika itu
aku menyatakan dengan lantang
aku sudah tidak mahu kesekolah lagi
aku lihat air mata bercucuran di matamu
namun ketika itu aku hanya
budak darjah 1 yang tidak mengerti
maafkan aku mama

Mama
sesungguhnya aku tidak dapat membalas jasamu
menampungku dalam kandunganmu selama sembilan bulan
langsung tidak pernah mengeluh membesarkan aku
cekal melayan karenah semasa kecilku
berkorban demi mendidik diriku yang nakal ini
tanpa pengorbananmu
tidak mungkin aku berada di sini
tidak mungkin aku mampu menulis seperti ini

Mama
tiada apa yang aku boleh berikan
sebagai tanda terima kasih
hanya doa dan munajat yang aku dapat panjatkan
semoga hidupmu sentiasa mendapat Rahmat dariNya

AKU SAYANG MAMA

September 17, 2008

Menangislah...




mata ini seringkali menangis


bila terkenang pemergian orang tersayang


bila bertengkar dengan dengan kekasih tercinta


bila aisya di madukan dalam filem ayat-ayat cinta


bila lakonan pelakon drama korea menyentuh perasaan kita


bila heroin filem hindustan terpaksa meninggalkan kekasihnya





NAMUN


(((O)))




pernahkan mata yang menangis tadi mengalirkan air matanya


mengenangkan dosa-dosa lampau yang selalu di lakukan


memikirkan kelalaian dari mengingati Yang Maha Esa


menggambarkan betapa pedihnya azab api neraka


mengingatkan kesalahan kita pada ibu bapa


menyesali segala sikap buruk kita


wahai mata


MENANGISLAH!!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...