June 6, 2011

Masa silam itu ukuran bukan rujukan

Teringat zaman dahulu kala belajar mengenai teori pengetahuan ( Theory of Knowledge), manusia itu sememangnya diselubungi segala persepsi. Sebagai contoh, tatkala kita melihat seorang remaja berdiri untuk memberi khutbah di hari Jumaat, terus timbul persepsi. Belajar di manakah budak ini dulu??Layak ke dia bagi khutbah?? Ilmu dah cukup ke?? Semua ini timbul sebelum sempat remaja tersebut menyampaikan khutbah. Disebabkan persepsi tersebut, isi khutbah semantap manapun tidak akan diendahkan.

Berbeza pula jika kita hanya mendengar khutbah tersebut tanpa melihat penyampainya(contohnya yang datang lewat solat jumaat), persepsi kita akan bergantung terus dengan isi khutbah dan bukannya penyampai. Mungkin kita akan merasa kagum dengan ucapan yang disampaikan hingga timbul perasaan ingin berjumpa dengan khatib yang disangkakan seorang alim yang penuh dengan pengalaman.

Contoh tersebut merupakan bagaimana kita membina persepsi dalam diri kita terhadap sesuatu. Tak masuk tajuk lagi ni.

Bagaimana pula persepsi kita terhadap orang yang sudah lama kita kenali. Mungkin rakan sekolah dahulu, mungkin orang yang pernah membuli kita dulu, mungkin dia pedajal kita dulu,mungkin kita tahu sikap/perangai dia . Persepsi pertama yang muncul dalam pikiran kita adalah berasaskan memori silam. Maka timbullah masalah jika orang tersebut yang sudah berubah itu mengajak kita ke arah kebaikan. Hati busuk kita akan mula berkata-kata : Dia dahulu jahat gila; dia ini mat gian ni, aku kenal sangat ni; dia ni kaki tonggang ni; dia ni dulu kaki clubbing ni; dia ni minah rempit kott. Walhal, yang diajak itu kearah kebaikan dan bukannya kepada kemungkaran. Namun disebabkan persepsi negatif yang menebal terhadap individu tersebut, segala ajakannya tidak akan diendahkan sama sekali.

Oleh itu, rujukan kita sepatutnya adalah masa sekarang dan bukannya masa silam. Zaman silam itu hanyalah ukuran. Ukuran untuk melihat sejauh mana manusia itu boleh berubah 180 darjah.Kita melihat zaman silam Umar al-Khattab yang pernah mengangkat pedang untuk membunuh Nabi S.A.W. namun itu hanyalah ukuran bagaimana Umar boleh berubah menjadi Khalifah kepada kerajaan Islam yang hebat dan berjaya menewaskan dua kuasa besar(Rom dan Parsi) semasa pemerintahannya. Perkara yang sama juga berlaku pada Khalid al-Walid yang mengepalai tentera Quraish menewaskan tentera Islam di perang Uhud. Namun yang menjadi rujukan adalah beliau dimuliakan dan digelar sebagai Pedang Allah tanpa diungkitkan kisah silamnya.

Maka, marilah kita sama-sama mengubah cara kita berdepan dengan persepsi dalam diri sendiri. Perkara yang perlu dan sangat perlu kita ingat sentiasa adalah masa silam itu ukuran bukannya rujukan.

3 comments:

Unknown said...

"You should Shen. You got to let go of the stuff from past, because it just doesn't matter. The only thing that matters is what you choose to be now" - Xiao Po the Panda

payidnazmi said...

betol2...umar diangkat namanya tanpa diendahkan masa silamnya..tapi kadang2 teringin untuk membersihkan masa silam..='(

Anonymous said...

kalaulah umat manusia dapat berfikir secara rasional........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...