October 25, 2012

Iman dan Epal


Fuhhh...akhirnya berpeluang untuk menulis lagi setelah hampir 2 bulan menyepi. Alhamdulillah. 

Terima kasih kepada anonymous yang memberi komen dalam post yg sebelum ini yang memberikan semangat kepada aku untuk menulis satu post sebagai jawapan kepada soalan beliau. 

Kita sentiasa di suruh untuk beriman, kita di ajar akan rukun iman yang enam, kita dengar pula nasyid dari Raihan "iman adalah mutiara", dalam al-quran juga banyak menyebut "Hai orang-orang beriman", malah perihal IMAN adalah satu perkara yang pokok dalam menelusuri kehidupan sebagai seorang manusia yang tahu dirinya diturunkan ke bumi sebagai abid dan juga khalifah.

Maka apakah iman?
Bagaimanakah dikira beriman?
Apakah kaitannya iman dan epal?

Apabila dibuka buku pendidikan agama islam, maka definisi iman itu adalah membenarkan dengan hati, ikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota. Namun itu adalah satu jawapan skema untuk mendapat 3 markah penuh bagi soalan definisi iman. Ianya satu definisi yang cukup tepat, namun ramai yang masih ragu-ragu apakah itu iman, kerana definisi di atas ini dulunya dipelajari sekadar untuk lulus peperiksaan. 

Antara definisi lain yang kita pernah dengar mengenai iman itu bermaksud 'percaya'. Maka kita pun menerima bulat-bulat tanpa difahamkan dalam-dalam maksudnya.

Mari kita lihat satu analogi mengenai iman. Mungkin ramai yang pernah mendengarnya, aku sekadar mengulangnya kembali. 

Katakan si A adalah seorang pemegang pingat emas olimpik dalam acara memanah. "Accuracy" panahan si A sangatlah tepat. Daripada 10 anak panah yang digunakan kesemuanya tepat mengenai bull's eye (bulatan merah di tengah papan bidikan). Jika diletakkan sebiji epal di atas meja lalu disuruh si A untuk memanah epal maka adakah kita akan percaya panahan si A akan mengenai epal tersebut ?  Melihat daripada statistik ketepatan panahan si A barangkali semua akan PERCAYA bahawa dia akan berjaya.

Untuk aktiviti kedua, diletakkan pula epal itu di atas kepala anda untuk dibidik oleh si A. Dengan saiz epal itu yang hanya 3cm ketinggiannya daripada frontal lobe(kepala) anda, maka adakah pada kali ini anda percaya bahawa si A dapat memanah epal dan bukannya frontal lobe anda?

Jika sekadar percaya sahaja, nescaya anda tidak akan berani untuk berdiri dengan sebiji epal di atas kepala menunggu anak panah meluncur laju ke arah anda. Apa yang membolehkan seseorang itu untuk berdiri bersama epal adalah YAKIN. Ya, bukan sekadar percaya tapi dengan keyakinan. Dia yakin bahawa anak panah si A takkan sesekali tersasar dan penuh yakin bahawa otaknya takkan tersembul keluar bersama-sama anak panah yang laju itu.

Itulah dia IMAN yakni PERCAYA ditambah pula dengan YAKIN. Ramai sahaja manusia yang percaya adanya hari akhirat tapi kehidupannya dunianya seperti tidak wujud hari pembalasan. Ini kerana masih ramai yang tidak yakin mereka akan dibangkitkan. Di mulut mereka mengatakan ya namun di hati masih lagi ragu-ragu. Orang yang yakin pasti akan berusaha bersungguh-sungguh kerana disana nanti hanya ada dua kesudahan syurga dan neraka. 

Sama juga dengan orang yang beriman dengan al-quran. Mereka bukan sekadar percaya ianya kitab suci tetapi yakin akan diturunnya kitab itu untuk menjadi petunjuk kepada seluruh kehidupan. Dan dengan keyakinan itulah mereka berusaha mempelajari dan mendalami maksud, arahan, larangan, gesaan, pelajaran di dalam al quran secara menyeluruh. 

Marilah sama-sama kita menilai semula diri sendiri, adakah kita sekadar percaya akan rukun iman yang enam ataupun kita sememangnya yakin dengan sepenuh hati tanpa boleh diusik walau sedikit pun keyakinan kita itu.

September 3, 2012

Antara BM,I,A, DnT Part 3


BM yang baik adalah antara salah satu faktor utama yang dapat mengekalkan I dan A untuk terus menerus berjuang bersama DnT. 
Itulah antara perkataan sama tapi di waktu berlainan yang diungkapkan oleh beberapa orang-orang lama dalam DnT. Mungkin mereka disuruh untuk berkata demikian atau mungkin juga mereka berkata-kata daripada pengalaman. 

Apakah BM yang baik?
Aku mengklasifikasikan BM yang baik apabila I dan A mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas akan peri pentingnya terbentuk satu unit kecil masyarakat yang bakal membentuk masyarakat yang baik secara keseluruhannya. I dan A juga sedar akan keberadaan mereka di dalam DnT merupakan satu anugerah yang cukup bernilai maka membentuk BM adalah salah satu cara untuk mengekalkan nikmat DnT ini.

Maka bagaimana BM dapat membantu DnT? 
Sepertimana yang kita fahami, perjalanan mengangkat martabat Islam sehingga menjadi rujukan alam merupakan satu perjalanan yang amat jauh. Maka haruslah kita bergerak bersama-sama dengan orang yang punyai cara fikir yang sama, matlamat dan cita-cita yang serupa. Tiada salahnya jika membina BM dengan bukan I atau A, namun di khuatiri apabila mereka tidak mempunyai kefahaman seperti kita maka mungkin timbul masalah di kemudian hari. Mungkin jika pulang lewat mereka akan merungut., mungkin juga jika di hujung minggu terpaksa diluangkan bersama kawan bermukhayyam(camping) di atas gunung mereka bermasam muka. Mungkin juga ketika kita mahu bergerak laju dalam DnT maka mereka menjadi batu penghalang pula. 

Aku sering berasa teruja dan kagum melihat I dan A membawa anak-anak kecil mereka ke konferens atau mukhayyam. Satu benda yang mungkin tidak akan berlaku jika BM itu tidak dibentuk oleh I dan A. 

Sekadar pedoman kepada diri sendiri dan semua pemikir yang aku rasa hampir semuanya sudah mencapai tempoh matang. Hee :-)


August 21, 2012

Ramadhan 1433 H Selected Tweets


Alhamdulillah, tamat sudah madrasah Ramadan untuk tahun 1433 H. Moga segala amalan kita diterima dan mendapat ganjaran kelak. Alhamdulillah juga tahun ini berpeluang untuk mengumpulkan tweet terpilih sempena Bulan Ramadan Bulan Quran. Kerana kita meyakini bahawa hidayah itu ada pada al-Quran, maka marilah kita kuatkan semangat untuk menelaah kitab petunjuk ini dengan sepenuh hati berulang-ulang kali. Moga kita diberikan hidayah yang dicari. Moga bermanfaat.

Untung laa manusia yang berusaha keras memahami kitab petunjuk. Al-Baqarah 2:2
When we invite others to do good, never ever forget about ourself. al- Baqarah 2:44
Kesilapan pertama kita di bulan Ramadan adalah memanggilnya bulan puasa kerana Ramadan sebenarnya adalah bulan Quran. Al-Baqarah 2:185
The mountains and birds know how to praise Allah (tasbeeh), how about us? Saba' 34:10
Yes, we are God's best creation but we can be equal to animal and far worst than them. Al-A'raf 7:179
Strive hard for akhirah but never ever neglect our worldly needs. Al-Qasas 28:77
Don't perceive the day and night as normality in life as it is a great sign for those who want to understand. Ali-Imran 3:190
Have we ever wonder WHO is behind the small seed sprouting into a big tree then provide us with its fruit? Al- An'am 6:95
Look above you, the largest structure ever built without a single pillar. Are we not fascinated yet? Luqman 31:10
Janji ditepati, semua manusia pasti mati. Ali-Imran 3:185
How do we expect to get the guidance (hidayah) when we are not trying hard to understand the book that contain it. Al- Baqarah 1-3
‎"If you read the Quran with your head, you find repetition. If you read it with your heart, you find depth." - Tariq Ramadan
When we open our eyes in the morning and hear the fan rumbling above us, do we remember to be grateful? Al- mu'minun 23:78
Apa guna punya wajah cantik lg menarik di dunia jika di akhirat nnt wajah elegan lg molek itu dibakar api neraka.Al-mu'minun 23:103-104
Do we think that we were created for nothing? Just to live and to die? Al- Mu'minun 23:115
Ayat yg biasa digunakan sebagai pembuka kata jemputan kahwin namun jarang sekali dihayati bahawa hidup berpasangan adalah satu tanda kekuasaan Allah. Ar-rum 30:21
Jika bertemu raja di dunia pun manusia rasa kerdil apatah lagi bila berdepan dengan raja segala raja di sana kelak. Al-fatihah 1:4
Cuba bilang berapa banyak benda di muka bumi ini yg diciptakan manusia. Jawapannya=0 . An-Naml 27:60-61
Jika tidur di bln Ramadan pun dikira ibadah, kalau kita bekerja dengan niat yg betul mesti berlipat kali ganda ganjarannya.Al-Mulk 67:2
Jika kita tidak terasa apa-apa bila membaca ayat ini, mungkin hati kita telah ditutup rapat. Fatir 35:37
Our sleep at night is not just a part of our life, it is a sign of His greatness and mercy. Ar-rum 30:23
Allah has made our mouth capable of talking, then it is not impossible for him to make our hands and feet to talk for us. An-nur 24:24
Whenever you see people with different skin colors whether black,white,brown or yellow, see them as Allah greatness. Ar-rum 30:22
The sky,earth and everything in them have their own style of tasbeeh that we couldn't understand. How about us,the best creation? 17:44

July 16, 2012

Ramadan Bulan Al-Quran

2:185

Aku pernah menulis mengenai Ramadan 4 tahun lepas yang menjadi post paling awal di blog Pikiranku, It's Ramadhan, not fasting month, siap tulih dalam bahasa omputih lagi tuh. Maaf jika bahasa yang digunakan ketika itu agak kebudak-budakan yang comel. 

Mungkin kali ini nak membawa dimensi lain dan membetulkan pikiran kepada pemahaman mengenai bulan Ramadan. Di zaman ini, kita sering dikelirukan oleh media, iklan raya lebih menyerlah daripada iklan  Ramadan. Artis-artis sejak dari bulan lepas berhempas pulas menyiapkan penggambaran untuk episod khas raya, konsert raya, raja lawak raya yang bakal memenuhi kaca TV di pagi raya. Itulah fenomena yang berlaku di tempat sendiri.

Tahukah kita apa itu bulan Ramadan? Adakah ianya semata-mata bulan puasa? Ataupun ianya dikira sebulan sebelum tibanya hari raya? Ke memang kita main taram saja? 

Tahukah kita satu-satunya nama bulan yang disebut di dalam quran adalah bulan Ramadan? Tidak  pula disebut bulan Safar, Zulhijjah apatah lagi Ogos mahupun September. 

Dan yang paling menariknya, dalam surah al-Baqarah ayat 185, bulan Ramadan itu disebut bulan istimewa yang diturunkan al-quran di dalamnya sebagai petunjuk kepada manusia selepas itu barulah dikaitkan dengan puasa. 

Inilah satu perkara yang kita jarang terdetik untuk memahami. Ramadan sebenarnya adalah bulan al-quran. Istimewanya nabi Muhammad SAW adalah kerana mukjizat al-Quran. Beruntungnya umat akhir zaman kerana adanya al-Quran sebagai petunjuk. Sempurnanya kehidupan ini atas sebab turunnya al-Quran menjadi manual kepada kehidupan. 

Tapi kita sering memandang enteng. Bulan Ramadan hanyalah sekadar bulan berlapar dahaga, bulan berbazar Ramadan, bulan bermalas-malasan, bulan bermoreh, bulan bermain mercun, bulan menukar set kusyen baru, bulan menempah berpasang-pasang baju melayu serta baju kurung, bulan menanti kepulangan ke kampung halaman. 

Tahun ini, mari kita sama-sama tukar cara kita berhadapan dengan Ramadan. Bermula tahun ini, bila orang tanya ini bulan apa, kita jawab ini bulan diturunkan al-Quran petunjuk hidupku. Tahun ini ucapan kita bukan lagi sekadar selamat berpuasa, tapi ditambah pula selamat mendekatkan diri dengan al-Quran. Bukan setakat itu sahaja, kita gunakan semangat Ramadan untuk betul-betul belajar mencintai al-Quran. Membaca, memperbetul bacaan, mentadabbur, memahami dan mengamalkannya. Memanglah dalam masa sebulan ini tidak mungkin untuk diserap semua isi al-Quran. Tapi yang penting kita mulakan dari sekarang daripada tidak dimulakan langsung.

Berhentilah berlumba untuk mengkhatamkan al-Quran jika sekadar membaca tanpa memahami walau sepatah pun. Cuba wajibkan diri kita untuk setiap kali membaca al-Quran bersama terjemahannya sekali. InsyaAllah lebih berkat dan barulah tercapai tujuan al-Quran sebagai petunjuk. Bagaimana nak menjadi petunjuk jika tidak pernah memahami isinya, betul tak?

Dengan dekat dan cintanya kita kepada al-Quran, aku yakin dan pasti Ramadan kali ini akan menjadi luar biasa berbanding tahun-tahun yang lepas. Moga sahurnya lebih barakah, puasanya lebih manis, iftarnya lebih bermakna, terawihnya lebih khusyuk, dan qiamullailnya lebih menusuk jiwa yang telah mengeras sepanjang sebelas bulan yang lepas.
 
Moga kita dianugerahkan bulan Ramadan yakni bulan al-Quran yang terbaik kali ini. 



June 18, 2012

Antara BM,I,A,DnT (Part 2)


BM yang disebut-sebut dalam post sebelum ini bukanlah BM yang boleh dicari di laman web atau sekadar bersatunya dua manusia berlainan jantina, tetapi ia lebih daripada itu. Ianya BM yang dibina berpaksikan kepada DnT, atas dasar kefahaman bahawa BM yang bakal dibina perlu memberikan satu impak yang besar kepada masyarakat sekeliling. Ini adalah satu pemikiran yang harus ditanam dalam pemikiran semua yang bersama dengan DnT.

Sebelum ini, aku merupakan seorang yang cukup skeptikal mengenai BM. Aku kadang-kadang kurang faham kenapa golongan pakcik-pakcik sentiasa membuka topik ini setiap kali berpeluang bersembang dengan para pemuda. Mungkin perkara yang sama juga dilakukan oleh makcik-makcik, itu aku kurang pasti. Sebelum ini juga aku berpendapat bahawa I tidak semestinya bersama dengan A untuk BM. Kononnya dengan membina BM dengan bukan A pasti akan menambahkan lagi bilangan A di masa hadapan. Mungkin ini adalah satu benda yang mudah kerana secara teorinya, seorang isteri perlu patuh kepada suaminya. Maka amatlah senang bagi seorang suami untuk mengajak isterinya untuk berjuang bersama. Namun perkara yang sebaliknya berlaku jika A membina BM dengan bukan I. Ada kemungkinan besar aktivisme A akan disekat, dikurangkan dan ditahan akibat tidak mempunyai cara fikir yang sama dengan suaminya. Ini adalah satu kerugian kepada DnT apabila seorang yang sudah bertahun-tahun dibina dengan DnT tapi pada akhirnya potensinya dibantutkan berpunca daripada BM yang dibina.

Mungkin ada orang akan menimbulkan isu bahawa BM antara I dan A juga banyak masalahnya. Ada yang tidak menjadi, ada yang eksiden di tengah jalan dan macam-macam lagi. Aku bukanlah mengatakan bahawa BM antara I dan A adalah yang terbaik tanpa cacat cela, kerana kita semua adalah manusia yang penuh dengan kekurangan. Mungkin juga kerana kita sering mencari kesempurnaan terlebih dahulu daripada mencari keberkatan.

p/s: Terpaksa dihentikan takut terlalu panjang.
p/s: Maaf jika anda kurang paham bila membaca post ini. 

June 17, 2012

Antara BM,I,A,DnT


Pernah sekali aku di 'grill' oleh seorang pelawat di blog (chatting di ym chatbox). Menanyakan dengan serius mengenai BM. Satu topik yang tidak pernah difokuskan. Hanya sekadar dengar dari orang lain malah bila bercakap mengenai BM pun hanyalah untuk berjenaka bersama rakan-rakan seangkatan. Hampir sejam juga diajukan soalan-soalan yang menyebabkan aku menggigit jari. Semua soalan dijawab dengan jawapan selamat agar tidak terperangkap dengan jawapan sendiri.

Musim panas ini sahaja hampir 10 orang yang aku kenali akan membina BM. Rasanya, inilah musimnya, fb dipenuhi invitation majlis perkahwinan, fb group batch menjadi tempat iklan kenduri. Aku doakan moga-moga yang dibina itu bakal menjadi satu batu asas yang kukuh kepada lapisan kedua dalam misi membawa Islam kembali ke puncak. 

Bila menanyakan kepada sahabat di Mesir mengenai BM yang dengar-dengarnya antara tempat paling aktif di luar negara dengan proses BM mereka, aku telah diberikan satu sisi pandang yang cukup menarik oleh sahabat tersebut. Antaranya adalah, musim exam merupakan satu waktu puncak untuk membincangkan mengenai proses BM dan akan reda bila hampir berakhirnya musim exam. Satu fenomena yang pelik namun aku memilih untuk tidak memberi sebarang kritikan atau pandangan memandangkan tidak berada di Mesir untuk memahami keadaan sebenar yang mendorong pemikiran para pelajar disana. 

Ramai yang berpandangan, BM itu dibina semata-mata kerana mereka cukup jelas dengan hukum agama bahawa ber'couple' itu jelas haram. Ini adalah satu pemahaman yang bagus, namun jika ianya sekadar memahami bahawa BM hanyalah menghalalkan yang haram maka itu adalah satu masalah yang cukup kritikal dan bakal merosakkan tujuan sebenar BM. Walhal BM itu adalah satu tunggak kepada pembinaan masyarakat yang cukup penting. 

Memandangkan aku tak suka baca post yang panjang, menulis yang post yang panjang lagi la aku tak suka. InsyaAllah diberikan umur, masa dan kesihatan untuk mengupas mengenai I,A dan D di post seterusnya. Kali ini hanyalah intro kepada BM.


April 26, 2012

Produk kesihatan dan produk kehidupan

Secara natijahnya, manusia ingin hidup dalam kesenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Seorang yang berhati mulia akan punyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi apa yang dikecapi.

Maka apa pula kaitannya dengan produk kesihatan ataupun kehidupan. Aku melihat ada segelintir rakan-rakan yang menceburkan diri untuk menjadi bisnesman. Menjadi pengguna kepada produk-produk kesihatan dan pada masa sama menjana pendapatan untuk diri mereka sendiri. 
Silhouette di Puncak Sinai.
( Gambar tak berkaitan lgsung dgn tajuk)

Mereka ini cukup cekal hati, tetap pendirian dan paling penting, berusaha keras untuk menyampaikan kebaikan produk yang mereka gunakan untuk dimanfaatkan oleh orang disekitar. Makin ramai yang guna maka makin ramai downline. Makin masyuk la income tiap bulan. Tapi itu tujuan kedua, paling penting makin ramai yang makin sihat dengan menggunakan produk kesihatan ini.

Mungkin ada yang tahu dan ada sesetengah tidak tahu, bukan senang untuk berjaya dalam bisnes tersebut. Perlukan komitmen dan kesungguhan yang cukup tinggi. Setiap minggu pasti ada training yang dilakukan untuk melatih menjadi seorang yang berkepimpinan, mampu meyakinkan yang lain dan memberikan insight yang lebih tentang produk yang ditawarkan. Mereka juga mempunyai perjumpaan peringkat nasional dengan bisnesman-bisnesman yang lain untuk bertukar-tukar pendapat dan menambah lagi ilmu pengetahuan. Dan yang paling hebatnya, konferens yang mengumpulkan bisnesman seluruh dunia akan dilakukan setahun sekali. Cukup hebat. Inilah salah satu strategi yang cukup berkesan untuk mempromosikan sesuatu produk.

Maka apa pula produk kehidupan. Apa lainnya produk kesihatan  dengan  produk kehidupan? Macam sama je kan. Sebenarnya lebih kurang sama, namun ada perbezaannya. Bisnesman produk kehidupan seperti yang kita jangka mempromosikan produk kehidupan. Produk yang memberi kesihatan, keselamatan, kebahagiaan, kenikmatan dan segala macam kebaikan yang bukan sekadar berakhir di dunia malah berkekalan di akhirat. Bunyi macam menarik kan?? Kalau tak rasa tertarik maksudnya sia-sia aku pergi training..haha.

Salah satu kelebihannya produk kehidupan berbanding produk kesihatan adalah dari segi downline system. Downline untuk produk kehidupan bersifat infiniti, bermaksud jika ada seorang manusia yang menerima produk dari kita kemudian menyampaikannya kepada yang lain kemudian disampaikan lagi dan lagi dan lagi hinggalah saat langit digulungkan dan bukit dihancurkan. Maka, kita akan mendapat income untuk setiap apa yang disampaikan down the line. Perghhhh. Ini downline tahap 7 petala langit. Masyuk kan?

Produk kehidupan ialah produk yang mengajar kita erti sebenar dihidupkan di dunia yang sekejap ini. Produk yang mengajar cara memandang dunia dengan kaca mata al-Quran. Produk yang menilai segala sesuatu dengan penilaian neraca akhirat dan bukan neraca dunia semata-mata.

Sepertimana menjadi bisnesman produk kesihatan, untuk meyakinkan orang dengan produk kehidupan pun perlukan skills, teknik dan juga penguasaan tentang produk yang hendak dijual. Ada training course yang perlu dihadiri untuk menambah ilmu tentang produk, ada juga seminar untuk berjumpa bisnesman dari kawasan-kawasan lain menambahkan kebersamaan untuk memperjuangkan produk, ada pula perkhemahan..errr..pelik kan??tapi memang benar, ada perkhemahan kerana produk kehidupan bukan sekadar untuk mengisi jiwa tapi mempersiapkan fizikal. 

Harap-harap semua dapat nampak persamaan dan perbezaan produk kesihatan dan produk kehidupan. Moga rakan-rakan yang sedang giat mengusahakan produk kesihatan dapat sama-sama menjayakan produk kehidupan yang ganjarannya tidak akan putus sampai bila-bila. Kepada yang masih blur apakah produk kehidupan. Carilah mereka yang tahu. Aku yakin dan pasti, akan ada orang di sekeliling anda yang mengiklankan produk kehidupan kerana ianya produk tersohor di seluruh galaksi bima sakti. Moga satu hari nanti berpeluang berjumpa dengan Pemilik produk ini. Aminn. 




Bagaimana mahu melihat dunia

Gambar di Puncak Bukit Sinai, Semenanjung Sinai, Mesir

Kita (yang sebaya dengan aku) dibesarkan dengan ketahyulan. Masakan tidak, dari kecil lagi disumbat dengan buku-buku mastika, pelik tapi benar dan sebagainya. Ianya bagaikan satu fenomena di waktu kecil dulu. Mungkin ia bukanlah salah kita tapi disebabkan keadaan masyarakat Melayu khususnya yang sebati dengan ketahyulan. Tajuk-tajuk yang femes yang biasa kita dengar adalah seperti: 
Karpet terbang di Balik Pulau.
Pemuda dirasuk syaitan black metal
Pohon betik berupa wajah manusia
Kerbau putih jelmaan pawang
Apa yang ditulis diatas mungkin benar mungkin juga rekaan semata-mata namun itulah apa yang kita baca dahulu. p/s: aku pon baca ok.

Apabila kita meningkat dewasa, pandangan kita sudah mula luas. Melihat persekitaran, menilai keadaan dan mula mencari dalil untuk sesuatu yang berlaku. Namun begitu, sedikit terselit di dalam diri kita ini sikap sukakan benda tahyul.

Contoh yang paling tipikal adalah apabila kita merasa kagum jika melihat perkataan Allah atau Muhammad pada makhluk ciptaanNya contohnya pada awan, pada badan lembu, pada buah timun cina, pada daun, bila ada pokok yang sedang rukuk, dan sebagainya. Aku bukanlah mengatakan benda itu adalah tahyul seperti tajuk cerita dalam mastika di atas dan aku bukanlah nak menyekat kita dari merasa kagum tapi mahu mengajak kita semua untuk meluaskan lagi pandangan kita. Bukakan mata seluas-luasnya  maka anda akan rasa lebih kagum.

Allah telah mengajar kita di dalam kitabnya bagaimana cara untuk melihat dunia. Perkataan "alam taro annallah" (Ø£َÙ„َÙ…ْ تَرَ Ø£َÙ†َّ اللّÙ‡َ )di ulang beberapa kali di dalam al-Quran yang bermaksud "tidakkah kamu melihat apa yang Allah.."(jadikan, turunkan, berikan). 

Di dalam ayat-ayat tersebut, kita disuruh untuk melihat langit, bintang, gunung, bulan, melihat bagaimana awan dikumpulkan, diturunkan air melalui awan, dan dihidupkan bumi yang mati. Disuruh juga kita melihat langit yang kita junjung dan bumi yang pastinya kita pijak ini. Lihat juga bagaimana burung terbang di langit dan bagaimana unta dijadikan. 

Itulah cara pandang yang sebenar. Janganlah menunggu pokok durian mengeluarkan buah epal baru nak merasa kagum. Lihatlah pokok, lihatlah jari-jari anda yang menekan-nekan butang tetikus, lihatlah sekeliling dan jangan berhenti melihat selagi nikmat mata itu tidak disekat. 

p/s: ayat-ayat berkaitan 14:19, 22:63, 22:65, 39:21. kalau ada yang terlepas  pandang, bole la pemikir tolong tambah ye. 

April 12, 2012

Makhluk yang suka mencari kesalahan.



Hidup sebagai manusia natijahnya kita melakukan bermacam-macam kebaikan dan juga kesalahan. Kadang-kadang kebaikannya penuh setelaga, namun apabila setitik kesalahannya kelihatan di khalayak ramai maka riuh rendahlah sepelusuk dunia. Telaga yang dulunya disanjung-sanjung sekarang dihina, dicaci dek setitik kesalahan yang yang dianggap mengotorkan, membusukkan. Bagaikan kesalahan itulah yang membawanya ke neraka. Dilupakan semua perbuatan baik yang pernah dilakukan. Dipandang serong, dituduh pula tidak peka , tidak prihatin.

Jika ditekankan pen marker hitam ke atas sebuah papan putih sebesar dinding, maka terserlah titik tersebut. Maka disitulah mata makhluk tertumpu. Inilah yang dikatakan makhluk yang suka mencari kesalahan. Keputihan papan putih sebesar dinding itu langsung tidak diendahkan, yang ditumpukan adalah kepada titik hitam itu yang boleh dipadam dengan pemadam(taubat) sekali harung sahaja.

Manusia perlu mengubah cara pandang, lihatlah sesuatu atau seseorang itu kepada kebaikannya. Bukanlah bermaksud tidak perlu diendahkan keburukannya tetapi gunakanlah akal dengan baik. Jika kita melihat sesuatu yang baik dengan niat untuk mencari kesalahan kecil padanya supaya kita dilihat kononnya peka maka sebenarnya kita sudah tergolong dalam golongan makhluk yang suka mencari kesalahan. Mari sama-sama kita doakan agar segala keaiban kita yang berbukit-bukit yang tidak pernah diketahui oleh orang lain melainkan yang Maha Melihat akan ditutup di akhirat kelak. Jangan tunggu hari itu barulah terkial-kial mahu menutup aib sendiri.

March 13, 2012

Kita cepat melatah



Sudah menjadi fenomena di zaman muka buku sekarang ini manusia suka berkongsi apa yang di anggapnya menarik dan boleh memberi pengajaran kepada rakan-rakan yang lain. Memang tidak disangkal perkara ini amatlah positif. Manusia sekarang lebih suka untuk mengisi kekosongan jiwa dengan ilmu dan mengajak manusia lain kepada kebaikan.

Berkongsi itu amalan yang cukup baik, namun begitu, nampaknya kita mudah melatah, terlebih lajak dari laju. Sebelum ini pun pernah muncul artikel-artikel yang isinya semacam membawa kepada kebaikan namun kesahihannya cukup dicurigai. Dikatakan dari ulama ini dan ulama itu namun yang menulis artikel tersebut bukanlah ahli dalam bidang yang ditulis tapi bilangan share mencecah ribuan kali. Sedangkan kita sendiri tidak pasti mengenai sesuatu, tapi kita dengan bangga mengklik ikon share. Ini adalah satu tabiat yang tidak sihat.

Contoh yang gempar baru-baru ini adalah Kony 2012. Video berdurasi 30 minit memenuhi feeds mukabuku dan menjadi global trend di twitter. Ramai antara kita menerima bulat-bulat apa yang di tunjukkan di dalam video tanpa di selidiki, tanpa dilihat kedua-dua sisi. Malah, negara Uganda pun pertama kali kita dengari. Bukanlah bermaksud Kony itu orang yang baik, tetapi one side view akan menjadikan kita orang yang bias. Tidak semena-mena kita menjadi penghukum.

Kisah yang lebih dekat dengan kita adalah berita seorang ibu yang ditinggalkan anaknya di hotel beberapa hari lepas. Heboh segalaksi muka buku. Ada yang mencela, ada yang melaknat, ada pula yang mendoakan neraka kepada anak tersebut. Pernahkah terfikir bagaimana kita hendak memohon maaf dari anak tersebut jika kita ada terlaknat beliau. Berbuat dosa dengan Allah itu ampunannya taubat namun berbuat dosa dengan manusia itu tiada ampunan melainkan yang dizalimi memaafkan kita. Semua ini adalah kerana kita bersifat emosional dan bukannya analitikal. Menerima dan mempercayai suatu perkara hanya dari satu sumber dan yang paling jelas sekali kita cepat sangat melatah.

p/s: Teringat ayat ke-6 dalam surah al-Hujurat.

March 12, 2012

Jiwa Kosong

"AKU JIWA KOSONG"

Itulah yang tertulis di belakang baju-T seorang remaja yang sedang bersiar-siar di Jalan Bukit Bintang sambil memegang pinggang seorang wanita yang masih di usia yang mentah. Jikalau dia tidak memakai baju tersebut pun kita sudah dapat mengagak bahawa jiwanya kosong. Yang penuh hanyalah al-hawa dan dirinya sendiri.

Ya, manusia itu punya jasad dan jiwa. Ramai dari kita cukup prihatin akan penampilan jasadi. Jika kurus mahu digempalkan sedikit supaya tampak gagah, jika terlalu gempal mahu dikuruskan sedikit supaya tampak lebih macho. Bagi golongan wanita pula, bila keluar dari rumah, di sapukan foundation di muka, menutup jerawat yang baru tumbuh di dahi, risau kalau-kalau dipandang lelaki. Dicalitkan pula Lipice merah jambu yang terang ke bibir membuatkan drebar bas pun terpaku.

Kadangkala kita cuba mengisi jiwa dengan dunia. Di hiaskan dengan kemewahan, segala bentuk hiburan dan segala macam perkara yang kita anggap dapat mengisi kekosongan jiwa. Namun yang jelas, semua benda itu tidak dapat memenuhi fitrah jiwa yang mana tempat ditiupkan ruh oleh Yang Maha Kuasa yang sifatnya suci.

Jiwa itu takkan dapat dipenuhi selagi ianya bukan perkara fitrah yang suci. Tidak hairanlah jiwa itu tenang pabila mendengar alunan ayat suci, mengajak manusia kepada perbaikan dan mencegah yang mungkar, tidak hairanlah jika kita mengingatiNya jiwa menjadi tenang kerana Dia juga mengingati kita.

Moga kita kembali kepadanya dengan jiwa yang tenang( qolbin saleem) dan bukannya dengan jiwa kosong.


February 28, 2012

Berubah itu kadangkala mudah, yang payahnya...


Jika sebelum ini anak muda digesa untuk diubah berubah dan mengubah, kali ni nak tengok apa yang jadi payah bila dah berubah.

Semalam hampir 3 jam menelaah semua post yang ditulis dalam blog The Rocking Hijab sampai lebam biji mata. Sangat terkesan dengan kisah hidup penulis blog tersebut dan bagaimana hidayah Allah membolehkan beliau berubah sendiri tanpa melalui proses diubah dan sekarang dapat dilihat kesungguhannya untuk mengubah orang lain.

Sejujurnya selepas habis membaca blog tersebut, diri ini terasa begitu dhoif, terasa cukup lemah. Terasa selama ini pergantungan pada Allah belum cukup kuat. Terfikir semula berapa banyakkah sumbangan yang sudah diberikan.

Untuk berubah itu kadang-kadang senang, namun yang payahnya adalah menghadapi cemuhan, kritikan malahan ancaman kepada perubahan itu. Ada wanita yang segan untuk menutup aurat kerana takut kehilangan rakan baik, risau kalau-kalau dipulaukan. Ada lelaki pula terasa janggal untuk mengajak member lepak berjemaah ke surau kerana gusar jika digelar alim kucing dan akhirnya dia sendiri terlepas solat jemaah semata-mata kerana "menjaga hati" member. Kita merasakan apa yang kita hadapi sudah cukup payah sedangkan orang lain menerima ancaman yang lebih hebat, di halau dari rumah, disingkirkan dari keluarga, namum mereka tabah, mereka anggap itu semua dugaan dari Allah. Lemahnya diri kita ni kan?

Untuk berubah itu juga kadangkala senang, yang payahnya adalah untuk sentiasa berubah ke depan (baca meningkat). Ada yang berubah kedepan selangkah tetapi esoknya berundur 3 langkah. Memang betul iman itu turun dan naik namun yang perlu kita pastikan adalah di takat mana iman kita pada aras normal. Dari aras inilah kita dapat menganalisis diri sendiri. Bukanlah menggesa untuk mendapatkan numerical value untuk iman tapi paras normal ini dapat diukur dengan amal fardhi kita. Contohnya untuk mencapai aras normal , kita setkan untuk diri kita membaca 5 mukasurat al-quran. Jika kurang dari sasaran maka there is something wrong with ourselves. Seperti yang pernah ditulis sebelum ini mengenai kelajuan lebih penting dari pecutan dan mengekalkan momentum, aras normal ini perlu sentiasa ditingkatkan, diperkasakan selari dengan kemampuan kita.

Jika anda merasakan proses diubah,berubah dan mengubah ini susah, percayalah anda sedang diuji untuk memantapkan lagi diri. Dan jika anda merasa pula proses ini senang maka perhatikan semula diri, semestinya anda juga sedang diuji.

January 29, 2012

Anak Muda: Diubah, Berubah dan Mengubah



Membentuk cara fikir anak muda merupakan satu proses yang cukup rumit dan kompleks memandangkan pemikiran mereka semua sudah matang, pendirian mereka sudah tetap. Namun begitu jika cara fikir ini dapat dibentuk dengan adunan yang betul maka hasilnya adalah satu produk yang cukup hebat, penuh potensi untuk mengubah dunia.

Ada tiga proses yang perlu ada dalam membina jiwa anak muda ; Diubah, Berubah dan Mengubah. Proses pertama merupakan 'step' yang paling sukar kerana setiap manusia itu ada egonya. Bukan senang-senang saja terpedaya dengan 'suapan' nasi kandar ataupun 'lamb rib'. Namun itu bukan halangan, ada caranya untuk menundukkan ego, ada caranya untuk memberi suapan dengan penuh kasih sayang. Ya, ego pasti kalah dengan ikatan kasih sayang, ikatan ukhuwah. Apabila perasaan ego berjaya dibenam dan dijunam, anak muda sudah dikira bersedia untuk diubah.

Diubah tidak semestinya berubah namun itulah targetnya, diubah untuk berubah. Maaf ayat agak memeningkan. Proses untuk berubah akan memakan masa yang lebih lama daripada yang pertama. Anak muda perlu diberikan masa. Janganlah dipaksa-paksa atau diletakkan satu jangka masa yang tetap untuk setiap orang. Ada yang berubah serta merta ada pula yang berbulan-bulan malah bertahun namun target utama tercapai yakni berubah. Perubahan yang perlahan tapi konsisten lebih bagus dari perubahan yang laju tapi terkandas. Melalui proses berubah ini, anak muda perlu berani berubah dan sentiasa diberikan kekuatan, diberikan sokongan psikologi. Bukan mudah untuk berubah. Kadang-kadang diperli bagai nak rak. Di gelar ustaz/ustazah muda. Dilempar kata-kata " Baru bertobat ke Mat?", "Aikk..nak masuk rancangan ustazah pilihan ke??". Ya, mereka perlukan sokongan berterusan dan sila kenalpasti orang-orang yang memerli kerana mereka mungkin perli atas sebab tidak puas hati kenapa mereka tidak boleh berubah, maka pemerli ini juga perlu melalui proses "diubah". Sekali lagi ayat pening. Maaf. 3 perkara penting dalam proses ini adalah 'support system', keberanian dan kebergantungan kepada pemilik semua hati.

Mungkin ramai yang pikir proses kedua merupakan paling lama. Anda silap kerana proses mengubah mempunyai jangka masa infiniti. Proses mengubah adalah paling penting kerana tanpa proses ini maka 'cycle' akan terputus maka tiada siapa yang akan diubah dan berubah lagi. Mengubah bukanlah untuk untuk menjadikan seseorang seperti kita tapi menjadikan seseorang lebih hebat dari kita. Dan untuk mengubah itu tidak perlu menunggu diri sendiri sempurna dahulu kerana manusia tidak akan sempurna. Usah rasa takut jika ilmu tidak cukup kerana ilmu sememangnya tidak akan cukup sampai bila-bila. Ubahlah manusia dengan menundukkan ego, memberi sokongan dan yang paling penting penuh dengan kasih sayang.

Anak muda perlu sentiasa ingat : DIUBAH, BERUBAH DAN MENGUBAH

January 19, 2012

We are all One


Aku cukup bertuah untuk berpeluang berada di bumi asing di zaman ini. Bukanlah bertuahnya kerana boleh bermain salji atau bercakap slang British, akan tetapi rasa beruntung itu adalah apabila dapat melihat sendiri putik-putik sinar yang bakal mengangkat Islam kembali ke tempat asalnya. Lihat sahaja gambar-gambar dan video yang dimuat naik ke Facebook, muda mudi ceria bersemangat berkumpul bersama-sama. Ya, tanggapan anda kurang tepat, mereka bukan ceria kerana berpesta berseronok berdansa, namun keceriaan dan kegembiraan itu terbit dari hati yang mekar dengan ukhuwah dan penuh terisi dengan makanan ruh.

Rasa beruntung juga, proses mengumpulkan manusia ini tidak dilakukan satu pasukan sahaja. Dalam selang masa 2 minggu pada cuti musim sejuk yang lepas, beberapa program telah dianjurkan dengan penuh meriah, penuh kejayaan, penuh isinya. Rakan sekalian, ini adalah satu rahmat. Aku yakin dan pasti setiap perkumpulan yang dijalankan tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk mendekatkan diri peserta dan penganjur kepada Rabbul Jalil. Perkumpulan yang dijalankan tidak syak lagi bertujuan memperbaik dan membentuk manusia-manusia yang tahu tujuan berpijaknya kaki di bumi, ke mana kaki menuju.

Moga perjuangan kita tidak berhenti setakat di sini sahaja. Moga himmah kita tidak tertinggal di bumi asing ini kerana di tanah tumpah darah kita masih ramai menunggu untuk di bentuk dan di perbaik. Mari sama-sama bekerja ke arah kebaikan kerana kita semua 1ghayah(tujuan).

Mereka yang aku kagumi



Kadang-kadang melihat kepada diri sendiri rasa cukup sedih dan hina. Sudah bergelar Islam dari lahir lagi. Kecil-kecil lagi sudah diazankan di telinga, masa kanak-kanak sudah bertatih rukuk dan sujud. Masuk sekolah rendah dah mula hafal ayat kursi. Namun bila dewasa, penghayatan masih lagi kurang. Komitmen masih lagi pudar. Kemahuan masih lagi di tahap biasa. Mungkinkah kerana merasa sudah berada di zon aman. Yakin suatu masa nanti mendapat ganjaran. Sedangkan amalan tidak bertambah, jiwa tidak berubah dan penyakit hati makin parah.

Aku kagum melihat bagaimana mereka yang baru memeluk Islam di tempatku. Komitmen mereka cukup tinggi, tindak tanduk mereka amatlah terpuji, surau sudah menjadi kawasan ruji. Terasa sentiasa ingin bersama mereka, orang-orang yang rekodnya bersih sebersih bayi. Teringin menumpang rasa hidayah yang pernah sampai kepada mereka. Salah seorang dari mereka sudah boleh menghafal surah al-Waqiah walaupun baru masuk tahun kedua keIslaman. DANGG!! Kena kat dahi. Aku yang sudah berpuluh tahun pun masih lagi merangkak-rangkak menghafal surah-surah pendek. Sedih. T.T

Adakah kerana belum mendapat hidayah ataupun masih belum tiba seru. Ataupun sebenarnya masih tak nampak di mana letaknya agama sebagai cara hidup. Ataupun diri sendiri tidak pernah berdoa agar diberikan hidayah. Mungkin juga hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja dan lupakan sahabat-sahabat yang lain.

Sampai bilakah harus begini. Adakah mahu menunggu awan berbentuk naga baru hendak mengagumi ? Adakah mahu tunggu sejadah berdiri baru bergegas ke surau? Adakah hendak melihat matahari sudah lesap baru hendak bertaubat?

Bermulalah dengan mengagumi orang lain kemudian berusaha agar dapat menjadi yang dikagumi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...