April 26, 2012

Produk kesihatan dan produk kehidupan

Secara natijahnya, manusia ingin hidup dalam kesenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Seorang yang berhati mulia akan punyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi apa yang dikecapi.

Maka apa pula kaitannya dengan produk kesihatan ataupun kehidupan. Aku melihat ada segelintir rakan-rakan yang menceburkan diri untuk menjadi bisnesman. Menjadi pengguna kepada produk-produk kesihatan dan pada masa sama menjana pendapatan untuk diri mereka sendiri. 
Silhouette di Puncak Sinai.
( Gambar tak berkaitan lgsung dgn tajuk)

Mereka ini cukup cekal hati, tetap pendirian dan paling penting, berusaha keras untuk menyampaikan kebaikan produk yang mereka gunakan untuk dimanfaatkan oleh orang disekitar. Makin ramai yang guna maka makin ramai downline. Makin masyuk la income tiap bulan. Tapi itu tujuan kedua, paling penting makin ramai yang makin sihat dengan menggunakan produk kesihatan ini.

Mungkin ada yang tahu dan ada sesetengah tidak tahu, bukan senang untuk berjaya dalam bisnes tersebut. Perlukan komitmen dan kesungguhan yang cukup tinggi. Setiap minggu pasti ada training yang dilakukan untuk melatih menjadi seorang yang berkepimpinan, mampu meyakinkan yang lain dan memberikan insight yang lebih tentang produk yang ditawarkan. Mereka juga mempunyai perjumpaan peringkat nasional dengan bisnesman-bisnesman yang lain untuk bertukar-tukar pendapat dan menambah lagi ilmu pengetahuan. Dan yang paling hebatnya, konferens yang mengumpulkan bisnesman seluruh dunia akan dilakukan setahun sekali. Cukup hebat. Inilah salah satu strategi yang cukup berkesan untuk mempromosikan sesuatu produk.

Maka apa pula produk kehidupan. Apa lainnya produk kesihatan  dengan  produk kehidupan? Macam sama je kan. Sebenarnya lebih kurang sama, namun ada perbezaannya. Bisnesman produk kehidupan seperti yang kita jangka mempromosikan produk kehidupan. Produk yang memberi kesihatan, keselamatan, kebahagiaan, kenikmatan dan segala macam kebaikan yang bukan sekadar berakhir di dunia malah berkekalan di akhirat. Bunyi macam menarik kan?? Kalau tak rasa tertarik maksudnya sia-sia aku pergi training..haha.

Salah satu kelebihannya produk kehidupan berbanding produk kesihatan adalah dari segi downline system. Downline untuk produk kehidupan bersifat infiniti, bermaksud jika ada seorang manusia yang menerima produk dari kita kemudian menyampaikannya kepada yang lain kemudian disampaikan lagi dan lagi dan lagi hinggalah saat langit digulungkan dan bukit dihancurkan. Maka, kita akan mendapat income untuk setiap apa yang disampaikan down the line. Perghhhh. Ini downline tahap 7 petala langit. Masyuk kan?

Produk kehidupan ialah produk yang mengajar kita erti sebenar dihidupkan di dunia yang sekejap ini. Produk yang mengajar cara memandang dunia dengan kaca mata al-Quran. Produk yang menilai segala sesuatu dengan penilaian neraca akhirat dan bukan neraca dunia semata-mata.

Sepertimana menjadi bisnesman produk kesihatan, untuk meyakinkan orang dengan produk kehidupan pun perlukan skills, teknik dan juga penguasaan tentang produk yang hendak dijual. Ada training course yang perlu dihadiri untuk menambah ilmu tentang produk, ada juga seminar untuk berjumpa bisnesman dari kawasan-kawasan lain menambahkan kebersamaan untuk memperjuangkan produk, ada pula perkhemahan..errr..pelik kan??tapi memang benar, ada perkhemahan kerana produk kehidupan bukan sekadar untuk mengisi jiwa tapi mempersiapkan fizikal. 

Harap-harap semua dapat nampak persamaan dan perbezaan produk kesihatan dan produk kehidupan. Moga rakan-rakan yang sedang giat mengusahakan produk kesihatan dapat sama-sama menjayakan produk kehidupan yang ganjarannya tidak akan putus sampai bila-bila. Kepada yang masih blur apakah produk kehidupan. Carilah mereka yang tahu. Aku yakin dan pasti, akan ada orang di sekeliling anda yang mengiklankan produk kehidupan kerana ianya produk tersohor di seluruh galaksi bima sakti. Moga satu hari nanti berpeluang berjumpa dengan Pemilik produk ini. Aminn. 




3 comments:

Anonymous said...

knapa gmbar sinai? been there? *soalan tiada kena-mengena*

p/s; well-related. moga produk kehidupan tidak futur dalam mencari redha pengasas/pemiliknya (:

d4uh said...

@anonymous: saja letak...rindu suasana puncak sinai tmpat Allah berbicara dengan nabi Musa. sempat ke sana tahun lepas alhamdulillah..hee

p/s: produk kehidupan takkan futur selamanya, yang mungkin futur adalah bisnesmen produk..hee..moga di teguhkan hati

Qawiem Khairi said...

Sihat berkuasa tinggi. Ramai yang melupainya.
Sekali kuasa ini pergi, pasti kita akan menangisi hari-hari kebangkitan kita saat kuasa ini ada. :)

Pelaut Rabbani.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...