Kadang-kadang melihat kepada diri sendiri rasa cukup sedih dan hina. Sudah bergelar Islam dari lahir lagi. Kecil-kecil lagi sudah diazankan di telinga, masa kanak-kanak sudah bertatih rukuk dan sujud. Masuk sekolah rendah dah mula hafal ayat kursi. Namun bila dewasa, penghayatan masih lagi kurang. Komitmen masih lagi pudar. Kemahuan masih lagi di tahap biasa. Mungkinkah kerana merasa sudah berada di zon aman. Yakin suatu masa nanti mendapat ganjaran. Sedangkan amalan tidak bertambah, jiwa tidak berubah dan penyakit hati makin parah.
Aku kagum melihat bagaimana mereka yang baru memeluk Islam di tempatku. Komitmen mereka cukup tinggi, tindak tanduk mereka amatlah terpuji, surau sudah menjadi kawasan ruji. Terasa sentiasa ingin bersama mereka, orang-orang yang rekodnya bersih sebersih bayi. Teringin menumpang rasa hidayah yang pernah sampai kepada mereka. Salah seorang dari mereka sudah boleh menghafal surah al-Waqiah walaupun baru masuk tahun kedua keIslaman. DANGG!! Kena kat dahi. Aku yang sudah berpuluh tahun pun masih lagi merangkak-rangkak menghafal surah-surah pendek. Sedih. T.T
Adakah kerana belum mendapat hidayah ataupun masih belum tiba seru. Ataupun sebenarnya masih tak nampak di mana letaknya agama sebagai cara hidup. Ataupun diri sendiri tidak pernah berdoa agar diberikan hidayah. Mungkin juga hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja dan lupakan sahabat-sahabat yang lain.
Sampai bilakah harus begini. Adakah mahu menunggu awan berbentuk naga baru hendak mengagumi ? Adakah mahu tunggu sejadah berdiri baru bergegas ke surau? Adakah hendak melihat matahari sudah lesap baru hendak bertaubat?
Bermulalah dengan mengagumi orang lain kemudian berusaha agar dapat menjadi yang dikagumi.
2 comments:
masyaAllah akhi..tanda2 org beriman sentiasa rasa tidak cukup baik..sbb itu amal mereka sentiasa bertambah
hidayah itu sentiasa ada..seruan itu sentiasa bergema..cuma kita yang menjadi masalah kepada diri sendiri..tali hidayah depan mata kadang2 kita tak capai..seruan berbunyi kita cover dgn earphone atau naudzubillah, kita lebih menyahut bisikan syaitan..
jadi berusahalah dan terus mencari..ikhlaskan hati..tidak perlu aim untuk dikagumi, cukup sekadar segala usaha dipandang ILAHI..
apa-apa pun, penulisan yang bagus..barakallahu fiq..
Semoga Allah redha.
Post a Comment