Malam ini sudah masuk malam ke sepuluh Zulhijjah bermakna sudah berlalu 2 bulan 10 hari kita meninggalkan bulan Ramadhan. Setahun lepas, dalam post "Kelajuan lebih penting dari pecutan" yang ditulis pada 10 syawal 1431, telah dikupas bagaimana betapa pentingnya kita memalarkan halaju daripada memecut. Kali ini ingin sekali agar kita sama-sama menilai kembali sejauh mana momentum Ramadhan kita yang masih berbaki. Mungkin ada yang menurun sedikit momentumnya dan mungkin juga yang hancur luluh terus momentum mereka.
Manusia ini memang sifatnya gopoh dan tidak sabar. Harus diingatkan, peningkatan harus dilakukan secara berperingkat tetapi ingin ditekankan bahawa peningkatan itu adalah amat perlu. Sebab mengapa momentum merudum terus selepas tamatnya musim bulan ibadat adalah kerana kita meletakkan 'benchmark' yang terlalu tinggi untuk diri sendiri. Disebabkan matlamat yang terlalu tinggi itu menyebabkan kita berasa tertekan dan tidak tenang. Sedangkan segala sesuatu itu harus dilakukan dengan perasaan(yakni dengan hadir hati) bukan semata-mata mengejar kuantiti.
Jadikanlah bulan Ramadan itu sebagai bulan untuk menaikkan benchmark untuk diri sendiri dari segi ibadat fardhi. Ianya bulan naik pangkat. Buat masa ini, mulakan dengan apa yang kita rasa kita mampu, yang penting konsisten dalam melakukannya. Sampai suatu masa kita pasti merasa apa yang kita buat itu masih lagi boleh ditambah maka itulah masa yang sesuai untuk menaikkan benchmark kita. Yang paling penting jangan gopoh, cool, dan teruskan peningkatan.
1 comment:
mengekalkan momentum memang perlu tetapi bagi memastikan momentum kekal perlukan kesedaran yang tinggi....terima kasih diatas keperihatinan dan peringatan......
Post a Comment