September 18, 2010

Kelajuan itu lebih penting dari pecutan

Maghrib tadi masuk hari kesepuluh bulan Syawal. Cukup sekejap rasanya, mungkin kerana pagi-pagi lagi sudah berkerumun di kedai-kedai kopi, tengaharinya pula berpusu-pusu ke kedai nasi padang dan sebelah malam bergerombolan sambil bertemankan asap shisha di kedai-kedai arab. Ramadan yang lalu seperti tidak pernah berlalu. Perginya ia seperti tidak memberi apa-apa kesan mental apatah lagi kepada jiwa.

Jika dahulu semua dalam sesi memecut, berlumba-lumba melakukan ibadat. Amalan itu amalan ini. Semuanya dilipat gandakan dan di perbanyakkan Rasa suatu keadaan yang cukup menenangkan hati.

Namun, dengar sahaja takbir raya bagaikan sudah tamat perlumbaan. Semua orang berteriak bertempik, riuh rendah habis sekampung dengan bunyi mercun. Gempak gempita langit gelita disinari lampu pelita. Walhal, Ramadan merupakan fasa pecutan. Jika digambarkan dalam perlumbaan pecut 100m, bulan Ramadan itu merupakan 10m yang pertama. Memanglah pecutan perlu dibuat dengan penuh sungguh-sungguh. Namun jangan lupa baki 90m lagi untuk ke garisan penamat. Ini memerlukan kelajuan malar(constant velocity) selepas melakukan pecutan pada awalnya untuk memastikan kemenangan. Usain bolt menang kejohanan dunia kerana dapat mengekalkan kelajuan bukan setakat pecutan di garisan mula.

Jangan cepat melatah, 11 bulan penuh dugaan menanti di hadapan. Kerana kelajuan itu lebih penting dari pecutan. Moga menjadi orang bertakwa.

8 comments:

aslam said...

comey2..

Ammar Roslizar said...

fizik

Anonymous said...

alhamdulillah...
dauh,anta membuat ana terkedu sektika...
btol kte2 dauh...rmai memecut ktika ramadhan jer...pastu trus pancit n lenyap..n tggu next ramadhan baru pecut blk..ana baru btol2 perasan akan kekhilafan n kelemahan diri ini...masyaallah..
apabila mmbaca kebanyakkan entri dauh, ana trase envy sengoti nga anta...krana sering diberi ingatan olehNya..sntiasa mndapat kerinduan terhadapNya...sehingga dapat memperingati org lain juga..bkn semua org dpt kelebihan ini..

terlintas nma dauh,ana teringat akan hadis ini..
dr Tabrani," Rasulullah s.a.w bersabda,jika seseorng diberi hidayah oleh ALLAH disebabkan kamu, maka itu lbih baik bg kamu drpd apa yg disinari matahari."

semoga anda trus dlimpahi rahmat dan akan mghasilkan byk lg entri2..wassalam.

d4uh said...

to ammar
tu la..ckgu marzini ajar ko tdo..hehe

to anonymous
alhamdulilah..mari sama2 berdoa moga hati kita tidak dipesongkan setelah diberikan hidayah olehNya(3:8)

MUHAMADSYAFIK said...

mantap.

ara said...

mahu sntsa berada di kelajuan yg malar ituuu~~
tp kdg kala,,,aku tersasarr~~

ajik said...

salam...ni adk yg kat skola sabak tu...bes r blog abg..bnyk beri peringatan tuk sume org..

d4uh said...

To ajik
hoho..bdk intesaber ek..selamat2..moga sama-sama mendapat manfaat..blaja elok utk spm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...