November 29, 2008

Pendidikan seks

(Ulasan artikel: tugasan di tadika)

Pendidikan seks kerap kali menjadi topik utama di muka depan akhbar nasional malah seringkali dijadikan topik perdebatan di parlimen. Masyarakat mulai sedar akan keperluan untuk mendidik anak-anak mereka mengenai seks. Pendidikan seks dianggap sebagai satu keperluan kerana ianya satu benda yang amat sukar di bincangkan dalam keluarga kerana dianggap sebagai subjek taboo. Disebabkan berlakunya peningkatan yang amat drastik pada statistik pembuangan bayi dan juga jangkitan AIDS yang sering dikaitkan dengan perhubungan seks bebas, maka ramai yang bersetuju agar pendidikan seks ini di ajar kepada pelajar bermula dari kecil lagi untuk memberikan pendedahan awal kepada mereka. Malah, baru-baru ini, subjek ini dicadangkan supaya dimasukkan ke dalam modul pembelajaran di Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) untuk mendidik para remaja tentang seks.

Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa pendidikan seks adalah semata-mata untuk memastikan seks dilakukan dengan selamat(safe sex). Apa yang dimaksudkan dengan safe sex adalah apabila risiko untuk mengandung dan mendapat jangkitan penyakit kelamin serta AIDS dapat dielakkan. Dalam modul pembelajarannya, para remaja diberi pendedahan kepada perubahan fizikal dan juga emosi yang akan dialami oleh golongan di peringkat umur mereka. Namun begitu, fokus utama adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan AIDS maka cara-cara menggunakan kondom amatlah dititik beratkan. Inilah akibatnya jika otak manusia yang cetek menilai sesuatu benda hanya dengan pemikiran yang tidak ke mana dan tidak berpandukan kepada wahyu ilahi. Mengajar remaja untuk melakukan seks selamat adalah bagaikan memberikan satu panduan untuk melakukan zina tanpa mendapat apa-apa akibat buruk. Hal ini kerana kondom dapat mengelakkan jangkitan AIDS dan pada masa yang sama dapat memastikan mereka pasangan mereka terhindar dari risiko mengandung.

Memang tidak dapat di sangkal bahawa pendidikan seks telah terbukti memberikan kesan memberansangkan. Negara Sweden yang merupakan antara negara pelopor pendidikan seks mempunyai kadar remaja mengandung paling rendah kerana kesedaran tinggi terhadap bahaya seks tanpa perlindungan. Namun begitu dalam masa mereka berbangga dengan kadar remaja mengandung yang rendah, mereka tidak sedar betapa rosaknya sistem sosial masyarakat apabila perbuatan seks dapat dilakukan secara bebas.

Perkara yang sama berlaku di Malaysia, keruntuhan moral remaja adalah pada tahap yang paling kritikal. Malam sambutan tahun baru dan malam kemerdekaan bagaikan satu pesta seks besar-besaran. Tidak hairanlah jika pada keesokan harinya berselerakan kondom-kondom di dataran,padang dan juga di celah-celah semak. Maka dengan adanya kondom-kondom sebagai bukti, objektif pendidikan seks dianggap tercapai dengan jayanya. Jadi inikah bentuk pendidikan seks yang dicadangkan diajar di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat latihan PLKN? Pendidikan yang secara terang-terang memusnahkan lagi moral remaja yang sememangnya dalam keadaan yang parah.

Pada pendapat saya, masalah utama bukanlah jangkitan AIDS atau kadar remaja mengandung tetapi masalah remaja itu sendiri yang perlu difokuskan. Jika didikan dari kecilnya dilihat sebagai sesuatu yang gagal maka tidak hairanlah kalau mereka ini akan menjadi seorang remaja yang rosak moralnya. Pendidikan utama yang perlu diterapkan adalah berpandukan kepada al-Quran dan hadis. Mengenal siapa tuhan, dosa pahala dan akibat dari tingkah laku seseorang haruslah diberi penekanan semenjak dari kecil lagi. Pembentukan individu haruslah dititik beratkan bukan sahaja di rumah malah di sekolah. Mungkin tidak salah untuk di terapkan pendidikan seks yang lebih menjurus kepada akibat dari perbuatan zina dan hukuman yang akan diterima di akhirat kelak. Modul yang dicipta barat dilihat hanya memandang kepada akibat yang akan diterima di dunia ini dan tidak langsung menyentuh balasan di hari pembalasan.

Usaha-usaha haruslah dilakukan dengan lebih agresif dalam membendung permasalahan remaja yang dilihat semakin meruncing dan sememangnya akan menjejaskan masa depan negara kelak. Jika moral sesuatu masyarakat itu musnah maka amat tinggi kemungkinan bahawa seluruh tamadun yang dicipta akan rosak binasa seperti mana yang berlaku di kota Sodom yang mengamalkan homoseksual. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada negara kita, semua pihak harus berganding bahu dan bukan sahaja bergantung kepada para ustaz di surau malah setiap ahli masyarakat harus memikul tanggungjawab bagi menyedarkan sesama kita.

4 comments:

Asfan Ash said...

yg kerap jadik headlines hal politik laa mane ade Pendidikan Seks

Anonymous said...

adakah translation agama

Unknown said...

apa pon menarik.
betul apa yg jdi zaman skarang ni

d4uh said...

to arc
ada laa tp sbelum pru 12 laa..hoho...skang dh kurang sket...

to shah
yup2..hee...hang pon kna wat translate nga ulasan kaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...