December 24, 2008

Masalah Pemikiran

Pada 20 Disember yang lalu, satu wacana perdana bertajuk Transformasi Politik Malaysia dianjurkan di Balai Islam Lundang. Kehadiran Encik KJ jelas memberikan impak maksima kepada kehadiran para penggemar isu-isu politik. Manusia membanjiri di dalam dan luar dewan utama. Aku pun termasuk dalam kalangan manusia tersebut dengan tujuan untuk menambah ilmu tentang politik negara yang sememangnya panas selalu. Forum yang diadakan cukup menarik, penuh dengan sindiran lembut mahupun kasar dari ketiga-tiga panelis jemputan. Kepada yang berminat bolehlah memuat turun di web ini.

Walaupun tujuan sebenar aku ke majlis tu untuk dengar ahli politik berkata-kata namun yang lebih menarik perhatian aku adalah tingkah laku manusia disana. Memang jelas dapat dikenalpasti dua kumpulan penyokong kepada dua jenis parti berbeza. Kebanyakannya berkopiah dan sebahagian kecilnya berpakaian kemas dengan rambut diminyak bersikat rapi.

Perkara yang paling menyedihkan aku adalah pemikiran masyarakat yang terlalu fanatik. Sebagaimana yang kita tahu, satu kumpulan penyokong menggunakan takbir sebagai motto atau slogan.Dari pemerhatian aku, apabila kumpulan ini bertakbir, kumpulan yang kecil tadi hanya berdiam diri. Mungkin tanda protes atau mungkin kerana berlainan 'bangsa 'parti. Nampaknya fanatik parti itu melebihi segala-galanya. Mungkin ini dilihat sebagai perkara kecil oleh sebahagian kita namun hakikatnya fanatik itu telah meletakkan parti sebagai yang paling tinggi. Menafikan ada kuasa yang lagi besar yang menguasai parti seluruh alam. Masalah pemikiran masyarakat mungkin di tahap yang agak kritikal. Sememangnya agak susah untuk mengubah pemikiran orang-orang veteran, maka yang masih boleh memperbaik cara untuk berfikir adalah kita; pemuda dan pemudi. Sama-sama ubah pikiran ye kawan-kawan.

"Fanatik pon tak boleh jadi menteri jugak"

6 comments:

PeRaNTaU said...

woo..kj3...haha...sure die cakap bergaye pnye...=P

huk3..bagi takbir kpd manusie? hoho...

d4uh said...

to perantau
takbir mungkin tanda perjuangan islam...hoho..aku pon kurang pasti

Anonymous said...

sekiranya ISLAM didakwa sebagai landasan perjuangan..mengapa kita perlu berbelah bahagi untuk menyokongnya??

or perjuangan bangsa itu lebih penting sebagaimana bangsa yahudi?

d4uh said...

to anonymous
itulah pemikiran yang kita kena ubah...kerana bangsa tidak akan ditanya di akhirat sana...moga kita sentiasa di jalan yang benar

hamba ALLAH said...

most of d time, kte slalu talk bout one side onlykan.....
2 la yg kekdg org akn pndg serong bler kter just bgtau keburukan seblh pihak n war-warkan kebaikan pihak sendri...ish3....x baik cam2

d4uh said...

to hambaAllah
aku bersikap neutral...tidak memihak mana2 pihak...mungkin bole lebih mendalami mesej sebenar yg ingin disampaikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...