December 20, 2008

Ada lagi yang masih jahil

Baru dua tiga hari lepas timbul lagi isu babi ataupun nama manjanya khinzir. Ini adalah kali ketiga kepala babi digantung tanpa sebab. Hari ini Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan demo aman kerana kain rentang mereka menjadi mangsa kepala babi yang terbaru. Saya menyokong tindakan Pewaris untuk mengadakan perjumpaan untuk membincangkan pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, ketuanan Melayu, hubungan antara kaum dan Dasar Ekonomi Baru. Namun saya terkejut apabila melihat banner yang di naikkan oleh Pewaris ini.



Banner yang digantungkan jelas menunjukkan masih ada segelintir masyarakat kita yang masih kurang faham mengenai Islam. Maafkan saya jika mengatakan Pewaris masih jahil terhadap isu Islam tetapi lebih kepada isu Melayu. Ingin saya tegaskan bahawa Islam bukanlah hak milik golongan manusia bernama Melayu malah bukan juga milik orang Arab. Islam diturunkan untuk semua tanpa mengira kaum. Inilah masalahnya apabila ramai yang bertindak tanpa berfikir.Hanya orang Melayu dilabel Islam sedangkan hakikatnya Tanah Melayu antara kawasan paling lewat menerima Islam malah orang Cina dan India jauh lebih awal memeluk Islam. Tindakan Pewaris ini pada hemah saya merupakan tidak kena pada tempatnya. Memang bagus mempertahankan Melayu tetapi diharap lebih sensitif apabila menyentuh mengenai Islam.

13 comments:

nigel said...

hohoh... i like yr style... hahah...

d4uh said...

to nigel
haha..thanx2...

iman ka. said...

mne ko jumpe banner tu?

iman ka. said...

but anyway, ko kne bace wanchong pnye post on issue couple. that one talked about ajaran Islam bukan untuk orang Islam je tapi untuk seluruh manusia secara amnye.jadi kalau orang agama lain couple sepatutnya kena tegur ke tak. something like that. check lah.

d4uh said...

to imanka
amek dalam malaysiakini...haha

MUHAMADSYAFIK said...

berwajah baru nmpk....
btol2...
Islam bukn hakmilik sesiapa dan tentunya bukan milik melayu..
d4uh bagos mengangkat pekara yg terlepas pandg oleh kalangan kita2...
truskan usaha.......

d4uh said...

to muhammad syafik
hoho...aku eja nama penuh tu...time kasih...lama xnmpak kelibat ko kat pikiranku..hoho..sibuk dengan cikgu suraya ke...

p/s: wajah baru sebab rasa kelam je dok tgk theme hitam tuh...hoho

paula martinez said...

pewaris masih lagi konpius.. islam tak semestinya melayu je.. even melayu sekarang ni pon dah byk yang bukan islam lg dah..

kau sombong la sekarang~
menci.. =P

Rhazes said...

wey
pesal x link aku

d4uh said...

to paula
hoho...sombong ke...ada sbb tertentu..nak tau ke...haha

Yard said...

dlu time abes spm
ak kje kat satu shopping complex yg ter-gah di KL..
sebelah butik ak kje 2.. ada la dak pengkid
memula ak takut nk tnye dia npe jd pengkid
then.lame2 ak tnye ar dia..
dia sporting je
antara reason2 diorg jd gtu sbb:-

-diorg terlalu bergaul dgn lelaki..lame2 diorg pn nk mcm laki ar
-dia ckp lg.. ada yg jd pengkid sbb kne tggl pakwe diorg..diorg mayb fobio dgn laki kowt..ha3

Sekadar berkongi~~

d4uh said...

to yard
tapi aku pelik la...kadang2 awek bdk pengkid ni lg cun dari awek balak2 kat luar sana...haha..komfem diorg ada ayat power ni...

p/s:haha...aku rasa bnda ni ptot komen kat post my first time tapi xpela kan...bukan kena bayar pon

Zuriani Y. said...

Hurm, your post caught my attention.

Sangat tak patut bila Pewaris
buat banner macam tu. And yes tak semestinya Melayu je yang Islam. Sedangkan Islam kat Malaysia ni pon Gujerat India and Arabs yang introduced. Nampak sangat Pewaris ni tak sensitive.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...