December 31, 2008

From Malaysia to Palestin

when we are sitting on our couch writing a new entry for our blog...our brothers in Gaza Strip are lurking inside the underground tunnel; hoping that the next missile will miss their only haven.

when we throw our leftover food into the dustbin...the Palestinians brothers only eat stale bread with water from rain yesterday to put something into their empty stomach.

when we prefer to pray alone in our cosy room...they all gather to pray for their safety from the next air strike.

brothers and sisters, lets us pray together for the safety of our friends in Palestine...that's the least we can do...May Allah send His great soldiers to annihilate the Israel...Aminn

December 28, 2008

C.I.N.T.A. (EP 6)

permasalahan yang ingin aku lemparkan hari ini adalah mengenai bukti cinta@kasih sayang...apabila pasangan itu berkasih sayang maka bermacam-macam cara akan dilakukan dengan harapan perbuatan yang dilakukan itu menggambarkan betapa dalam cinta kepada pasangan masing-masing...jom kita sama-sama menilai apakah itu bukti cinta@kasih sayang yang aku senaraikan dibawah

  • bergayut berjam-jam menghabiskan masa serta duit mak bapak menanggung kredit prabayar mahupun pascabayar
  • berpegangan tangan di khalayak ramai supaya semua orang tau " ini awek@balak aku, aku sayang dia"
  • berpeluk-pelukan tanpa segan silu sebagai tanda kekasih sentiasa dilindungi (kononnya la)
  • bersunyi-sunyian di tempat sunyi semestinya untuk mendapatkan privacy, jauh dari gangguan orang luar
  • termengandung apabila kedua-dua ingin membuktikan betapa tingginya cinta terhadap kekasih hati.
mengikut kebiasaannya, apabila bukti cinta@kasih sayang ini telah ditunjukkan kepada peringkat max pasangan akan mula mencari alasan...sudah tidak sehaluan...mahu mulakan hidup baru...inilah yang berlaku sekarang...setiap hari ada saja bayi tak bersalah dibuang bagaikan sampah...kesian,sedih,kecewa,marah,bengang...itulah perasaan kita...namun jika kita juga berada dalam proses membuktikan cinta di atas maka marahlah diri sendiri,bencilah diri sendiri...mari kita sama-sama nilai diri kita...jika didapati ada bibit-bibit membuktikan cinta dalam diri kita, cepat-cepatlah sedar sebelum terlambat...hakikatnya kita bukanlah membuktikan cinta akan tetapi memusnahkan cita...

"Cinta hanya terbukti dengan ikatan pernikahan"

December 25, 2008

Recommended

disini aku ingin berkongsi satu blog yang aku anggap sangat bermanfaat kepada semua terutamanya remaja yang sedang dalam tempoh mencari diri sendiri. blog yang aku maksudkan adalah hasil taipan Ummusaif. kepada yang kurang kenal dengan beliau, ummusaif adalah isteri kepada ust hasrizal, penulis saifulislam.com. selebihnya bolehla para pemikir cari sendiri ye...hehe..malas nak tulis banyak-banyak..

topik yang saya agak tertarik adalah permasalahan remaja yang di utarakan oleh beliau melalui post Cegah Sebelum Parah...saya rekemenkan para pemikir untuk melihat entri itu...dan jika berkesempatan, silalah baca komen entri tersebut yang diberikan oleh rulza...komen yang memang panjang(sebenarnya komen terpanjang post tu) dan ada sedikit unsur 'explicit' namun mesej yang ingin disampaikan jelas...harap pemikir boleh meluangkan masa...insyaAllah kita sama-sama mendapat manfaat darinya...

December 24, 2008

Masalah Pemikiran

Pada 20 Disember yang lalu, satu wacana perdana bertajuk Transformasi Politik Malaysia dianjurkan di Balai Islam Lundang. Kehadiran Encik KJ jelas memberikan impak maksima kepada kehadiran para penggemar isu-isu politik. Manusia membanjiri di dalam dan luar dewan utama. Aku pun termasuk dalam kalangan manusia tersebut dengan tujuan untuk menambah ilmu tentang politik negara yang sememangnya panas selalu. Forum yang diadakan cukup menarik, penuh dengan sindiran lembut mahupun kasar dari ketiga-tiga panelis jemputan. Kepada yang berminat bolehlah memuat turun di web ini.

Walaupun tujuan sebenar aku ke majlis tu untuk dengar ahli politik berkata-kata namun yang lebih menarik perhatian aku adalah tingkah laku manusia disana. Memang jelas dapat dikenalpasti dua kumpulan penyokong kepada dua jenis parti berbeza. Kebanyakannya berkopiah dan sebahagian kecilnya berpakaian kemas dengan rambut diminyak bersikat rapi.

Perkara yang paling menyedihkan aku adalah pemikiran masyarakat yang terlalu fanatik. Sebagaimana yang kita tahu, satu kumpulan penyokong menggunakan takbir sebagai motto atau slogan.Dari pemerhatian aku, apabila kumpulan ini bertakbir, kumpulan yang kecil tadi hanya berdiam diri. Mungkin tanda protes atau mungkin kerana berlainan 'bangsa 'parti. Nampaknya fanatik parti itu melebihi segala-galanya. Mungkin ini dilihat sebagai perkara kecil oleh sebahagian kita namun hakikatnya fanatik itu telah meletakkan parti sebagai yang paling tinggi. Menafikan ada kuasa yang lagi besar yang menguasai parti seluruh alam. Masalah pemikiran masyarakat mungkin di tahap yang agak kritikal. Sememangnya agak susah untuk mengubah pemikiran orang-orang veteran, maka yang masih boleh memperbaik cara untuk berfikir adalah kita; pemuda dan pemudi. Sama-sama ubah pikiran ye kawan-kawan.

"Fanatik pon tak boleh jadi menteri jugak"

December 23, 2008

Nickname

saje nak berkongsi nama-nama panggilan yang aku selalu gunakan untuk ahli keluarga aku sebab ada sesetengahnya pelik dan aneh....haha...mungkin korang ada nickname lagi pelik kan

ayah -papa
emak -mama
atok 1 - tok wan leh
nenek 1- tok wan limah
atok 2 - tok ayoh
nenek 2 - mok
pak sedara - abah
mak sedara - ma
tok sedara - ayoh
nenek sedara - mek

mungkin gelaran yang kita berikan bermacam-macam namun yang paling penting adalah kita sentiasa menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua yang banyak berkorban untuk mendidik serta mengajar kita menjadi seorang manusia.InsyaAllah.

December 20, 2008

Ada lagi yang masih jahil

Baru dua tiga hari lepas timbul lagi isu babi ataupun nama manjanya khinzir. Ini adalah kali ketiga kepala babi digantung tanpa sebab. Hari ini Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan demo aman kerana kain rentang mereka menjadi mangsa kepala babi yang terbaru. Saya menyokong tindakan Pewaris untuk mengadakan perjumpaan untuk membincangkan pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, ketuanan Melayu, hubungan antara kaum dan Dasar Ekonomi Baru. Namun saya terkejut apabila melihat banner yang di naikkan oleh Pewaris ini.



Banner yang digantungkan jelas menunjukkan masih ada segelintir masyarakat kita yang masih kurang faham mengenai Islam. Maafkan saya jika mengatakan Pewaris masih jahil terhadap isu Islam tetapi lebih kepada isu Melayu. Ingin saya tegaskan bahawa Islam bukanlah hak milik golongan manusia bernama Melayu malah bukan juga milik orang Arab. Islam diturunkan untuk semua tanpa mengira kaum. Inilah masalahnya apabila ramai yang bertindak tanpa berfikir.Hanya orang Melayu dilabel Islam sedangkan hakikatnya Tanah Melayu antara kawasan paling lewat menerima Islam malah orang Cina dan India jauh lebih awal memeluk Islam. Tindakan Pewaris ini pada hemah saya merupakan tidak kena pada tempatnya. Memang bagus mempertahankan Melayu tetapi diharap lebih sensitif apabila menyentuh mengenai Islam.

December 19, 2008

My first time

hari ini aku ke pasaraya untuk melakukan sedikit beli dan belah...sebenarnya menemani kakakku yang ingin menghabiskan wang bonusnya...memang ramai manusia di kbmol...macam-macam ragam...banyak fesyen...bermacam gaya...suka juga melihat kelakuan manusia...tapi yang aku nak cerita sebenarnya kejadian semasa aku dalam perjalanan keluar dari kbmol...aku ternampak seorang balak tengah berpegang tangan dengan minahnya...minah tu nampak agak bergaya...pakaian ala-ala moden...berspek mata hitam(dalam pasaraya pon pakai)...balak dia pulak nampak agak pelik...pakai rantai...badan agak gempal...pakai t-shirt dan jeans...tengah pasangan mesra ini berjalan-jalan...mereka menuju ke arah tandas...disinilah klimaks cerita aku...jeng3....

aku dapati kedua-dua orang itu masuk ke dalam tandas perempuan...walla...balak itu sebenarnya seorang minah...sebenarnya inilah pertama kali aku nampak di depan mata aku golongan minah bersama minah(balak)...rasa sedih namun apakan daya...tak tahu siapa nak dipersalahkan...ibu bapa,institusi pendidikan,rakan sebaya,diri mereka sendiri atau kita yang mengetahui namun tetap berdiam diri...

"Dunia semakin tua"

December 16, 2008

Ada ke??

Adakah kita hamba yang bersyukur JIKA

perkara pertama yang dilakukan di awal pagi adalah menyelongkar inbox untuk melihat sms dari kekasih hati dan bukannya mengucapkan hamdallah kerana dikembalikan dari kematian....lagu i'm yours nyanyian Jason Mraz lebih lancar di bibir kita dari bacaan ummul kitab...lebih cenderung untuk menyudahkan entri di blog daripada berjemaah di masjid...selalu mengamalkan sendawa sambil mengucap " fuhh...kenyang2" setiap kali selesai bersantap...lebih gemar berborak panjang dengan kawan-kawan mahupun kekasih hati daripada ibu bapa sendiri...berasa senang dengan nikmat yang diperoleh tanpa memikirkan mereka yang kurang bernasib baik...menyedut gas oksigen yang percuma setiap masa tanpa apa-apa perasaan...mampu bergelak ketawa di wayang berjam-jam menonton tropic thunder namun panas punggung ketika duduk mendengar peringatan ringkas...

Bersyukur???ADA kah kita??

December 15, 2008

Long way

alhamdulillah...i've just arrived home after a long trip from muar-kl-kelantan...its not a journey to destroy the ring but to deliver one...congratulation to my brother, Hafiz who tied the knot with a princess from muar, Farah Wahidah...hopefully they will be together and live happily ever after...so now i'm next on the wedding list...hoho...my siblings had warned me not to choose someone too far from home..."tak cekak nak pegi bekwoh", thats what they said...so i think i need to cancel my plan to get an Iranian girl...haha...indonesian might be ok rite...hoho

p/s: need to change some sentences as it may arouse questionsss...haha

December 9, 2008

Grebey

dari kecik lagi aku memey dok tunggu sokmo rayo aji ni...bukey gapo,aku ni memey berehi benar la tgk oghe semelih lembu...suko tengok daroh dok sembur kot tekok lembu...pahtu dok tengok lembu dok gelepar sebelum saat-saat akhir dio...kalu zamey dulu gak, yak pagi sapa petey dok kat oghe semelih lembu...dua tigo tempat aku gi jejok nok tengok oghe grebey...

kalu sebelom ni gak kijo aku hanyalah tukey kelih oghe wat kijo jah...besa laa..budok-budok kan...xdok oghe arap nak wi pegey pisau...tapi aku sero taun ni paling sedak laa...mungkin oghe napok aku supo ore tuo doh...haha...maka buat julung-julung kalinyo aku di bui kepercayaan untuk lapoh lembu...fuhh...puah hati molep...memey menarik sunggoh lapoh lembu ni...kalu xcayo try aa...mulo-mulo keno buang kulit dio dulu...napok supo seney jah tapi memey seney pom...haha...pahtu kerat paha lembu tuh...kemudian keno wat tubik perut lembu sebelom nak kapok tulang rusuk...takut nati busuk daging laa kalu keno taik gak...cikgu pa suruh aku wat tubik perut...takut-takut jugok aku...bukey gapo...saloh tikey perut gak sajo laa daging bau taik... aku kiro-kiro belajar banyok karo jugok laa taun ni...selamo ni dok tgk doh ore lapoh lembu tapi tak dok peluang nok try...tapi memey puah ati...haha...pado saim-saim hok tak rajin try lagi buleh la gi tempat semelih lembu esok...bawak pisau skali...amik pisau gak lapoh la lembu tu...haha...satu petua hok cikgu pa wi ko aku " kito nok punoh, kerat jah la,bukey nok suruh jadi comey"...hoho...

December 8, 2008

A tragedy

the tragedy in Bukit Antarabangsa happens again...before this it was the Highland tower and a few days ago big, luxury bungalows become the victim of the vicious hills...i would like to express my condolences to the loss of several residence in Bukit Mewah...i can feel that they are having a very difficult time now...evacuating,leaving their house and risking their properties as the evil thieves are doing overtime...

somehow the tragedy show us something...as we are cutting the hill,pasting it with cement and plaster...it cannot support the whole structure of the hills...it cannot replace the natural cement which are the trees and plants...remember my friends...hills and mountain are the pegs of the earth....just imagine if the pegs become loose..what will happen to the earth...its getting weaker and weaker...so be prepared...when all the pegs wear off...the earth will tumble and at that time the only thing that we have are prayers...be ready!!

December 7, 2008

Hati-hati

HATI
punca segala kebaikan
asal usul segala kejahatan
tempat terbitnya perasaan cinta
mula munculnya gelojak rasa

HATI
perlu sentiasa dicuci
dibilas dengan ayat suci
diingatkan sentiasa dengan saat mati
agar karat tidak menebal berinchi-inchi

HATI
di situlah target utama
tempat mesyuarat ahli jawatankuasa
lujnah syaitan sedunia
kerana ia punca segalanya

hanya satu pesanan dariku
untuk diri dan juga kawan-kawan ku
HATI-HATI


p/s: selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua muslimin

December 5, 2008

Jom merisaukan diri

tadi ada bersembang dengan seorang budak darjah 6 ketika berterbangan di angkasa raya...ada timbul rasa dengki...jeles pon ada...bukan apa,mungkin ada sedikit penyesalan ke atas diri aku ini....bagaimana waktu kecilku tidak dimanfaatkan sepenuhnya...mungkin dulu kalau tak keluar dari kelab taekwando sekarang ni dah boleh dapat black dan..hoho..

aku risau jika suatu hari nanti ketika rambutku sudah beruban, mukaku sudah kedut...rasa dengki ini akan muncul kembali jika melihat para pemuda...sejauh manakah masa muda aku digunakan sebaiknya...banyak manakah aku berjuang di masa muda...apakah pengorbanan yang telah aku lakukan

tapi aku paling risau jika suatu hari nanti ketika aku sudah berada di alam lain....perasaan yang sama akan muncul melihat mereka yang masih hidup...sesal kerana peluang hidup yang cuma sekali tidak digunakan untuk mencari bekal ke alam seterusnya...nauzubillah

moga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang akan berdoa di hari pembalasan kelak;

"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar(azab), maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal soleh.Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin" (32:12)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...