November 29, 2008

Pendidikan seks

(Ulasan artikel: tugasan di tadika)

Pendidikan seks kerap kali menjadi topik utama di muka depan akhbar nasional malah seringkali dijadikan topik perdebatan di parlimen. Masyarakat mulai sedar akan keperluan untuk mendidik anak-anak mereka mengenai seks. Pendidikan seks dianggap sebagai satu keperluan kerana ianya satu benda yang amat sukar di bincangkan dalam keluarga kerana dianggap sebagai subjek taboo. Disebabkan berlakunya peningkatan yang amat drastik pada statistik pembuangan bayi dan juga jangkitan AIDS yang sering dikaitkan dengan perhubungan seks bebas, maka ramai yang bersetuju agar pendidikan seks ini di ajar kepada pelajar bermula dari kecil lagi untuk memberikan pendedahan awal kepada mereka. Malah, baru-baru ini, subjek ini dicadangkan supaya dimasukkan ke dalam modul pembelajaran di Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) untuk mendidik para remaja tentang seks.

Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa pendidikan seks adalah semata-mata untuk memastikan seks dilakukan dengan selamat(safe sex). Apa yang dimaksudkan dengan safe sex adalah apabila risiko untuk mengandung dan mendapat jangkitan penyakit kelamin serta AIDS dapat dielakkan. Dalam modul pembelajarannya, para remaja diberi pendedahan kepada perubahan fizikal dan juga emosi yang akan dialami oleh golongan di peringkat umur mereka. Namun begitu, fokus utama adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan AIDS maka cara-cara menggunakan kondom amatlah dititik beratkan. Inilah akibatnya jika otak manusia yang cetek menilai sesuatu benda hanya dengan pemikiran yang tidak ke mana dan tidak berpandukan kepada wahyu ilahi. Mengajar remaja untuk melakukan seks selamat adalah bagaikan memberikan satu panduan untuk melakukan zina tanpa mendapat apa-apa akibat buruk. Hal ini kerana kondom dapat mengelakkan jangkitan AIDS dan pada masa yang sama dapat memastikan mereka pasangan mereka terhindar dari risiko mengandung.

Memang tidak dapat di sangkal bahawa pendidikan seks telah terbukti memberikan kesan memberansangkan. Negara Sweden yang merupakan antara negara pelopor pendidikan seks mempunyai kadar remaja mengandung paling rendah kerana kesedaran tinggi terhadap bahaya seks tanpa perlindungan. Namun begitu dalam masa mereka berbangga dengan kadar remaja mengandung yang rendah, mereka tidak sedar betapa rosaknya sistem sosial masyarakat apabila perbuatan seks dapat dilakukan secara bebas.

Perkara yang sama berlaku di Malaysia, keruntuhan moral remaja adalah pada tahap yang paling kritikal. Malam sambutan tahun baru dan malam kemerdekaan bagaikan satu pesta seks besar-besaran. Tidak hairanlah jika pada keesokan harinya berselerakan kondom-kondom di dataran,padang dan juga di celah-celah semak. Maka dengan adanya kondom-kondom sebagai bukti, objektif pendidikan seks dianggap tercapai dengan jayanya. Jadi inikah bentuk pendidikan seks yang dicadangkan diajar di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat latihan PLKN? Pendidikan yang secara terang-terang memusnahkan lagi moral remaja yang sememangnya dalam keadaan yang parah.

Pada pendapat saya, masalah utama bukanlah jangkitan AIDS atau kadar remaja mengandung tetapi masalah remaja itu sendiri yang perlu difokuskan. Jika didikan dari kecilnya dilihat sebagai sesuatu yang gagal maka tidak hairanlah kalau mereka ini akan menjadi seorang remaja yang rosak moralnya. Pendidikan utama yang perlu diterapkan adalah berpandukan kepada al-Quran dan hadis. Mengenal siapa tuhan, dosa pahala dan akibat dari tingkah laku seseorang haruslah diberi penekanan semenjak dari kecil lagi. Pembentukan individu haruslah dititik beratkan bukan sahaja di rumah malah di sekolah. Mungkin tidak salah untuk di terapkan pendidikan seks yang lebih menjurus kepada akibat dari perbuatan zina dan hukuman yang akan diterima di akhirat kelak. Modul yang dicipta barat dilihat hanya memandang kepada akibat yang akan diterima di dunia ini dan tidak langsung menyentuh balasan di hari pembalasan.

Usaha-usaha haruslah dilakukan dengan lebih agresif dalam membendung permasalahan remaja yang dilihat semakin meruncing dan sememangnya akan menjejaskan masa depan negara kelak. Jika moral sesuatu masyarakat itu musnah maka amat tinggi kemungkinan bahawa seluruh tamadun yang dicipta akan rosak binasa seperti mana yang berlaku di kota Sodom yang mengamalkan homoseksual. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada negara kita, semua pihak harus berganding bahu dan bukan sahaja bergantung kepada para ustaz di surau malah setiap ahli masyarakat harus memikul tanggungjawab bagi menyedarkan sesama kita.

November 19, 2008

Newborn

Alhamdulillah...my family tree has just added a new branch..first of all,congratulation to my sis, Kak Cik and her hubby, Abg Hafiz for having their first child and thanks for giving me my 4th anak sedara(3rd nephew as the other one is a girl)..haha..feel a little bit older now as they called me Ayah cik...but still young inside(mind that)...hoho...

p/s: just a short entry, my father told me to be more focus now...huhu...i will try harder

November 12, 2008

Kurang sedar

kita kurang sedar
tujuan kita hidup di dunia ini untuk mencari bekalan untuk akhirat

kita kurang sedar
sambutan hari lahir kita adalah countdown kepada kematian

kita kurang sedar
kita sedang diperhatikan

kita kurang sedar
kita lebih banyak lalai dari mengingati

kita kurang sedar
kita suka bermegah dan mendongakkan kepala

kita kurang sedar
diri kita sentiasa dalam keadaan maksiat

kita kurang sedar
kita lebih banyak makan dari membaca kitab suci

kita kurang sedar
kita suka gigit belakang kawan(backbiting)

kita kurang sedar
kita adalah tunggak kebangkitan umat

kita kurang sedar
kita hanya ada dua pilihan; syurga@neraka

kita kurang sedar

SEDARLAH

November 10, 2008

Tadika pelik

benda ni aku jumpa dalam buku peraturan di tadika mukasurat 12....
boleh la rujuk jika berminat

4.1.2 Peraturan pelajar perempuan ( Termasuk Cina dan India)

a) DiWAJIBkan memakai baju kurung berpesak.
b) Semua pelajar wanita Islam diGALAKkan memakai tudung tanpa corak. Tidak dibenarkan menutup mana-mana bahagian muka.

aku rasa benda ni pelik...tak tahu la pula apa pandangan pemikir lain..

"Bila peraturan manusia diletak lebih tinggi dari peraturan Tuhan"

November 9, 2008

C.I.N.T.A.(EP. 5)

setelah sekian lama siri C.I.N.T.A. dihentikan kerana aku ingin lebih mendalami konsep-konsep cinta ni...hehe...maka atas saranan dari beberapa pemikir entri bersiri ini disambung dengan episod kelima...diharap dapat dimanfaatkan semua....

aku baru sahaja habis membaca buku karangan Ustaz Hasrizal, "Aku terima nikahnya"...ucapan terima kasih aku dahulukan kepada Perantau Kamal yang meminjamkan buku itu...sangat bermanfaat....aku sarankan para pemikir pinjam buku tu dengan member-member...kalau tak kedekut macam aku beli sajalah...hee...

satu benda yang menarik perhatian aku dalam buku tu adalah penyakit yang akan dialami oleh manusia-manusia yang bercinta..."JEMU"

ramai orang memilih untuk bercinta sejak dari kecil lagi....macam apa yang aku cerita dalam C.I.N.T.A(ep 1)....maka tempoh yang lama untuk menanti masa ke pelamin menyebabkan timbulnya rasa JEMU dalam diri mereka-mereka ini...

memanglah pada awalnya berjanji sehidup semati...'u jadi bunga i jadi kumbang'...'u jump i jump'...memanglah pada awalnya boleh sms setiap 2 minit....'watpe tu'...'katne tuh'....
memang rasa disayangi,dirindui,dicintai.....namun apabila sesuatu perkara itu dilakukan secara berulang-ulang untuk satu tempoh masa yang lama...perasaan JEMU akan muncul....

kononnya mahu fokus kepada pelajaran...mahu dekatkan diri dengan Tuhan...mahu lebih masa dengan keluarga...kononnya kita sudah tidak serasi...u dah tak macam dulu lagi...tapi sebenarnya JEMU...itu sahaja

memang ada yang berjaya mengatasi perasaan JEMU ini namun telah terbukti ramai yang kecundang....perasaan JEMU ini hanya boleh diatasi dengan perkahwinan kerana tanggungjawab dapat mengatasi segala-galanya....

jika kita masih belum bersedia untuk naik ke pelamin dalam masa terdekat ini tak payahlah nak bertarung dengan perasaan JEMU yang peluang untuk berjayanya amat tipis....lagi-lagi kalau yang bercinta sekarang lepas itu nak kahwin selepas dapat ijazah....selamat berjaya aku ucapkan

kepada pemikir-pemikir....pikir-pikirlah ye

November 8, 2008

Rambut Lawa

kesian
sedih
menyampah
geli
meremang bulu kaki

itulah antara perasaan yang aku rasakan bila nampak anak-anak melayu bergaya ke sana sini.....cukup bangga dengan cara pemakaian mereka yang memang tiada unsur ketimuran...dan yang paling menjelekkan berambut PERANG...aku pun kurang faham tujuan utama manusia-manusia sekarang ini suka mewarnakan rambut....highlight sana sikit....highlight sini sikit....ehh...korang rasa jadi macam mat salleh ke.....

kulit gelap...hidung kemek....tinggi tak cukup inchi...masih ada keinginan nak jadi orang caucasian....bukan berniat nak mengutuk...cuma ada sedikit rasa ingin tahu dalam diri ini kenapa suka sangat nak warnakan rambut....

kepada mereka yang suka kaler atau highlight rambut tu...sedar-sedarlah...Tuhan dah bagi bangsa kita rambut hitam tu terima sajalah....bukan makin lawa pun kalau rambut warna perang....makin merimaskan orang di sekitar adalah....

p/s: maaf kepada yang berambut perang (guna dye)....hanya meluahkan apa yang telah lama terbuku dalam pikiran ini....

Semua Berakhir

mengamuk cikgu kanan kerana di kaitkan dengan ketiadaan pakcik rashdi selama 2 hari berturut-turut...namun pada pandangan aku penjelasan sepatutnya diberikan awal-awal lagi sebelum timbulnya bermacam-macam spekulasi....tindakan lambat pengawas mengawal keadaan mungkin jadi punca sebenar...maaflah cikgu kanan....anda menjadi mangsa kali ini...

apa-apa pun yang terjadi...semuanya telah berakhir....spekulasi telah berakhir....demam budak-budak tadika pun sudah berakhir...cuti pakcik rashdi pun berakhir jua...

sekarang aiskrim sudah boleh dinikmati seperti sediakala...namun satu amaran keras kepada budak-budak tadika ialah hentikan pembelian lolipop...itu saja...harap pertimbangkan kesan kepada peminat-peminat aiskrim yang memang anti-lolipop...

November 4, 2008

Berita gempar dari tadika

nampak sugul muka budak-budak tadika bila mendapat satu berita yang memang menyakitkan hati,melemahkan semangat,merobek kegembiraan berada di tadika yang sememangnya tidak berapa seronok...

"pakcik rashdi dilarang sama sekali dari menjual aiskrim di tadika", itu je beritanya..ringkas...tapi kesannya memang amat mendalam

sekarang tiada lagi aiskrim laici kang,aiskrim perisa tom yam,aiskrim parakau, aiskrim NGA dan macam-macam lagi laa aiskrim istimewa hasil tangan pakcik rashdi....

alasan yang diberikan cikgu kanan(bawah sket dari cikgu besar) adalah pakcik rashdi tu ada juga jual lolipop yang diharamkan di tadika...takkan sebab lolipop tu cikgu nak semua budak tadika kebulur aiskrim...dah la kantin tak jual aiskrim....

huhuhu....memang sedih hidup di tadika...ditindas macam tu je...kegembiraan yang satu tu ditarik begitu saja....nanti kalau cikgu nampak budak-budak tadika jadi tak berapa betul masa kat tadika cikgu tak payah buat-buat ambil tahu la sebab budak-budak tadika ni memang tak boleh hidup tanpa aiskrim pak cik rashdi

mungkin ini la masa terbaik untuk pengawas menjalankan tugas....nanti ada la juga hasil kerja korang yang budak-budak tadika nak ingat....sekarang ni yang budak-budak tadika ingat tentang pengawas hanya mesyuarat-mesyuarat yang dilakukan untuk mereka pergi melancong je....takde benda lain




Kisah di tadika

Ada sebuah tadika di suatu kawasan...tadika tu dicanang-canangkan sebagai tadika terbesar di daerah tersebut....memang gah namanya di serata tempat....melihat kepada luaran nampak seperti sebuah sekolah rendah elit untuk golongan berada....sebab tu ramai yang datang ke tadika itu...semuanya cukup lengkap...seronok...ada taman permainan....ada kantin...ada banyak buku belajar membaca....cikgu-cikgu semuanya baik belaka...

antara bilik yang selalu budak-budak tadika guna adalah bilik lukisan tangan.....memang besar bilik tu...siap ada microfon lagi untuk cikgu bagi arahan....ada projektor juga supaya cikgu boleh tunjuk lukisan-lukisan kepada budak-budak tadika.....bukan itu saja....ada 4 buah penghawa dingin kat dalam bilik tu.....bunyinya memang kuat....tapi bunyi je yang keluar...angin takdak pon.....memang panas bilik tu...budak-budak tadika dah la ramai...cikgu mengajar kat depan pon berpeluh-peluh....kesian...cikgu ajar lukis kucing, budak tadika lukis kereta...cikgu suruh lukis rumah, ada juga yang lukis jadi macam tahi...inilah penangan bilik lukisan tangan...rasa-rasa peperiksaan hujung tahun ni mesti ramai budak-budak tadika yang lukis pelik-pelik lagi...nak buat macam mana...fokus dalam kelas hilang...panas...rimas...tidak selesa...

tapi kan dekat tadika tu disiplin mesti kena jaga.....rambut budak-budak tadika mesti kena sikat tepi...mesti kemas....kalau tak mesti kena panggil dengan cikgu...kena marah lagi...
cikgu besar pernah kata....budak-budak tadika mesti kemas selalu...takut nanti pelawat datang tengok budak tadika ni berserabut malulah tadika....jatuhlah nama baik tadika terbesar dalam daerah tu....

mungkin cikgu besar lebih pentingkan nama baik tadika tu dari budak-budak tadika yang masih lagi belajar dalam bilik lukisan tangan yang macam oven tu....biarlah....nak buat macam mana lagi kan....pengawas-pengawas kat tadika pun bukan nak mengutarakan masalah kat cikgu besar....setakat dapat nama pengawas je la....

p/s: sabar je la ye budak-budak tadika

November 2, 2008

Beware!!!

Dear readers,
please be aware of the human being nears you...they love backbiting ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...