June 22, 2009

Abrahah kembali

Gereja yang dibina Abrahah di Babul Yaman


Encik Abrahah merupakan seorang manusia yang mempunyai mentaliti seorang usahawan. Maka tidak hairanlah beliau dilantik sebagai Gabenor Yaman di zaman pemerintahan Raja Najasyi. Melihat kepada pesatnya kemajuan ekonomi di Mekah, Encik Abrahah menjadi gusar lantas melakukan 'market research'. Lalu didapati asas kepada kemajuan Mekah adalah kerana adanya sebuah rumah yang dinamakan Kaabah yang menjadi tumpuan manusia menunaikan umrah dan haji(cara jahiliah). Maka dengan kegeligaan otak 'businessman' beliau, dengan serta merta didirikan sebuah bangunan menyerupai Kaabah untuk menarik manusia-manusia ke Sana'a dengan harapan ekonomi dapat dikuasainya. Namun harapannya sia-sia, 'Kaabah versi Abrahah' langsung tidak mendapat sambutan ramai. Atas dasar hasad dengki dan iri hati, Encik Abrahah bersama tentera bergajahnya bertindak menyerang Kaabah namun dipatahkan oleh tentera Allah. Tahun tersebut yang dikenali sebagai Tahun Gajah juga melakar sejarah kerana lahirnya Rasul pemberi rahmat seluruh alam.

Negara kita mempunyai ramai yang mempunyai otak usahawan. Tidak hairanlah ekonomi kita masih stabil walaupun seluruh dunia dilanda krisis ekonomi yang parah. Salah satu bukti kehebatan pemikiran mereka adalah dengan terbinanya Taman Tamadun Islam. Dengan wujudnya replika-replika masjid sebanyak 21 buah itu, maka berduyun-duyunlah manusia melancong ke negara ini untuk merasai keunikan ciptaan masjid dari beberapa buah negara. Masjid-masjid ini memang dicipta untuk tarikan untuk sektor pelancongan semata-mata dan sememangnya bukan tempat untuk solat berjemaah(kecuali Masjid Kristal). Tahniah kepada mereka yang terlibat kerana berjaya mengimarahkan replika-replika masjid.

p/s: Tahniah juga kepada Encik Abrahah, legasi anda masih disambung sehingga ke hari ini.

23 comments:

PeRaNTaU said...

"Tahniah kepada mereka yang terlibat kerana berjaya mengimarahkan replika-replika masjid."

ske ayat tu =P

ibnu sina inamza said...

ini sangat sinis...sapekah cg bm anda di kms?lol

ibnu sina inamza said...

kmb..silap..lol

MimY LianA said...

nice2

RaveHeartz said...

Taman Tamadun Islam sememangnya terbina atas dasar membina replika,
Tujuan utama untuk kita menilai kegemilangan Islam..
Dan itu juga sememangnya idea bijak untuk menarik pelancong,
Tak baik disamakan pemimpin Islam Malaysia yang punya niat murni dengan abrahah yang cuba menhancurkan kaabah,
Tak salah rasanya,
Baiklah dari dibuat taman tema seperti Genting yang selalunya diimarahkan dengan perbuatan songsang, yang jadi kegilaan untuk dikunjungi selepas exam dan habis skol...

Anonymous said...

saye sokong abg ali kmb

RaveHeartz said...

maaflah, post anda yang ini benar-benar buat arep marah sebab anda sedang menjatuhkan pemimpin yang saya hormat dari segi ketokohannya walau mungkin tak setanding keagamaannya dgan pemimpin lain. Menuduh seseorang semacam abrahah yang dilaknat allah dalam alquran benar fitnah besar melainkan anda mengusulkan bukti fakta yang jelas-jelas menunjukan TTI satu agenda delegasi abrahah!
Sudahlah yang disamakan dgan delegasi kafir laknat itu adalah saudara seagama yang juga menjadikan kaabah kiblat dan percaya runtuhnya kaabah hanya atas ketentuan allah. Salahkah replika keagamaan didirikan untuk pelancongan? Dalam masa yang sama, bukankah satu kerja mempromosikan agama? Kalau begitu tak boleh, tak payahlah masjid-masjid dibina untuk jadi tempat ibadah, takut nanti tak ada orang pergi masjid-masjid yang tinggi darjatnya seperti masjidil haram nanti. Robohkanlah masjid biru di turki yang orang tengok lagi indah dari masjid aqso yang sedang bergolak. Abrahah membina sebuah rumah seperti kaabah, tetapi TTI memperkenalkan masjid kristal sebagai tempat solat, pertama didunia,yang lebih kurang besar surau KMB aja. Itukah yang dibuat delegasi Abrahah? Tak adalah berbondon orang serang terengganu semata-mata nak tgk replika-replika yang bentuk luaran binaan islam aja...pulau TTI th pun seciput aja. Bukannya ada yang p tawaf kaabah pun kat TTI th. Adakah dgan ada TTI, bkurang jemaah di masjid2, kalau xda TTI bertimbunlah orang kat musolla2? Berat tuduhan th dauh. Macam mana kalau ada pembaca salah faham? Tak bolehkah bersangka baik? Bukan ke selemah-lemah persaudaraan adalah bersangka baik? Maka bukan yang buat TTI th saudara seislam? Bukan kalau dah tersebar fitnah, macam tersebar cebisan kertas, nak kutip balik cebisan kertas th mustahil dapat semua,bukan begitu?

Pujangga Sinis

Anonymous said...

mungkin saye rase encik raveheartz perlu betenang kot.pertama2
saye sgt hormati pendapat awak
rasenye awak perlu bersangke baek ngan encik dauh jugek.awak x dengar lagi explanation die kan

kate2 kalo dah terikotkan nafsu amarah besenye dah menjadikan luahan pikiran awak menjadi kurannng matang i suppose.jgn marah tauu.awak cm smgt gile back up pemimpin.lepak sudeeyy =p

tujuan UTAMA masjid dibine ntok sembahyang jemaahh.eratkan hubungan.sebarkan agama islam.tempat ibadah kat allah.

nabi muhammad penah bersabda
jgn jadikan masjid sebagai kuburann
kuburan di sini membawa maksud
a)sunyi sepi sbb x ramai org gie
b)penuh tapi orang ramai gie masjid tapi begosip gile pasal dunie.hati kosong x pk akhirat

zamn skang mend ni cm terjadii.saksikanla sendrik.
so skang nak highlight kat sini.mungkin maksud dauh kat sini fungsi masjid skang telah disalahgunekan pada zaman ni.sepatutnye diimarahkan sebaiknye.bukan sekadar menjadi tempat pelancongann dan untuk mendapat name.tuh jek.awak terburuk sangke kot kat die lebih2

saye bukan nak backup die tauu
sekadar berkongsi pendapatt

RaveHeartz said...

Maaflah, encik anonymous..
Huraian dan hujah saya taklah berdasarkan emosi amarah, sebab kalau betul saya marah, saya takkan begitu rasional untuk tidak menggunakan kata-kata kasar. Saya tidak melihat juga hujah saya tidak matang sebab saya dah baca banyak kali supaya ia berbunyi ilmiah, sebelum mensend.(kalau x matang gak memang saya sendiri yang tak matang)

Saya tidak fanatik dengan pemimpin saya(tak adalah saya sampai membetulkan yang salah dan menyalahkan yang betul demi pemimpin, kalau salah tetap salah) sehingga sanggup menyumpah seranah dauh yang saya anggap kawan seGTS.

Dan di TTI, memanglah masjid-masjid itu dibina replika, untuk tatapan umum, namanya 'replika masjid' bukan 'masjid'. Kalau sapa-sapa pergi TTI, bolehlah berjemaah di masjid kristal.

Saya pun dapat merasakan mesej dauh yang masjid sekarang tak diimarahkan, jadi saya bertanya, adakah dengan adanya TTI berkurang jemaah di masjid2 dan kalau takda TTI, bertambahlah orang di masjid?

Dan saya tidak bersangka buruk terhadap Dauh melainkan merujuk kepada entri Dauh sendiri.


"p/s: Tahniah juga kepada Encik Abrahah, legasi anda masih disambung sehingga ke hari ini." Apakah maksudnya bila saudara anonimos baca?

"Masjid-masjid ini memang dicipta untuk tarikan untuk sektor pelancongan semata-mata dan sememangnya bukan tempat untuk solat berjemaah(kecuali Masjid Kristal)." Adakah pemimpin Islam di terengganu benar-benar nak ambil untung semata dengan pembinaan TTI padahal tema utama ialah "menyingkap kegemilangan Islam"?

Serius, saya tak bias nak menyakitkan hati dauh, n kalau dauh marah dekat saya, saya terima seadanya kerana saya benar-benar berhujah atas dasar rationality dan tidak mengikut nafsu amarah.

P/s: Silap saya melatakkan perkataan 'marah dalam comment sebelum ini. Dan untuk pengetahuan semua, saya sangat tak suka perkataan 'lepak sudey', huhuhu..

RaveHeartz said...

Emmm..Saudara anonimos, saya tak marah awak cakap 'lepak sudey',

Cuma bagitahu yang saya tak suka orang cakap lepak sudey..huhuhu. Takutmisunderstood

shahkang said...

setiap manusia mempunyai arah pandangan masing-masing.
terpulanglah ke mana halanya.

Anonymous said...

Raveheartz
saye CIK aaa.bukan encik
ouhh.mintak maap aa kalo tesakitkan hati.x bemaksudd

"Dan rahsiakanlaa perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh Dia Maha Mengetahui SEGALA ISI HATI"
[almulk 67;13]

xpe2.saye hormati pandangan awakk
mungkin setiap orang ade pandangan dan alasan tersendiri
so laaayaaaan~~ [*sory tau kalo anda x ske pekataan layaaann~ gak]
hehe =p

RaveHeartz said...

Tak terasa sangat (skit-skit je), cuma meghuraikan lagi maksud post pertama dan kedua dan sebab apa boleh ditulis dan dari degree mana saya melihat post "Abrahah kembali" supaya tak timbul perselisihan yang melapu-lampau...sorry r 'cik anonimos'

Dan saya mengamalkan sikap terkebukaan pon, sudi menerima kesalahan sendiri dan dibetulkan pendapat sebab saya pun sedang mencari kebenaran macam semua orang,...

Anyway, saya respect gak anda nye opinion...

P/s: Anyway saya tak berapa suka aja, bukan benci perkataan "lepak sudey" n termasuklah perkataan seangkatan seperti "layan~"...huhuhu. Ada sebabnya kenapa...huhuhu. Sudi-sudi melawat laman PENA. Dauh, sory aku promote skit

d4uh said...

to raveheart
saya ingin menyarankan supaya post ini diteliti sekali lagi...persamaan pemimpin yang terlibat dengan abrahah bukanlah dari segi mengurangkan bilangan jemaah di masjid tetapi dari sudut bagaimana mereka memanipulasikan rumah ibadat untuk tujuan mendapatkan habuan dunia

adakah dengan adanya tti bertambah cinta akan agama islam??adakah dengan adanya masjid sebanyak 21 buah itu makin meningkatkan keinginan untuk ke masjid bagi para syabab???
adakah berbaloi membelanjakan rm250 juta untuk tujuan pelancongan sedangkan mengikut kata anda "Tak adalah berbondon orang serang terengganu semata-mata nak tgk replika-replika yang bentuk luaran binaan islam aja"???
jika asas utama pembinaan adalah untuk memantapkan ekonomi semata-mata maka mereka jelas sudah lari dari tujuan utama terbinanya masjid...

mungkin dana yang dimiliki boleh digunakan untuk kempen bulan solat contohnya yang tidak pernah disentuh di mana-mana peringkat kecuali di negeri aku(bukan nak promote ekk)...kempen lain yang menelan belanja berjuta-juta boleh dilancarkan namun untuk mengajak orang cintakan masjid langsung tidak dipikirkan...

p/s: legasi yang ditinggalkan abrahah adalah pemikiran yang sekular...sekian

RaveHeartz said...

Huhuhu,
Jadi pada anda TTI salah kerana habuan dunia yang dicari?
Saya melihat tak salah TTI dan tak wajar disamakan dengan pemikiran sekular sebab pembinaan replika itu tidak berniat untuk menggantikan binaan2 yang sedia ada..
Hidayah dan kecintaan pada Islam milik ALLAh, boleh sahaja bangunan yang 21 itu mendatangkan kecintaan.Seperti yang saya katakan, tema TTI adalah 'menyingkap kegemilangan Islam'..Maka tidak bolehkah kita berbaik sangka dengan itu, sedang tiada aktiviti yang memesongkan pelawat dari menyembah Allah di TTI. Mungkin tujuan pembinaan untuk mengaut keuntungan, tetapi TTI tidak dibina hanya untuk itu, saya percaya ia konsep serampang dua mata.Begitukah untuk dibandingkan dengan Abrahah yang sekular memalingkan orang ke 'Kaabah" buatan dia, sedang niat pembinaan TTI untuk memartabatkan Islam(Mungkin termasuk sekali degan mencari keuntungan)..Kalau TTI tak boleh dibina kerana agama tidak boleh dibuat jual-jual, al-QUran sepatutnya tidak boleh dijual, buku-buku agama diberi percuma. Tak bolehkah dikenakan bayaran untuk menampung modal 250 juta yang dauh katakan? (Mungkin dapat untung sikit-sikit, dan untung tu boleh diguna untuk rakyat, menaiktaraf live of living(mungkin juga ada yang tak sampai ke rakyat, tapi berbaik sangkalah)). Apapun saya masih tak melihat TTI hasil daripada pemikiran sekular melainkan diusulkan bukti bahawa TTI benar-benar memesongan pegangan pelawat-pelawatnya..

P/s: sekadar menghujahkan berdasarkan ilmu sempit yang ada

RaveHeartz said...

Dan "Tak adalah berbondon orang serang terengganu semata-mata nak tgk replika-replika yang bentuk luaran binaan islam aja". Bebondon-bondon yang saya maskudkan, ialah tak adalah orang hingga begitu fanatik mengunjungi TTI dan kalau yang ke sana, mesti ada niat nak melihat keindahan binaan-binaan Islam, dan mungkin dari niat baik tu, ada rahmat Allah. Dan hiburan di TTI tak lah sehebat bermain-main di pantai dan menjamah keropok lekor di Terengganu. Insyallah, orang Islam masih tahu darjat TTI tuh..dan Insyallah, saya sudah baca dengan teliti post dauh sebelum komen..

shahkang said...

setiap org ada pandangan sendiri
sememangnya nak menjadi seorang pendebat kena consider kedua-dua

sebab dua-duanya ada benar
terpulang dari arah mana kita melihat

tak guna bertekak kerana manusia itu berbeda

Anonymous said...

saya rasa 2-2 benar in 1 point..
betullah kena baik sangka..

Anonymous said...

-->apabila orang yang berbeda pendapat dengan kita itu marah, ini menunjukkan bahawasanye die ragu terhadap pendapatnye sendri, sebab jike die x ragu, dia akan tersenyum dan memaklumi keberbedaan pendapat orang lainnya dengannya.Kemarahannya menunjukkan kelemahan pendapatnye sendiri.

yeay~~
saje2 nak kongsiii

RaveHeartz said...

Sangat-sangat minta maaf,
saya tak marah...Betul2 tak marah, pendapat yang saya usulkan memang berdasarkan fikiran waras yang bebas dari perasaan marah, serius, x tipu..
Dan marah x semestinya menunjukkan tergugatnya diri kepada pandangan,
Apa first impression anda bila ada yang menuduh saudara anda pro-Abrahah? Adakah anda akan senyum terus?(baguslah kalau macam tuh, sebab saya masih belum sampai tahap th lagi)..Sama la macam bila adik buat salah, mula2 mestilah marah sebab buat salah, lepas tuh tegur baik-baik untuk betulkan...Dan, saya marah for my fisrt impresion sebab pemimpin Terengganu yang dulu th dah saya anggap macam bapa saudara sendiri..Tapi, betul, saya tak terikat dengan kemarahan dalam berpendapat,(Seperti yang dah dicakap, silap saya menzahirkan perkataan marah pada coment terdahulu sebab bila orang baca comment yg seterusnya, diorang mesti ingat saya marah)..

P/s: Ish, macam mana nak gitau dengan sebenar-benarnya, yang saya tak marah nih,peningnya...huhuhuhu

. p i s e y . said...

=)

nur akmal said...

pandangan yg bagus... hohoho...

Anonymous said...

lpas bce pjg2 nih terasa gak nak express benda.kerajaan sje je wat TTI tu untuk boost ekonomi org kat situ yg major org melayu tp personally for me. x tercapai pun menyingkap tamadun islam. sje je promote lebih je.stakat wat replika,spe la nak impress and sory la kalo ade yang impress eh.

dauh bercakap berdasarkan fungsi masjid tu sendiri n of course org tak leh solat kat masjid replika tu so mcm membazir la kan 250 juta tu sbb berdasarkan my observation pegi sane, terlampau sikit org yang dtg situ dan solat sunat kat masjid kristal tu.tak bgusla masjid lawa tapi org tak solat kan.membazir je.

but again,government lebeh menumpukan usaha nak membangunkan ekonomi rather than agama ni sendiri. so, u choose mane satu nak sokong.
btw, lagi elok rasenye kalo 250 juta tu wat satu masjid yang besar n bleh menarik pelancong pegi situ sbb kecik sgt la masjid tu.jauh ke dalam sgt lak tu.mmg byk la pahala kalo solat kat situ sebab jalan jauh.hahaha
before terlupe, i think ade satu lagi sbb gov wat TTI tu which is nak prove yg malaysia ni negara islam.ntah pape ntah.rse nak mencarut je.
so,pilih la nak support mne.ekonomi or anything else.anyway mape i didnt think u r wrong but jelaskan la ck8 pe yg ko smekan antara abrahah ngan pemimpin kite.ade persamaan tapi tak jelas sgt la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...