May 19, 2009

Intelek Pro-Sampah

Aku sudah hampir ke penghujung di tempat ini. Banyak pengalaman yang telah diperoleh. Banyak lagi cabaran yang ditempuh. Yang paling banyak adalah belajar dari manusia. Itulah benda yang paling aku suka. Dijadikan cerita, tempat aku ini merupakan tempat perkumpulan manusia-manusia intelek. Betul ke tidak aku pun tak pasti, anggap saja semuanya intelek belaka. Memang semua tahu budak intelek ni mempunyai IQ yang lebih tinggi dari orang biasa atau bahasa kampungnya otak "pikap". Itu memang tidak boleh disangkal. Tapi satu benda yang menarik tentang budak intelek kat tempat ni adalah segelintirnya adalah "Pro-Sampah".

Sampah boleh dijumpai di mana-mana. Atas pili bomba, atas para masjid, atas tudung tong sampah, dan bilik tv yang sememangnya jadi tong sampah paling besar. Memang kadang-kadang aku tak boleh nak salahkan mereka. Mungkin lupa, mungkin juga tak ingat nak buang. Tapi bila masalah lupa jadi satu tabiat, itu yang bikin problem. Nak buang sampah dah susah, inikan pula nak buang tabiat buruk(suka buang sampah merata-rata). Aku sangat harap mereka yang selalu lupa buang sampah ni tak penah lupa basuh bila buang air. Takut-takut lupa pula.

Aku bukan berniat untuk nak memburukkan siapa-siapa. Tapi tabiat buruk ini menggambarkan krisis pemikiran yang ada dalam masyarakat kita. Jika golongan intelek pun masih tidak dapat mengikis tabiat ni, inikan pula golongan biasa. Mungkin ini adalah perkara kecil namun ia juga adalah perkara asas dalam pembangunan diri manusia.

p/s: Maaf jika tulisan ini terkena kepada kawan-kawan. Dah memang itu tujuannya.


4 comments:

chaq said...

hmm..bukan golongan intelek malaysia je mcm tu. kat UK ni pun banyak sampah especially bandar2 london, manchester, etc. siap dengan botol arak pecah sana sini. tapi kampung2 mcm notts, york mmg bersih. terfikir jugak kenape.

exam dah nak abis kan dauh, gdluck for d last IB survival.

majin said...

sori laaa mat pear

d4uh said...

to chaq
tq2...hee..ko x pon gud lak gak exam

to majin
sori beb....benda ni wat aku rasa xsedap ati...untuk peringatan kepada diri sendri yang selalu lupa

ale said...

sentiasa mengancam pe.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...