May 30, 2009

Mesin Basuh

Berbakul-bakul baju dimasukkan ke dalam mesin basuh yang bersaiz besar bagak. Tujuannya jelas, mencuci segala kotoran,kesan minyak, lumpur-lumpur yang terpalit,menanggalkan tompokan darah yang penuh menghiasi segenap ruang. Tiga proses dilalui oleh baju-baju berkenaan yakni basuh,bilas dan dikeringkan. Keluar saja dari mesin basuh, berkedut-kedut keadaan baju, mungkin hasil daripada pusingan ganas mesin basuh. Membasuh dengan penuh semangat, dengan harapan baju yang dibasuh bersih dan suci hendaknya.

Alhamdulillah, baju-baju berjaya dicuci, tiada lagi bau hanyir,kepam,busuk dan bau-bau kurang enak yang sewaktu dengannya. Tiada lagi tompokan kuning, kesan peluh di ketiak. Tiada lagi cacat cela, bagaikan baru keluar dari kilang. Namun, baju pagoda tetap baju pagoda. Baju pagoda takkan jadi baju Nike atau Reebok. Tak kira di basuh berapa banyak pun ia tetap tidak berubah. Ia tetap baju pagoda. Mungkin baju yang telah cuci itu akan memberi sinar yang baru dalam menghadapi hari mendatang. Menyuntik semangat menempuh segala aral di tengah jalan. Walaupun tidaklah setaraf dengan baju Nike, dipandang hina, dicaci dan dicela, perjuangan tetap perlu di teruskan. Memelihara dan mempertahankan kawan-kawan sepagoda yang lain. Kerna baju pagoda jua pengakhirannya.

10 comments:

chaq said...

btn ek...aha...
brainwash.

adlan wafi said...

apa maksud "ia tetap baju pagoda"?

Anonymous said...

maksud die. Xkire mcm mane pn basuhan 2, bj pagoda tetap dgn pndirian die nk jd bj pagoda gaks! X nk tkar jd bj body glove wpn die kosong, putih n x de coraks. Hehe. Btl x?ap kate survey?

UMAH said...

semoga semua baju pagoda kita tercelup dgn Sibghah Allah.. al-Baqarah 2:138.. ;) Insya-Allah.. Wallahualam ;P

wan najah maryam mohd daud said...

ko nye blog kan simbolik abes ar
aku cm jadik agak x paham ar
yerla bdak ee malayla katekan

fiqss said...

thank you anonymous for explaining. baru la betul2 paham =P hahaha

Anonymous said...

haha..mantap ma pear..hidup baju pagoda!!!

Anonymous said...

hehe...mantop ar..;)

dikyeh said...

salam akh,

mesin basuh malaysia xleh pakai la. Makin kotor baju. Byk kali dah test...huhu

terus tsabat n istiqomah!

Anonymous said...

kadangkala baju pagoda perlu dijahit. kerna koyaknya memperlihatkan bulu ketiak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...