March 14, 2009

Megah berdiri

Semalam gua meronggeng di bandar sunway, kebetulan menghadiri majlis doa selamat member gua yang nak fly ke Jerman hujung bulan ni. Gua yang tak berapa tau jalan ni suruh la member gua yang sorang lagi amek gua kat sana. Untuk memudahkan dia cari gua, dia suruh gua tunggu betul-betul bawah kepala singa(memang member gua itu agak sengal sedikit). Gua pikir punya pikir, takkan la gua nak park tepi highway tu kan, nak mampos. Dah la kereta kakak gua. Maka gua pun teringat ada sebuah masjid yang gua pernah ternampak masa melepak di sunway pyramid. Dalam masa menunggu member gua sampai baru gua perasan yang memang singa tu besar tahap gaban. Dengan matanya yang bersinar memandang tepat ke arah masjid tu. Agak cuak juga melihat pemandangan tu pada waktu malam. Dah la gua sorang-sorang dok tunggu kat situ.





Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa patung kedua terbesar di dunia ini terletak di Tumpat, Kelantan(20 minit perjalanan dari rumah gua). Tapi berdasarkan pengamatan gua semalam. Gua cukup yakin singa tu jauh lebih besar dari patung tengah tidur di Tumpat. Mungkin sekarang kepala singa tu telah merampas kedudukan patung tidur. Mungkin juga berada di tempat pertama, suatu yang tidak mustahil kan?

Bagaikan dua unsur yang berlawanan dapat di lihat di bandar sunway. Patung 'terbesar'(anggapan sahaja) di dunia betul-betul bertentangan dengan sebuah masjid yang tidak kurang hebatnya. Namun yang pasti, jika patung itu boleh berkata-kata, semestinya dia akan berlagak dengan masjid tu. Apa tidaknya, manusia berduyun-duyun masuk ke tempatnya. Di masjid ada la juga manusia dua tiga kerat bila masuk waktu solat. Itupun mungkin hanya satu perseribu daripada pelawat di sunway pyramid. Nampak macam hiperbola tapi itulah hakikat yang sebenar.




7 comments:

Anonymous said...

subhanallah
huh'
tp ak x slalu g sunway
haziq r slalu
dia kan da jd org subang skang
hahaaaa

acapviv said...

insaf2x..
terase aku mat pear..
dalam seminggu paling kurang skali pegi sunway pyramid..
masjid tu dalam satu sem( beberapa kali je)
*smayang jumaat kt masjid len*
bukan tu je.. time bulan posa, org dok teraweh kt masjid, pub kt depan tu bukak lagu kuat2..
ni sume propaganda yg terancang :(

d4uh said...

to aizat
haha...haziq biasa la...aku rasa dia dah bole pndah subang kot...hahah

to acapviv
aku pon baru 1st time sampai masjid tu...hoho...klu x tunggu org xsampai dh kot...huhu

mmg jelas propaganda...tapi yang tkutnya kalu disoal pula suatu hari nnt...huhu

Anonymous said...

ades2...rasa tertampar baca part patung singa berlagak dengan masjid sbb lg rmai org berpusu-pusu kat dia. huhuhu~

fiqss said...

nice one mat pear :)

the masjid is across sunway je? teruk nye i x perasan pun :(

eh but i sgt la jarang gi sunway.. heh =P

Anonymous said...

sgt menginsafkn...
walupun prnh sekali je menjejakkan kaki di sane....
(pe yg ad kt sne pon lupe gak)
namun...terase gak laa...
berhadapan dgn masjid???
people can choose...but better choose da right path...

beli belah kt sane...time solat imarahkan masjid...

adekah itu sbb pembinaannye??ntah..
(sume brgantung pd manusia yg g sne)

d4uh said...

aku dapat tau ada masjid kt situ bila ada bdk pompuan dari tadika cakap diorg ada daurah dkat sunway pyramid...terkejut aku..hoho...igtkan dok dalam mall tu...hee..ada masjid rupenya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...