March 20, 2009

C.I.N.T.A.(EP 7)

Kali ini aku ingin mengajak pemikir mengkaji istilah-istilah yang biasa digunakan bagi golongan terpilih atau lebih dikenali dengan gelaran "Remaja Bercinta".

Jatuh Cinta

Istilah 'jatuh cinta' merupakan suatu yang dikira "common" bagi mereka yang menaruh hati dan perasaan terhadap seseorang. Biasanya "jatuh" digunakan untuk menggambarkan keadaan objek yang memecut dari tempat tinggi ke arah pusat graviti bumi dengan halaju malar. Objek yang jatuh pula akan mengalami kecederaan contohnya pecah,luka,patah atau mungkin juga mati di tempat kejadian. Atas dasar itulah kebanyakan manusia yang jatuh cinta secara logiknya akan mengalami simptom-simptom seperti yang telah disebutkan di atas. Oleh itu, First Aid Kit harus disediakan terlebih dahulu sebelum jatuh cinta. Ianya terbukti mengakibatkan kecederaan.

Mabuk Cinta

Apabila seseorang itu mula bergelumang dengan cinta, setiap hari mesti diluangkan dengan kekasih tersayang maka mereka akan dilabel sebagai orang yang 'Mabuk cinta'. Istilah "mabuk" biasanya dikaitkan dengan keadaan tidak waras(bengong/gila) dan tidak boleh berfikir dengan rasional. Punca kepada keadaan mabuk pula adalah akibat pengambilan bahan-bahan yang memabukkan seperti tuak atau arak. Hukumnya jelas haram dan hukumannya pula adalah 40 kali sebatan. Kepada mereka yang mabuk cinta, hati-hati ye, jangan sampai ditangkap oleh jabatan agama kerana 'Cinta' diklasifikasikan sebagai bahan yang memabukkan.

Dibius Cinta

Sebut saja istilah ini teringat pula ost cicakman 2 nyanyian Melly Goeslow dan Yusry KRU. 'Dibius cinta' merupakan keadaan dimana seseorang itu akan menjadi 'high' dan selesa dengan cinta yang diperolehi daripada kekasih tersayang. Istilah "Bius" pula biasa digunakan oleh doktor sebelum menjalankan pembedahan. Mungkin yang paling biasa kita dengar adalah ketika adik kita(atau kita sendiri) 'bersunat'. Sakitnya boleh tahan tetapi kesannya yang hebat. Bius sebenarnya digunakan untuk menghilangkan rasa sakit tetapi jika digunakan dengan kadar berlebihan akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan serta mungkin menghadapi risiko maut. Penggunaan ubat bius cinta juga mungkin menghadapi risiko sedemikian. Mungkin boleh rujuk disini apa yang perlu ada sebagai persediaan sebelum dibius cinta.

Kesimpulan yang boleh dibuat disini adalah 'Cinta' itu memudaratkan diri kita. sendiri. Kerana 'Cinta', anda mungkin tercedera, menjadi tidak siuman atau gila.

Sayangilah diri anda(Iklan jabatan kesihatan).





4 comments:

Anonymous said...

hahhahahahahahaha

lawak gile..

part jatuh tuh nak jugak masuk toeri fizik. owh budak engine. lupe.

besh3.

p/s: ingt tau bawak aku punye souvenir dr kg kau.. =p

Unknown said...

'nowadays people keep saying that cant live without luv..but oxygen is more important'-dr.house

Anonymous said...

salam...
menarik gak pendekatan kali ini; cinta sebagai pemusnah manusia secara jasmaniah...
tp cinta tu tidaklah sumernye memudaratkan manusia...

bak kt tuan guru nik aziz, cinta itu umpama pisau, kalau digunakan untuk tujuan yg betul spt memotong sayur @ daging mk manfaatnya akn dpt pd kte tp kalau digunakan dgn tujuan utk membunuh @ merompak, maka kesannya sgt memudaratkan...

begitulah cinta, cinta yg digunakan untuk tujuan yg betul dpt disalurkan kpd pemilik cinta itu sndiri iaitu Allah swt... <3

d4uh said...

to paula
ko x cinta aku...maka xde souvenir...hahah

to saye
hehe...dr house ke dr nadia yg ckp tuh...

to cheeseandmouse
cinta yang dibincangkan lebih menjurus kepada cinta golongan 'terpilih' seperti yg disebutkan...hee..terima kasih atas perkongsian anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...