June 21, 2011

Membina fahamism membenam fanatism



Pertama-tamanya aku ingin meminta maaf kerana merojakkan bahasa melayu pada tajuk post ini. Tujuannya untuk lebih jelas(walhal nak bagi 'catchy') dan senang di fahami nanti.

Apakah beza fahamism dan fanatism?? Sedar atau tidak sedar, seringkali dalam apa jua tindakan kita, fanatism mendahului fahamism.

Kita ambil contoh peminat kelab bola sepak Arsenal, ada "rumour" mengatakan Nasri dan Fabregas akan berpindah pada musim depan. Pada hemat aku, dua watak ini merupakan tonggak utama kelab tersebut. Bagaimanakah penerimaan peminat? Jika seseorang itu peminat yang fanatik, 'kompom'lah dia akan terus menyokong Arsenal, namun jika dia itu peminat yang faham, dia akan mula berfikir, tanpa kehadiran dua pemain tengah a.k.a 'playmaker' kepada pasukan tersebut, pemainan tidak lagi akan menjadi seperti biasa. Mungkin makin menarik, mungkin juga makin hambar jika penggantinya bukan Xavi. Maka peminat yang faham akan mula menimbang semula samada mahu terus menyokong atau berpaling tadah dengan menyokong Chelsea pula.

Itu adalah contoh mudah mahu membezakan fahamism dan fanatism. Dalam dunia bola sepak, dengan kita hanya meminati dari luar kaca tv, tidak akan memberi kesan kepada diri sendiri mahupun masyarakat apatah lagi kelab tersebut(kita bukan pernah beli merchandise yang ori pun). Namun, dalam kita membuat keputusan dalam hidup, membezakan dua -ism ini memberikan satu kelainan dalam kita membuat keputusan.

Fahamism akan membolehkan kita membuat sesuatu kerja dengan tepat dan betul kerana kita jelas akan apa matlamat, tujuan, kesan dan juga akibat, namun fanatism menyebabkan kita melakukan sesuatu itu dengan membuta tuli tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatan kita tersebut.

Seseorang yang fanatik dengan mana-mana pemimpin akan sentiasa mengiyakan segala keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh orang yang disanjung mereka. Tiada lagi penilaian atau pertimbangan dilakukan. Yang penting semuanya dipatuhi.

Kepercayaan kepada pemimpin itu sangat penting, namun kefanatikan wajib dan semestinya dielak. Sedangkan sahabat-sahabat Rasulullah tidak fanatik kepada penghulu kepada semua nabi lagi maksum dan mendapat petunjuk Allah dalam segala tindakan baginda. Contohnya dalam perang Badar, apabila Rasulullah memilih untuk berkhemah di telaga paling hampir dengan lembah, seorang sahabat Al-Hubab tidak terus mengikut arahan secara membuta tuli. Beliau bertanya baginda dengan hemah, dan mencadangkan tempat yang lebih baik untuk melawan musuh(kisah selanjutnya boleh dirujuk Raheequl-Makhtum). Itu adalah contoh bagaimana fahamism mengatasi fanatism.

Sama juga dalam perjalanan kita mencari redha Allah, kita tidak disuruh untuk fanatik dengan Islam tapi mendalami Islam dengan kefahaman selari dengan hadith "Sesiapa orang yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka akan diberikan ilmu (kefahaman) mengenai agama-Nya".

Marilah kita sama membina fahamism, membenam fanatism.

1 comment:

Pisey said...

The way you write this pun, kena ada fahamism yang tinggi juga. Hehe. If not nanti pakat tok pehe.

You are doing great (;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...