August 1, 2009

Sohabi Samir

Sedang aku melepak di tiang masjid, seorang lelaki menegur.Agaknya terpikat dengan si DIA. Memang DIA yang aku bawa selalu menjadi tarikan. Mungkin tidak pernah dijumpai di bumi Yaman. Lelaki itu bertanya dalam bahasa Inggeris yang agak lancar dan petah tidak seperti orang Yemeni lain. Namun aku dengan niat nak praktis bahasa yang aku baru belajar membalas pertanyaan dalam bahasa Arab la kan. Setelah bersembang seketika, habis sudah kosa kata aku gunakan maka dengan secara automatiknya bahasa Inggeris juga terpaksa dijadikan medium persembangan kami. Rupa-rupanya dia bekerja di kedutaan Amerika di Yaman. Tidak hairanlah cair saja percakapannya. Dan rupa-rupanya juga dia tinggal di rumah kakaknya yang hanya lima enam langkah dari rumahku di Mazbah. Maka pergi la aku melawat rumahnya. Banyak benda yang disembangkan dari mentaliti masyarakat di Yaman sampailah kepada keluarganya yang berada di Europe dan Amerika.

Korek punya korek, keluar la cerita pasal zaujah dia. Zaujah dia juga dari Yaman tapi dibesarkan di Amerika. Maka aku dengan bersemangat tanya la macam mana dia boleh kenal zaujah dia tu. Rupa-rupanya yang mengatur adalah kakaknya yang tinggal di New York. Senang dan 'simple'. Tak perlu melalui peringkat percintaan yang tiada pasti penghujungnya. Dan yang lebih menyenangkan hati aku bila mendengar mengenai zaujah sahabat baru aku ini ialah seorang hafizah dan sedang menuntut dalam bidang perubatan. Sejuk perut ibu mengandung. Sejuk juga hati seorang suami. Terasa juga hawa-hawa sejuk di hati aku.Teringin aku untuk merasa kesejukan tu. Maka tugas yang paling berat sekarang adalah membina diri sendiri yang kadangkala terumbang ambing dalam dunia yang indah hanya sementara.

p/s: Orang Yemeni kat UK banyak ke ek???Hehe













5 comments:

"the gossiperz" said...

nice. ko guna ubat guna2 pe smpai terpikat jantan arab. huhu.
nak jubah hood!

Anonymous said...

betul tu, elok sentiasa perbaiki diri. kan Tuhan dah berfirman " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang buruk akhlak untuk perempuan yang buruk akhlaknya.' so kalau kita nak pasangan yang terbaik, kita sendiri perlu jadi yang terbaik la....tak gituuuuu

Anonymous said...

salam sohabi firdaus..

moga anda juga dikurniakan zaujah yg mampu menyejukkan hatimu.

-saya-

. p i s e y . said...

=)

sohabi.

Scorpie said...

jom usaha hafal quran ke soton ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...