July 20, 2009

Pikiran Daud

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Dah beberapa kali rasanya ternampak ungkapan-ungkapan di atas ini di dunia blog. Walaupun dah ketinggalan tapi rasa nak letak la juga di Pikiranku. Almaklumlah, kat Yaman ni tak ada panggung wayang apatah lagi cerita Melayu. Itupun nasib baik ada youtube. Boleh juga download dengan percuma.


Ini adalah Encik Daud(David) Teoh

Untuk pengetahuan semua, konsep asal cerita ini adalah dari Daud(David) Teoh. Maka tahniah kepada Daud kerana tahu dan reti membezakan jodoh. Tak sangka juga dia pun mempunyai kesedaran akan betapa pentingnya nilai jodoh. Mungkin lebih pandai daripada remaja-remaja seangkatan kita yang lebih suka jodoh dipilih oleh syaitan. Rasanya syaitan tu faham cita rasa nafsu para remaja. Jodoh yang ditemukan mesti "ngam"lah.

Tapi rasa agak malu juga apabila dipaparkan gelagat-gelagat manusia clubbing yang sememangnya bukanlah rekaan. Dan hakikatnya ramai manusia yang bergelar Islam turut sama berjoget,menari dan bersuka ria. Mungkin Daud buat filem ni nak bagi orang Islam ni sedar sedikit di mana letaknya agama dalam diri para syabab.

Filem ini tidaklah seronok mana pun untuk ditonton, sekadar suka-suka bolehlah. Yang paling aku tak suka adalah kesudahan filem. Selepas lelaki itu mempermain dan mempersendakan hati seorang perempuan, kesudahannya adalah mereka berkahwin jua. Kalau aku jadi perempuan tu memang sah-sah la kena lempang lelaki macam tu.

p/s:Tahniah sekali lagi kepada Daud kerana cuba menyampaikan mesej dakwah.Moga-moga Daud betul-betul berubah menjadi Daud. InsyaAllah





10 comments:

shahkang said...

aku tengok cerita ni kat wayang
cerita ni keluar sekali dengan night at the musuem, jadi mungkin ramai tak nampak cerita ni kot.

ok la, sekurang-kurangnya mesej tu sampai walaupun mungkin plot dan jalan ceritanya kadang-kala tak menarik mana

lawak pun ok gak

Unknown said...

Selepas lelaki itu mempermain dan mempersendakan hati seorang perempuan, kesudahannya adalah mereka berkahwin jua. Kalau aku jadi perempuan tu memang sah-sah la kena lempang lelaki macam tu...

perempuan...

IslamYangBenar said...

David Teo hanyalah penerbit dan mengutarakan bahawa dia ingin menerbitkan cerita berkonsepkan Islam.namun jalan cerita,arahan mahupun skrip bukanlah dihasilkan oleh David Teo itu sendiri.
Pemahaman dan pengetahuan tentang jodoh itu bukanlah datangnya daripada David Teo sendiri.beliau hanya menjadi penerbit dan inginkan konsep sedemikian untuk menarik perhatian penonton ke pawagam bagi mengaut keuntungan.penerbit..gunalah konsep apa-apapun asalkan mendapat keuntungan.Cuma malu juga dengan penerbit Islam yang tak terfikir ataupun tak berebut-rebut nak terbitkan cerita berkonsepkan sedemikian.
Namun begitu,amatlah bagus kalau ditakdirkan David Teo mendapat hidayah selepas menerbitkan cerita ini.IKHLASlah mendoakannya,moga lebih banyak cerita yang berkonsepkan Islamik diterbitkan olehnya.

Anonymous said...

yup, tersgtlah byk kekurangan filem ni..plot yang terlalu biasa, lakonan yang terlalu tak real..

ini ibarat cerita falsafah..

semoga ini menjadi pencetus kepada cerita yang lebih menepati islam, inshaAllah..

say no e-toyol.com, keliwon dan cerita2 lain lagi!! (waktu 'orang itu' masih berada dalam kerajaan, kita dapat rasakan cerita2 kurafat tidak dibenarkan disiarkan)

d4uh said...

to elbaeraqy
sapekah "orang itu"...berdebar aku ni..hahaha

anish said...

pikiran daud ke dauh
haha

aku x tgk agi cte tu
besut xdop panggung beb

chocolate said...

hmm..pikiran daud ke?
bukan pikiran ahmad idham?

anyway,rase ok la pmilihan actress for the movie. coz klo ambk pmpuan mane2 yg freehair sure msg smpai halfway. (for me la..)
so, in this movie msg tu ade eventhou jln cite common. and funny too.
i think this is the first movie with this kind of genre.
so it's a start. =)

d4uh said...

to chocolate
sengaja ak menganggap pikiran daud sebab die tukang pikir cerita...kredit kepada daud yang nak mencari keuntungan namun masih mahu menyelitkan unsur mendidik dalam filemnya

p/s:klu bukan sebab actress tu mungkin aku tgk cerita ni suku jalan je...hehe

Nik Syafiq said...

mungkin en daud ingin wat scene lempang tu bb tu salah satu benda wajib sepatutnye,tpo mayb cikgu syuhada xsentuh lelaki bukan muhrim menyebabkn scene tu tiada

Anonymous said...

ohh cikgu syuhada~~~ haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...