Pernah sekali aku di 'grill' oleh seorang pelawat di blog (chatting di ym chatbox). Menanyakan dengan serius mengenai BM. Satu topik yang tidak pernah difokuskan. Hanya sekadar dengar dari orang lain malah bila bercakap mengenai BM pun hanyalah untuk berjenaka bersama rakan-rakan seangkatan. Hampir sejam juga diajukan soalan-soalan yang menyebabkan aku menggigit jari. Semua soalan dijawab dengan jawapan selamat agar tidak terperangkap dengan jawapan sendiri.
Musim panas ini sahaja hampir 10 orang yang aku kenali akan membina BM. Rasanya, inilah musimnya, fb dipenuhi invitation majlis perkahwinan, fb group batch menjadi tempat iklan kenduri. Aku doakan moga-moga yang dibina itu bakal menjadi satu batu asas yang kukuh kepada lapisan kedua dalam misi membawa Islam kembali ke puncak.
Bila menanyakan kepada sahabat di Mesir mengenai BM yang dengar-dengarnya antara tempat paling aktif di luar negara dengan proses BM mereka, aku telah diberikan satu sisi pandang yang cukup menarik oleh sahabat tersebut. Antaranya adalah, musim exam merupakan satu waktu puncak untuk membincangkan mengenai proses BM dan akan reda bila hampir berakhirnya musim exam. Satu fenomena yang pelik namun aku memilih untuk tidak memberi sebarang kritikan atau pandangan memandangkan tidak berada di Mesir untuk memahami keadaan sebenar yang mendorong pemikiran para pelajar disana.
Ramai yang berpandangan, BM itu dibina semata-mata kerana mereka cukup jelas dengan hukum agama bahawa ber'couple' itu jelas haram. Ini adalah satu pemahaman yang bagus, namun jika ianya sekadar memahami bahawa BM hanyalah menghalalkan yang haram maka itu adalah satu masalah yang cukup kritikal dan bakal merosakkan tujuan sebenar BM. Walhal BM itu adalah satu tunggak kepada pembinaan masyarakat yang cukup penting.
Memandangkan aku tak suka baca post yang panjang, menulis yang post yang panjang lagi la aku tak suka. InsyaAllah diberikan umur, masa dan kesihatan untuk mengupas mengenai I,A dan D di post seterusnya. Kali ini hanyalah intro kepada BM.
2 comments:
I, A & D tu ape pulak?
@ismail marzuki: nnt post seterusnya aa plak..hee..xblik mesia ke?
Post a Comment