August 7, 2011

GEN T


Alhamdulillah, hari ini masuk hari ketujuh kita semua menjalani ibadat puasa. Mungkin akibat kita tidak diberi pendedahan apakah tujuan sebenar puasa, maka rata-rata berpuasa disebabkan faktor sekeliling. Semasa kecil contohnya, anak kecil diajar berpuasa dengan umpan duit namun disebalik itu tidak diterangkan akan ganjaran sebenar. Sebaiknya diselitkan juga sedikit bagaimana besarnya ganjaran berpuasa yang jauh lebih bernilai dari duit RM2 upah berpuasa. Semasa kita dewasa pula, amalan puasa menjadi suatu kewajipan dengan sebab kita sudah akil baligh tanpa ditelusuri apakah tujuan sebenar berpuasa itu sendiri.

Apabila diturunkan ayat(2:183) yang mewajibkan kita berpuasa, disebutkan secara jelas tujuan puasa itu sendiri. Tujuannya satu, meng'transformasi'kan orang beriman menjadi orang bertakwa. Apabila ramai dari kita yang tidak jelas akan misi yang perlu dicapai dengan ibadat berpuasa, maka ibadat itu akan menjadi sekadar adat. Bulan Ramadhan akan menjadi sekadar pesta di bazar ramadan, musim untuk memperlahankan produktiviti dan aktiviti. Sepatutnya bulan yang mulia dengan ibadat yang mulia ini akan dapat menghasilkan satu produk yang lebih baik dari sebelumnya.

Sepatutnya menjadi satu target kita semua(orang beriman) agar dapat memperoleh sifat,perasaan dan perlakuan takwa kepada Allah dengan berjalannya kem intensif selama sebulan ini. Moga kita dapat menjadi GEN T(Generasi Takwa)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...