August 17, 2011

Anak Muda dan Iktikaf



Menghampiri 10 hari terakhir Ramadan, rasanya satu masa yang sesuai untuk menulis mengenai amalan yang kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan amalan solat terawih apatah lagi amalan ber'bazar' ramadan. Ibadat iktikaf di bulan ramadan cukup ditekankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan diriwayatkan baginda tidak pernah terlepas untuk beriktikaf setiap tahun sehingga baginda wafat. Namun begitu, banyak antara kita tidak memandang amalan ini dengan serius. Ianya satu peluang yang sepatutnya direbut kerana bulan Ramadan hanya sekali dalam setahun dan ketika momentum kita untuk beribadah berada di puncak inilah sepatutnya digunakan untuk memaksimakan amalan kita.

9 Sebab Anak Muda Perlu Iktikaf
  1. Antara amalan yang jelas dianjurkan oleh Nabi s.a.w. berbanding solat terawih berjemaah yang hanya dilakukan selama 2 malam sahaja bersama para sahabat*.
  2. Di dalamnya malam seribu bulan(83 tahun) yang menjanjikan satu bonus terbesar dalam bulan mulia ini.
  3. Anak muda masih lagi bujang, maka inilah saat yang berharga untuk beriktikaf kerana apabila sudah berkahwin, halangannya makin bertambah. Trust me!!(walaupun tiada pengalaman..hee)
  4. Kita tidak tahu bilakah saat kematian, amatlah rugi jika mati muda dengan amalan yang sedikit. Amatlah untung jika dipertemukan dengan malam lailatul qadar yang menyamai 83 tahun, moga-moga dapat menampung amalan kita.
  5. Sebenarnya iktikaf ini tidaklah lama, tidak lebih dari 7 jam. Baliklah dahulu selepas terawih untuk menyetelkan benda tak setel kemudian terus ke masjid beriktikaf dan pulanglah untuk sahur.
  6. Ini adalah antara latihan untuk menjadi ruhban fillail. Ucapan sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan amalan.
  7. Katil yang empuk itu hanya perlu ditinggalkan selama 10 hari dengan harapan digantikan dengan katil yang jauh lebih baik di syurga.
  8. Kebanyakan anak muda tidaklah mempunyai aktiviti berat di musim cuti ini.. Peluang inilah harus direbut kerana kita punyai masa rehat yang banyak pada waktu pagi. Masuk sahaja alam pekerjaan maka makin payahlah untuk kita beriktikaf.
  9. Masa muda itu tidak kekal, jangan dibazirkan usia muda kita. Inilah cara untuk memanfaatkan kekuatan, semangat dan keazaman anak muda ke saluran yang betul.
Rasanya sebab-sebab diatas relevan untuk semua anak muda. Mari sama-sama kita beriltizam agar dapat melakukan amalan yang memerlukan sedikit pengorbanan namun menjanjikan satu ganjaran yang cukup besar ini.

*Nabi melakukan solat terawih secara sendirian namun di masa kita ini amatlah digalakkan untuk berjemaah kerana beramai-ramai itu memberikan kita kekuatan.

p/s: Mengikut mazhab hanafi, wanita boleh melakukan iktikaf di tempat ibadat khas dirumahnya(jika ada)

3 comments:

Muizz said...

jom pakat iktikaf blakooo

Aku Dan Sesuatu said...

Rahib di malam hari, pejuang di siang hari (Ruhban fil lail, wa fursan fin nahar)

Anonymous said...

salam,

What exactly is iktikaf??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...