October 9, 2010

Subuh itu kekuatan

Waktu subuh adalah prime time kepada kehidupan seorang insan. Ketika itulah permulaan kehidupan setelah mati sementara. Tidak hairanlah, salah satu dari 5 waktu solat yang wajib ditunaikan ada pada waktu subuh. Menurut satu kajian, di penghujung malam sehingga ke waktu subuh merupakan masa di mana peratusan oksigen di dalam udara berada di peringkat paling tinggi berbanding waktu-waktu lain yang terbukti merangsang daya fikir malah memberi kekuatan. Mungkin kerana kurangnya kenderaan di lantai-lantai jalan raya tapi yang pastinya waktu itu Tuhan penguasa alam turun hingga ke langit dunia.

Pada subuh hari itu ujian kepada kekuatan. Kekuatan untuk bangun awal melepaskan diri dari dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut tebal dan bantal empuk, malah kekuatan untuk mengenakan air sejuk membeku ke muka, tangan, dahi dan ke kaki lantas terus bergerak ke tempat keramaian, bermunajat bersama-sama. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa asalkan punya keinginan.

Perkara sama juga dijadikan penanda aras kepada kekuatan ketika perang-perang besar di zaman dahulu. Kekuatan askar bukanlah kepada fizikal semata-mata, yang lebih penting kekuatan seperti di atas. Tidak hairanlah soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Solat fardhu kemudian rawatib kemudian solat malam. Waktu akhir malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para askarnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan askar beliau. Mungkin juga di tempat tercorot sekali.

Mungkin kebiasaannya kita tidak terlalu peka terhadap kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan jelas ianya petunjuk agung ciptaan Tuhan. Untuk pejuang, inilah kekuatan yang sebenar.

Demi waktu fajr (89:1)

8 comments:

aslam said...

boleh dah bg tazkirah subuh sok.=)

Anonymous said...

alhamdulillah.. :)

Anonymous said...

boleh bagi cara2 tok bangun subuh ngan senang setiap hari supaya x tinggal solat subuh? tambahan: kalo dapat baca quran lepas solat subuh nescaya hari yg dilalui dalam tempoh masa tersebut amat bermakna

d4uh said...

teori basic nak bangun subuh adalah tidur awal..hee..phtu nk tdo tu niat dan doa btol2 nk bangun..insyaAllah..moga dipermudahkan

Anonymous said...

mmm..ok2..kesimpulannya mind setting juga memainkan peranan. dengan membaca kalamNya kekuatan lagi bertambah. nak power?

Anonymous said...

memang susah..kdg2..dah bgon bole plak tarik selimut tdo 5 minit kononnya tp last2 sampai ke matahari tegak atas kepala..smoga same2 lah kte tak tinggal subuh:)

ArepChePha said...

Nak ngomen gak lah...

Aku amik air sembahyang gune air panazzzz :D

d4uh said...

@arepchepa : haha..sape ek arepchepa ni..btw nice blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...