August 24, 2010

Bila zaman kembali jahiliyah

Jika selalunya zaman jahiliyah dikaitkan dengan zaman sebelum turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad(s.a.w.). Itulah definisi yang biasa kita baca di dalam buku teks di sekolah. Ramai yang berasa selesa memandangkan kita bukan lagi berada di zaman jahiliyah jika berpandukan definisi buku teks. Hakikatnya zaman yang kita lalui sekarang ini jauh lebih punah dan rosak berbanding zaman jahiliyah dahulu kala.

Jika dahulunya manusia itu berbogel semasa tawaf, sekarang ini lebih ramai yang 'berbogel' di papan-papan billboard di sekitar ibu kota. Tidak perlu di sebutkan lagi yang 'berbogel' di pusat-pusat membeli belah apatah lagi di tempat-tempat hiburan. Adakah boleh kita katakan kita bukan di zaman jahiliyah?

Jika dahulunya masyarakat hidup aman dengan amalan mencuri,merompak dan riba, sekarang ini korupsi di mana-mana sahaja, curi pasir di sana sini, MLM yang bermacam-macam jenis dan 'interest' yang menjadi wajib di bank-bank komersial. Adakah boleh kita katakan kita bukan di zaman jahiliyah?

Jika dahulunya bayi-bayi perempuan di tanam hidup-hidup kerana tidak sanggup menanggung malu, sekarang ini jauh lebih teruk. Memandangkan zaman makin moden, bayi-bayi tidak lagi di kambus di dalam tanah. Mereka dibakar, dibuang ke dalam tong sampah, di campak dari tingkat atas flat, di buang ke dalam sungai, di buang ke dalam lubang jamban seperti najis malah ada yang di campakkan terus ke dalam lubang najis. Yang lebih menyedihkan, sekarang ini bayi-bayi dibuang tanpa mengira jantina. Tidak kira lelaki mahupun perempuan semuanya dibuang, kononnya nak menjaga maruah. Semasa berzina tiada pula rasa nak menjaga maruah. Adakah boleh kita katakan kita bukan di zaman jahiliyah?

Inilah keadaannya berada di 'negara Islam' di zaman jahiliyah. Tidak perlu menyalahkan sesiapa, tidak perlu mengarahkan telunjuk kerana empat jari lagi akan menunjuk kepada kita. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri.

Marilah kita sama-sama kembali kepada Islam yang sebenar, bukan sekadar berbangga berada di 'negara Islam' malah ahli OIC namun membentuk dan membina individu Muslim yang mantap. Bukan sekadar diri sendiri sahaja, pancarkan kepada ahli keluarga dan juga sahabat-sahabat. Moga-moga suatu hari nanti kita dapat keluar dari zaman jahiliyah yang paling teruk sepanjang zaman yakni JAHILIYAH MODEN.

9 comments:

Anonymous said...

betui2..keadaan sekarang pun dah jadi macam dulu. tp lagi teruk..apatah lagi 10 tahun 20 tahun akan datang. macam mana agaknyer dunia ni? bile di pikir2 boleh ke rasanyer diri yg serba kekurangan ni hidup pada masa tu.

Anonymous said...

buang bayi ada juga di kelantan...negeri dirham dan dinar...negeri pemerintahan ulama'...

d4uh said...

to 2nd anonymous
entri ini ditujukan secara general tidak terkecuali mana-mana negeri. Moga dapat meneliti kembali kesimpulan dari entri ini. Sekian

anish said...

sabar matpe

Ismail Marzuki said...

Hmmmm....
menarik2.
So adakah ini IPK?
rasanya nak jugak dgr saudara memberi IPK.

d4uh said...

to ismail marzuki
mungkin ada sedikit elemen IPK...boleh2..insyaAllah kat us nnt..hehe

ammar Roslizar said...

mail, mape dah bentang IPK kot..tok syeikh dah skang mape ni

Anonymous said...

semoga kite smua dilindungi ALLAH dr sgala kjahilan n kemungkaran...aminn
skrg,rmai umat islam idup dlm kelekaan,kealpaan...msg2 cbuk mngejar duniawi...ilang sudah matlamat n tujuan idup sebenar...mkin lme mkin jahil...termasuk diri ana jga...mohon smoga sntiasa dekat dgn rahmat ALLAH..tq to dauh...menghasilkn entri2 sbgini..

d4uh said...

to anonymous
taqabbalallahu minna wa minkum taqobbal ya karim..mari saling mengingati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...