November 18, 2009

Percintaan Pemangkin Kegagalan


Sudah lama aku teringin untuk menulis tentang analisis daripada kajian yang dilakukan secara tidak langsung sepanjang aku di peringkat menengah atas dan juga ketika di kolej. Namun disebabkan aral yang sentiasa melintang di depanku maka baru sekarang berpeluang untuk menulis.

Zaman remaja merupakan suatu tempoh masa yang dikatakan cukup indah untuk setiap manusia. Masa untuk bergelak tawa, bercintan-cintun ,bak kata orang "muda sekali saja, kita enjoy sampai lebam la beb". Pada tempoh masa inilah peningkatan hormon dalam tubuh badan manusia meningkat menyebabkan timbulnya rasa minat yang cukup tinggi terhadap pasangan yang berlainan jenis. Tidak hairanlah mereka yang tidak mempunyai pasangan dilabel sebagai "loser". Mungkin akibat dari budaya dan pemikiran serong yang kita amalkan.

Hasil dapatan kajian aku menunjukkan 88.89% daripada mereka yang dikenalpasti sebagai pasangan bahagia berhadapan dengan kegagalan. Kegagalan disini bukanlah bermaksud perhubungan itu gagal namun kegagalan dalam proses mengejar cita-cita(ni baru kejar dunia). Kononnya dengan bercinta, pikiran menjadi lebih tenang, pelajaran makin dapat difokuskan dan kehidupan menjadi lebih "happening" dengan wujudnya pasangan yang boleh di ajak bersembang hingga ke jam 3 pagi. Ada juga yang mencanangkan dengan adanya pasangan, pengajian secara berkumpulan(walhal berdua sahaja) menjadi lebih efektif dan inovatif malah eksklusif dan tidak terkecuali romantis.

Secara realitinya, percintaan yang tidak matang ini mengundang musibah yang besar.Mungkin kerana emosi di peringkat usia remaja masih tidak dapat diimbangkan menyebabkan yang lain turut serta terumbang-ambing. Dan kehadiran pasangan menambahkan lagi ketidakseimbangan ini walaupun kononnya hadir sebagai tempat mengadu dan mendambakan kasih.

Percintaan bukanlah faktor utama kegagalan, ada banyak lagi faktor-faktor besar lain yang berkaitan namun pada pendapat aku ia adalah pemangkin. Mungkin analisa ini ada kekurangannya kerana bilangan respondan yang terhad, namun keputusannya agak jelas. Kita mempunyai hak untuk memilih, menjadi seorang "loser" dalam percintaan atau "loser" dalam mengejar cita-cita.

p/s: mungkin 4 tahun lagi analisis mengenai perkahwinan di peringkat ijazah pula. moga diberikan umur yang panjang.

29 comments:

PeRaNTau said...

hahahahahha...

memandai je 88.89%....ke betul?

“Kalau kamu mencintai seseorang malah membuat kamu jadi malas belajar, malas kuliah, malas segalanya, membuat kamu malah jadi mundur kebelakang, itu cinta yang tak benar …dst”

Anonymous said...

Happening ah Maper. Aku suka post ni. Memang ada kebenarannya kat sini. Cinta tu adalah satu amanah. Kalau belajar (amanah ibu bapa) pun tak dapat nak tunaikan, amanah cinta...???

d4uh said...

to perantau
yup..88.89% tu angka yang betul..kajian 4 tahun tuh...jgn memain..

p/s: ayat dr buku ape tuh cem..hee

to musyajoh
yup..stuju nga ko..pelajaran pon xkemana lg dh nk bercinta..hoho

PeRaNTau said...

blog lain..haha...

Ibnzakaria said...

huhu.. cam penah dgr je cem..

nama dirahsiakan said...

Adeh.
loser gile aku.

lelaki loser sejati said...

cakap arhh ko tulis blog nih untuk memperkenal kn aku sbg si loser ke pada alam blog ini..terima kasih atas usaha murni ko....idup kelantan

d4uh said...

to lelaki loser sejati
kalo ko loser..aku pon sama je la...ape yg laen nye...haha

Anonymous said...

kalo percintaan pemangkin kejayaan cane lak pei??..hehe

d4uh said...

to anonymous
yang tu kena pikir la sendri...hee..xkn nk suap smua kan...kasi gerak sket pikiran tuh...keh3

Unknown said...

gewe2 jgk,,blaja2 jgk..ko gano ore kito?

d4uh said...

to adib
hee..try jah la...ak xdok larang pon..klu yakin gak beres la..tp diharap jgn jd satu penyesalan di kemudian hari...

Unknown said...

hahhaa..insyaALLAH no regret...

chokio_nia said...

ko kawen jgn lupe ajak aku..ahks..

d4uh said...

to chokio
nmpak gaya ko dulu yg kawen kot..keh3

anish said...

suke suke =3

payidnazmi said...

wowo..dauh, jd psycologist la..haha..

izyan.ariff said...

kegagalan doesnt necessarily means in studies. cuz ramai je proves otherwise. pointer naik, bilangan A semakin banyak etc. ye la, org tersayang jadi pembakar semangat.

tp tu la kegagalan utama. failure to notice sape sebenar2nya yg anugerahkan semangat tu. im guessing 92.9% fail to realize that. heheh~

d4uh said...

to izyan
mungkin yg makin bagus tu x termasuk dlm list kajian ak atau mereka tidak ak kenali secara personal..namun konklusi yg diberi tu ak memang stuju...hee..tq kak yan

p/s: 92.9 ekk..mnarek gak figure tuh..hee

fatiN wahaB said...

haha!~ kak yan mmg pandai..sebab tu kak yan kembar saye..
heeeeeeeeee

aku rase kegagalan kat sni bukan salah kasih sayang atau cinta
sebab dua2nye anugreha Dia..
cume manusia da salah gune anugerah yg Dia bagi...Dia suh berkasih sayang untuk mengelakkan zina, manusia berkasih sayang untuk menghampiri zina..bile la nak berkat...

semoga Dia jauhkan aku dari semue ini... Ameen

zahra' said...

rasa cinta tidak salah. ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. ingin bercinta dan di cintai adalah fitrah semulajd. oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tidak salah merasainya. namun Allah tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. peraturan inilah selalu di langgar.
Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan cinta. di sinilah selalunya remaja terjebak . cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. ketika itulah FITRAH menjadi FITNAH. keinginan tanpa peraturan menyebabkan banyak kemusnahan. begitulah hubungan cinta yang terlarang dan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan dan seterusnya kgagalan.
tp CINTAILAH SESIAPAPUN ASALKAN CINTA ITU MEMBERI LORONG YANG SEBAIK-BAIKNYA UNTUK TERUS MENYINTAI ALLAH. ketika 2, FITRAH mjd ANUGERAH. waallahu'alam

Pujangga Sinis said...

Setuju ngan Mat Pear,
Aku pun dah pernah tengok jatuhnya orang yang bercintan-cintun nh...
Pun dah pernah tengok kebangkitan orang yang bercintan-cintun nh...
Kene kaji nh~~~

d4uh said...

to zahra
terima kasih atas perkongsian saudari...mmg cinta itu tidak salah dan suatu benda yg wajib ada dalam diri setiap makhluk apatah lagi manusia yang sebaik-baik ciptaan..yang salah disini adalah 'percintaan' itu...mungkin bole rujuk entri bersiri untuk tahu lebih lanjut mengenai apakah 'percintaan yang dimaksudkan'...

to marmus
nnt publish analisis ko gak ek..hee

zahra' said...

maaf jika lari dr tjuk pbncgn. skdr berkongsi bhw cinta 2 bole mjd fitnah or anugerah. percintaan? fitnah or anugerah? pecntaan pn besar skopnya. mgkn pcntaan abu salleh dan ummu khair fatimah (parents Syeikh Abdul Kadir Jailani)bole dkatakn pcintaan slpas pnikahan y memangkin kjayaan. "pcintaan pmgkn kgagalan". kegagaln merupakn 1 ujian n kjayaan juga adalah ujian dr Allah utk uji hambaNYa. zikir mcetus zikir. waalahu'alam

zahra' said...

*fikir mcetus zikir

PeRaNTau said...

kata senior (lebih kurang):

"ada yang dah kawen yg dapat first class...tapi ada yang cos sama yang tak kawen lg dapat second upper (kalau tak silap dua org yg 2nd upper nih)..."

pe lg... :p

d4uh said...

to cem
klu cmtu kna kawen awal la cem...ape lg..bile nk antar rombongan..hee..ak bole jd org tgh..dkt je kan nga umah ak..keh3

Amin Rukaini Mustafa said...

hoho, betol3.. kajian yg bernas! teruskan kajian anda.

chesterdila said...

cinta x semestinya c0uple..
kalo btul2 cinta seseorg, die xkan mengajak org yg disayanginya tu mlakukan dosa..

pendapat hilal asyraf ttg cinta sgt2 bagus.. penulis muda yg meningkat naik nama beliau..

setuju 99.99% dgn entry ni..
mase skarang masa utk berbakti pada fmly :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...