Prinsipal

Dulu-dulu aku selalu konfius mana satu prinsipal(prinsip) dan mana satu prinsipal(pengetua). Prinsipal(pengetua) adalah individu yang menjadi tulang belakang dalam mana-mana institusi pengajian manakala prinsipal(prinsip) pula adalah tulang belakang dalam pembentukan jati diri seseorang. Ramai yang kurang sedar akan pentingnya prinsipal dalam kehidupan kita. Malah ada yang memegang kepada prinsipal mengikut sahaja orang lain yang jelas akan merosakkan segala-galanya.

Manusia kadang-kadang sukar untuk menerima sesuatu yang baharu dan hati kecil kita sering mendesak untuk mencuba. Tidak hairanlah jika berlaku kejutan budaya tidak kira di mana sekalipun. Samada mereka yang dari kampung ke bandar mahupun yang dari bandar ke bandar yang lebih 'bandar'. Semuanya akan mengalami kejutan ini.

Disinilah perlunya prinsipal yang akan mengawal segala tindakan dan pergerakan kita bagaikan prinsipal di sekolah. Bukanlah bermaksud setiap perkara itu mesti di tinggalkan sepenuhnya namun perlu ada batas-batas yang di gariskan. Prinsipal inilah yang akan memastikan keputusan yang di buat tidak semata-mata berasaskan nafsu dan pengaruh rakan-rakan. Mengelakkan kita dari terjebak dari perkara yang tidak diingini.

Prinsipal pula janganlah diambil dari buku-buku motivasi kerana kita sudah ada buku agung sendiri. Tak perlu lagi merujuk kepada teori-teori rekaan manusia yang mereka sendiri gagal mempraktikkan kesemuanya.

 

12 Luahan pikiran:

  1. nadiaizzah said,

    keep holding on.

    on October 8, 2009 11:15 PM  


  2. d4uh said,

    to nadia
    insyaAllah...anda juga

    on October 8, 2009 11:54 PM  


  3. PeRaNTau said,

    ingt ko tgh cakap psal jemaah masa baca awal2 :p

    on October 9, 2009 5:10 AM  


  4. d4uh said,

    to perantau
    haha...ye ke..tak terpikir pon pasal jemaah...keh3

    on October 9, 2009 5:34 AM  


  5. hey org soton!!
    haha.
    selamat maju jaya dan menten saja di sana hidup gamaknya.
    =)

    on October 9, 2009 8:31 PM  


  6. london boy said,

    org yg dr kg ke kg yg lebih kg pon kejutan budaya gak ke pe?

    on October 12, 2009 4:57 AM  


  7. d4uh said,

    to pisey
    selamat maju jaya juga anda di sana...hee

    to london boy
    jgn poyo...kg sini lebih bandar dari bandar asal ko...haha..tggu je ak smpai london tuh

    on October 12, 2009 1:50 PM  


  8. Anonymous said,

    mcm mane nk bina prinsipal tu??

    on October 13, 2009 8:45 AM  


  9. d4uh said,

    to anonymous
    prinsipal itu sudah sedia ada dalam buku manual manusia..yang perlu dilakukan adalah menetapkan prinsipal kedalam hati dan sematkan di jiwa...bykkan menelaah buku manual...insyaAllah akan kukuh prinsipal kita

    on October 13, 2009 1:53 PM  


  10. zahra' said,

    "the principles we believe are right, are the best thing in life. they would not leave us until the day we stop believing. for a muslim, the principles are written in the al-quran and hadith. we will fight for what we believe in and those principles will live on forever"
    sekadar perkongsian dan ubuhsuai dr 1 artikel.

    on October 13, 2009 9:46 PM  


  11. d4uh said,

    to zahra'
    terima kasih atas perkongsiaan saudari...jazakumullah

    on October 14, 2009 1:45 AM  


  12. Rhazes said,

    ayat last mu sunggoh mantp
    go go

    on October 19, 2009 9:25 AM