August 11, 2009

Selsema Bab 1

Ingatkan di Yaman saja jumpa orang pakai purdah tapi balik Malaysia pun ramai pula yang berpurdah. Cuma yang lainnya disini jarang benar yang memakai abaya, lebih ramai yang memakai short pant dan juga t-shirt. Inilah penangan selsema babi. Semuanya jadi kelam kabut. Setakat ini sudah 32 orang yang menjadi korban di negara kita dan yang terjangkit sehari-hari semakin meningkat. Perdana Menteri telah pun melancarkan kempen besar-besaran untuk mengawal penularan wabak influenza ini. Ada gesaan supaya orang ramai mengelak dari berkunjung ke tempat-tempat tumpuan manusia untuk mengelakkan jangkitan dan menjadi punca jangkitan pula kepada orang lain. Mungkin tempat paling bahaya adalah semasa demonstrasi GMI tempoh hari. Namun tidak dengar pula pendemonstrasi yang terkena jangkitan. Yang ada cuma pening-pening dan muntah akibat dibedil meriam air dan juga terhidu gas pemedih mata. Nasib baik dibawa bekal garam dari rumah, boleh la juga dijadikan penawar bagi kurang sedikit sakit. Tahniah di ucapkan kepada pendemonstrasi dan tahniah juga kepada pegawai keselamatan yang 'tegas' dalam menjalankan tugas mereka mengawal keselamatan orang ramai (pendemonstrasi tak termasuk golongan orang ramai ke??)

Berbalik semula kepada alkisah selsema babi yang telah membunuh beribu-ribu manusia di dunia walhal setakat ini tiada seekor pun babi yang mati kena selsema. Pelbagai kempen kesedaran sudah dilancarkan bagi memberi kesedaran tentang bahaya selsema babi. Memang tidak disangkal kempen ini sedikit sebanyak dapat menghalang dari jangkitan, namun apa yang kita hadapi sekarang adalah musuh halimunan. Menyerang tanpa kelibat, membunuh tanpa memilih siapa. Tapi kita juga mesti percaya, kecil macam mana pun virus itu, hebat tahap mana pun, ia tetap makhluk. Dan makhluk mesti ada penciptanya. Mungkin dalam kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak virus ini ada patutnya kita minta doa kepada pencipta virus. Agar diri kita sentiasa terhindar dari virus bala ini. Sebab kita manalah tahu, semasa pakai topeng virus tak datang, bila kita bukak saja topeng untuk makan dia datang pulak. Mari sama-sama mintak doa pulak ye.

p/s: Kempen kesihatan sudah merata-rata, kempen solat hajat tolak bala besar-besaran bila pula.

5 comments:

PeRaNTau said...

dah start...slps solat jumaat minggu lepas...

ko start a kat klate

d4uh said...

tringin nak dgr seruan itu dari org no satu negara...huhu...dh ada ke???

Ladyship Atie said...

org no satu negara kalau nak buat kempen solat hajat besar2an kena pikir[anku] at least 10 kali kot.

takut dibangkang kaum2 yang tak boleh buat solat hajat.

d4uh said...

to atie
di negeriku slalu je buat besar-besaran kat stadium...tiada pulak dgr org bangkang....mungkin alasan xnk buat je kott..

Ladyship Atie said...

negerimu lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...