August 25, 2009

Sebat Menyebat

Heboh di muka depan akhbar-akhbar perdana mengenai hukuman sebat yang dijatuhkan kepada Kartika apabila beliau dengan rela hati mahu agar hukuman dilakukan ke atasnya. Hari ini ditangguhkan pula atas sebab menghormati bulan Ramadhan. Walaupun sebatan yang dikenakan bukanlah berdasarkan hukum hudud namun ianya bagaikan satu titik tolak kepada perlaksanaan hukum tersebut di negara Malaysia yang dicanang-canang sebagai sebuah negara Islam.

Aku rasa cukup marah dan jelek dengan satu kenyataan yang di buat oleh sebuah badan legislatif di Utusan

Malah, hak asasi manusia antarabangsa juga mengutuk hukuman sebat dan apa jua hukuman dera. Hukuman ini dianggap sebagai zalim, tidak berperikemanusiaan dan kami menggesa kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat ini
Hukuman sebat terbukti bukanlah suatu hukuman yang boleh dijadikan teladan kepada orang lain.
Berkata-kata seolah-olah dunia ini mereka yang punya, merekalah yang paling berkuasa. Kenyataan ini tidak mungkin akan dijadikan isu besar memandangkan yang mengeluarkan kenyataan bukanlah ahli politik. Kalau dari ahli politik pastilah dijadikan tajuk utama akhbar-akhbar.

Hukuman hudud jelas diturunkan dari langit dan bukanlah hasil dari pemikiran otak manusia yang mempunyai rendah dan terhad. Ianya yang Maha Alim dan Maha Adil yang tahu bagaimana caranya untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia ciptaanNya. Kenyataan di atas ini secara tersiratnya menghina hukum hudud dan secara tidak langsungnya mahu merendahkan yang menciptanya. Kita sebagai orang beriman harus berasa benci dan marah dengan tindakan mereka yang cuba mencemarkan agama.

Mungkin mereka yang mengeluarkan kenyataan sudah boleh mula mencipta bumi,langit, udara dan air mereka sendiri kerana yang ada sekarang ini semuanya hak milik Yang Esa. Kalau dah cipta tu bolehlah pindah cepat-cepat, menyemak saja di dunia ini.

3 comments:

perantau_kamal said...

ha3...then ade pule pemimpin yang menyeru si kartika membuat rayuan di mahkamah supaya hukuman sebab ditarik balik...

nampak sangat pemimpin yang islam sendiri tidak menyokong hukum islam...

ho3...inilah negara islam yang kita impikan selama ini...

(p/s: mungkin sbb tu ke pas trus menang permatang pasir? 4000 lebih tuu)

perantau_kamal said...

*sebat

d4uh said...

to cem
yang peliknya sekarang ni org2 atas yang takut nk lakukan hukuman...yang nk menerima hukuman redha je utk disebat...mcm2 alasan diberikan...takde pakar sebat la...penjara x bersedia lah...mcm2 ada

p/s: mungkin takut dilabel kerajaan yang melaksanakan hukum islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...