June 18, 2012

Antara BM,I,A,DnT (Part 2)


BM yang disebut-sebut dalam post sebelum ini bukanlah BM yang boleh dicari di laman web atau sekadar bersatunya dua manusia berlainan jantina, tetapi ia lebih daripada itu. Ianya BM yang dibina berpaksikan kepada DnT, atas dasar kefahaman bahawa BM yang bakal dibina perlu memberikan satu impak yang besar kepada masyarakat sekeliling. Ini adalah satu pemikiran yang harus ditanam dalam pemikiran semua yang bersama dengan DnT.

Sebelum ini, aku merupakan seorang yang cukup skeptikal mengenai BM. Aku kadang-kadang kurang faham kenapa golongan pakcik-pakcik sentiasa membuka topik ini setiap kali berpeluang bersembang dengan para pemuda. Mungkin perkara yang sama juga dilakukan oleh makcik-makcik, itu aku kurang pasti. Sebelum ini juga aku berpendapat bahawa I tidak semestinya bersama dengan A untuk BM. Kononnya dengan membina BM dengan bukan A pasti akan menambahkan lagi bilangan A di masa hadapan. Mungkin ini adalah satu benda yang mudah kerana secara teorinya, seorang isteri perlu patuh kepada suaminya. Maka amatlah senang bagi seorang suami untuk mengajak isterinya untuk berjuang bersama. Namun perkara yang sebaliknya berlaku jika A membina BM dengan bukan I. Ada kemungkinan besar aktivisme A akan disekat, dikurangkan dan ditahan akibat tidak mempunyai cara fikir yang sama dengan suaminya. Ini adalah satu kerugian kepada DnT apabila seorang yang sudah bertahun-tahun dibina dengan DnT tapi pada akhirnya potensinya dibantutkan berpunca daripada BM yang dibina.

Mungkin ada orang akan menimbulkan isu bahawa BM antara I dan A juga banyak masalahnya. Ada yang tidak menjadi, ada yang eksiden di tengah jalan dan macam-macam lagi. Aku bukanlah mengatakan bahawa BM antara I dan A adalah yang terbaik tanpa cacat cela, kerana kita semua adalah manusia yang penuh dengan kekurangan. Mungkin juga kerana kita sering mencari kesempurnaan terlebih dahulu daripada mencari keberkatan.

p/s: Terpaksa dihentikan takut terlalu panjang.
p/s: Maaf jika anda kurang paham bila membaca post ini. 

9 comments:

syazana said...

Ado sambungan lagi dop neh? Menarik kupasan paka shortform tu (:

kaklong said...

Lelaki soleh boleh bimbing perempuan tak soleh. Perempuan solehah belum tentu boleh bimbing lelaki tak soleh.
Ha betul ke apa sy paham nih?

i=lelaki soleh
a=perempuan solehah
d+t= errr.. tak confident

d4uh said...

@syazana: insyaAllah, doakan agar diberi kelapangan dan buah pikiran.

@kaklong: btoi dh tuh..hee

Anonymous said...

menanti luahan pikiran yg seterusnya

Ismail Marzuki said...

So, I dan A tu kira ikhwah dgn akhawat ke?

d4uh said...

@ismail: depend la nk interprate camna..hee

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

bm-baitul muslim
i-ikhwah
a-akhowat
dnt-dakwah n tarbiyyah.

waallu'alam.

p.s: ana nk request enta buat entry ttg taadud jemaah. (tabligh, pas, ikram, isma, haluan, dll jemaah). sebab setahu ana, kita (ana n enta) berbeza jemaah, jadi ana nak tau juga pendapat dari sahabat dari jemaah lain. insyaAllah yang pasti semua punya matlamat yang sama. jzkk

d4uh said...

@anon: ana bukanlah orang yang arif ttg taadud jemaah dan mmg tidak layak utk hasilkan post mengenai topik tersebut. Tak mengapa berbeza jemaah tapi yang pentingnya kita bersatu ghayah(Allah). Perlunya penjelasan kepada matlamat agar segala tindakan adalah Allah-oriented dan bukannya jemaah-oriented.

p/s: menulis mengenai jemaah biasanya akan mengeruhkan lagi situasi dan kadang-kadang mencetus pula perbalahan di ruang komen. Satu benda yang ana cuba elakkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...