December 6, 2011

Sindrom Ana Khairun Minhu


Anggota badan kita ini hanyalah pinjaman dan setiap satunya akan diberikan power untuk berkata-kata suatu hari kelak, dan tidak berhenti setakat itu, mereka inilah yang akan menjadi saksi pula kepada kita. Fuhh. Cuak kan??

Anggota apakah yang paling payah untuk dijaga?? Sila pikir dulu 5 saat sebelum baca pereggan seterusnya.

Adakah mata?? Payah-payah, meliar tak tentu hala. Adakah telinga?? Payah juga, terdengar orang mengumpat tapi tak berpindah tempat juga, biasa la, orang panggil dosa manis. Adakah kemaluan?? Kompem payah, kalau senang takkanlah setiap 17 minit 17 saat keluar seorang bayi tak bersalah yang digelar anak luar nikah.

Tapi kan, yang paling susah semestinya yang mengawal semua yang diatas. Ok. Sekarang boleh check betul atau tidak jawapan yang anda pilih 30 saat yang lalu. Ya anda betul, semuanya terletak pada hati. Jika baik maka baiklah seluruh anggota, jika buruk maka buruklah seluruh anggota( mafhum hadis).

Ada satu sindrom hati yang sangat bahaya yang ingin aku tegaskan kat sini. Mungkin medical student boleh komfemkan betul ke tidak. Sindrom ini adalah sindrom "ana khairun minhu"atau bahasa orang putihnya "holier than thou" dan juga bahasa melayunya "aku lagi bagus dari ekau". Fuhh,penat google translate.

Ini satu penyakit yang sering melanda manusia, bilamana kita berasa orang lain itu tidak sama level dengan kita. Bila kita rasa amal ibadah kita lebih banyak dari orang lain, bila kita rasa kita ini berjuang di jalan Allah dan mereka tidak, bila kita rasa kita lebih banyak menyumbang dari mereka, bila kita rasa kita menderma lebih dari mereka. Sedar atau tidak, merasa lebih itu adalah bisikan syaitan. Kerana hati itu senang ditiup-tiup, maka senang juga ia berubah.

Mungkin mereka yang sedikit amal itu lebih khusyuk dari kita, mungkin juga perjuangan kita sia-sia kerana niat kita dunia semata-mata, mungkin juga sumbangan kita yang banyak tidak berguna kerana ikhlasnya tiada. Nah, semat dalam hati, bukan kita yang menentukan siapa lebih baik atau siapa kurang baik tapi yang paling penting adalah menuju kepada perfection(muhsin). Kalau nak sangat tahu siapa lebih baik, tunggulah siapa dahulu yang dipanggil untuk dihisab dan siapa dulu yang masuk syurga atau siapa dulu masuk ke neraka.

By the way, sindrom ini asalnya dari syaitan(7:12) maka kita sama-sama doakan sesama kita moga hati kita dijauhkan dari sindrom ini.


6 comments:

Anonymous said...

tidak di nafikan bahawa hati adalah salah satu ciptaan yang sukar untuk di jaga. bak kata pujangga hati adalah kerajaan diri. tapi berapa ramai yang boleh menjaga hati masing2? saya rasa dengan adanya iman barulah hati dapat di pelihara. namun tengok keadaan sekarang even diri sendiri pun fuh..susah nak cakap. terlalu banyak godaan ke arah menjerumuskan hati dan iman ke dalam lembah maksiat.

dan perlu di ingat utk mengelak sindrom yg penulis maksudkan cuba ingat balik lagu raihan zaman dulu2

jika di puji kejayaan kita
semuanya bukan milik kita
oleh itu sedarlah sentiasa
semuanya dari Allah

d4uh said...

@anonymous: yep2..hati tanpa iman itu hati yang mati..

p/s: lama btol dh x dgr lagu raihan..hoho

... said...

Salam alaik,

Wah, bhs melayu Anonymous sgt bagus!

I second that. However, it's not entirely true that it is only possible with the existence of Imaan. - There are many good non-Muslims out there too. *Get the drift?*

Wslm.

d4uh said...

@... ni anonymous gaya baru ek,xpe2, i know who you are..hee..yep2, true2..there are many good non muslim because they were born as a believer in the first place(its the fitrah)..its a matter of time and depends on our effort to spread Islam so that they also embrace this true religion.

faridnazmi said...

nice post dauh, org wk kijo agama patut baco neh..ramai (munkin) hok ikhlas, tp sedikit rendahkan org lain..WA

... said...

I couldn't have put it better myself. Great respond akhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...