December 13, 2011

I believe in training




Ok, sila jangan tertipu dengan tajuk yang ditulis dalam bahasa omputih kerana isinya semua dalam bahasa ibunda. Jangan risau.

Ramai orang sangka Messi itu dilahirkan dengan bakat bola sepak semulajadi, Taufik Hidayat lahir-lahir dah boleh buat backhand smash, ataupun Nadal tiba-tiba saja pandai buat bola loop yang cantik, namun di sebalik kehebatan dan persembahan mereka di gelanggang atau padang selama beberapa jam, kita tak sedar beratus-ratus jam dihabiskan untuk latihan. Memahirkan teknik sedia ada, menajamkan pukulan atau sepakan dan mempelajari teknik yang baru. Betul, mereka memanglah ada bakat tapi nak ditekankan betapa pentingnya latihan untuk nurture bakat sedia ada.

Semua benda di dunia ni semuanya boleh dikuasai, tiada satu pun yang mustahil. Jika seorang itu kata dia memang dilahirkan untuk tidak mahir dalam apa-apa bermakna dia telah menipu diri sendiri. Dalam diri manusia itu sudah ada bakat, yang perlu di buat adalah turun padang dan berlatih. Sampai bila-bila pun takkan pandai bermain bola jika bola itu tidak pernah di sepak walau sekali.

Dalam hidup kita pun sama saja, dalam kita berlumba menjadi Muslim terbaik, latihan menjadi satu kewajipan. Jika ibadat kita kurang, kita latih supaya makin meningkat. Jika maksiat banyak kita latih dengan puasa. Kalau tak pandai bercakap kita berlatih bercakap. Kalau rasa ketika berlatih sendirian tu tak syok ataupun cepat letih, kita ajak kawan-kawan. Komfem makin syok jadinya latihan kita malah makin berkesan.

Bukan mudah untuk menjadi as-siddiq seperti Abu Bakar dan bukan senang menjadi seperti saifullah Khalid.

December 6, 2011

Sindrom Ana Khairun Minhu


Anggota badan kita ini hanyalah pinjaman dan setiap satunya akan diberikan power untuk berkata-kata suatu hari kelak, dan tidak berhenti setakat itu, mereka inilah yang akan menjadi saksi pula kepada kita. Fuhh. Cuak kan??

Anggota apakah yang paling payah untuk dijaga?? Sila pikir dulu 5 saat sebelum baca pereggan seterusnya.

Adakah mata?? Payah-payah, meliar tak tentu hala. Adakah telinga?? Payah juga, terdengar orang mengumpat tapi tak berpindah tempat juga, biasa la, orang panggil dosa manis. Adakah kemaluan?? Kompem payah, kalau senang takkanlah setiap 17 minit 17 saat keluar seorang bayi tak bersalah yang digelar anak luar nikah.

Tapi kan, yang paling susah semestinya yang mengawal semua yang diatas. Ok. Sekarang boleh check betul atau tidak jawapan yang anda pilih 30 saat yang lalu. Ya anda betul, semuanya terletak pada hati. Jika baik maka baiklah seluruh anggota, jika buruk maka buruklah seluruh anggota( mafhum hadis).

Ada satu sindrom hati yang sangat bahaya yang ingin aku tegaskan kat sini. Mungkin medical student boleh komfemkan betul ke tidak. Sindrom ini adalah sindrom "ana khairun minhu"atau bahasa orang putihnya "holier than thou" dan juga bahasa melayunya "aku lagi bagus dari ekau". Fuhh,penat google translate.

Ini satu penyakit yang sering melanda manusia, bilamana kita berasa orang lain itu tidak sama level dengan kita. Bila kita rasa amal ibadah kita lebih banyak dari orang lain, bila kita rasa kita ini berjuang di jalan Allah dan mereka tidak, bila kita rasa kita lebih banyak menyumbang dari mereka, bila kita rasa kita menderma lebih dari mereka. Sedar atau tidak, merasa lebih itu adalah bisikan syaitan. Kerana hati itu senang ditiup-tiup, maka senang juga ia berubah.

Mungkin mereka yang sedikit amal itu lebih khusyuk dari kita, mungkin juga perjuangan kita sia-sia kerana niat kita dunia semata-mata, mungkin juga sumbangan kita yang banyak tidak berguna kerana ikhlasnya tiada. Nah, semat dalam hati, bukan kita yang menentukan siapa lebih baik atau siapa kurang baik tapi yang paling penting adalah menuju kepada perfection(muhsin). Kalau nak sangat tahu siapa lebih baik, tunggulah siapa dahulu yang dipanggil untuk dihisab dan siapa dulu yang masuk syurga atau siapa dulu masuk ke neraka.

By the way, sindrom ini asalnya dari syaitan(7:12) maka kita sama-sama doakan sesama kita moga hati kita dijauhkan dari sindrom ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...