February 28, 2012

Berubah itu kadangkala mudah, yang payahnya...


Jika sebelum ini anak muda digesa untuk diubah berubah dan mengubah, kali ni nak tengok apa yang jadi payah bila dah berubah.

Semalam hampir 3 jam menelaah semua post yang ditulis dalam blog The Rocking Hijab sampai lebam biji mata. Sangat terkesan dengan kisah hidup penulis blog tersebut dan bagaimana hidayah Allah membolehkan beliau berubah sendiri tanpa melalui proses diubah dan sekarang dapat dilihat kesungguhannya untuk mengubah orang lain.

Sejujurnya selepas habis membaca blog tersebut, diri ini terasa begitu dhoif, terasa cukup lemah. Terasa selama ini pergantungan pada Allah belum cukup kuat. Terfikir semula berapa banyakkah sumbangan yang sudah diberikan.

Untuk berubah itu kadang-kadang senang, namun yang payahnya adalah menghadapi cemuhan, kritikan malahan ancaman kepada perubahan itu. Ada wanita yang segan untuk menutup aurat kerana takut kehilangan rakan baik, risau kalau-kalau dipulaukan. Ada lelaki pula terasa janggal untuk mengajak member lepak berjemaah ke surau kerana gusar jika digelar alim kucing dan akhirnya dia sendiri terlepas solat jemaah semata-mata kerana "menjaga hati" member. Kita merasakan apa yang kita hadapi sudah cukup payah sedangkan orang lain menerima ancaman yang lebih hebat, di halau dari rumah, disingkirkan dari keluarga, namum mereka tabah, mereka anggap itu semua dugaan dari Allah. Lemahnya diri kita ni kan?

Untuk berubah itu juga kadangkala senang, yang payahnya adalah untuk sentiasa berubah ke depan (baca meningkat). Ada yang berubah kedepan selangkah tetapi esoknya berundur 3 langkah. Memang betul iman itu turun dan naik namun yang perlu kita pastikan adalah di takat mana iman kita pada aras normal. Dari aras inilah kita dapat menganalisis diri sendiri. Bukanlah menggesa untuk mendapatkan numerical value untuk iman tapi paras normal ini dapat diukur dengan amal fardhi kita. Contohnya untuk mencapai aras normal , kita setkan untuk diri kita membaca 5 mukasurat al-quran. Jika kurang dari sasaran maka there is something wrong with ourselves. Seperti yang pernah ditulis sebelum ini mengenai kelajuan lebih penting dari pecutan dan mengekalkan momentum, aras normal ini perlu sentiasa ditingkatkan, diperkasakan selari dengan kemampuan kita.

Jika anda merasakan proses diubah,berubah dan mengubah ini susah, percayalah anda sedang diuji untuk memantapkan lagi diri. Dan jika anda merasa pula proses ini senang maka perhatikan semula diri, semestinya anda juga sedang diuji.

4 comments:

cantik di hati said...

yang payahnya ialah utk beristiqamah dengan perubahan tersebut kerana seperti kata penulis setiap perubahan akan ada ujian yang perlu ditempuh. jika senang ujian maka kita dapat mengekalkan perubahan tersebut dalam tempoh masa yang panjang dan jika sebaliknya kemungkinan perubahan yang dilakukan hanya dapat bertahan beberapa hari sahaja.

PS: tersedar kadang2 kita sudah hilang sesetengah perkara positif yang ada dalam diri sewaktu "muda" dulu.

ffh said...

not everyone has the chance

d4uh said...

@cantik di hati: istiqamah itu adalah jihad paling besar(melawan hawa nafsu)

@petite girl: the chance is always there, its whether we try to grab it or we just ignore it

... said...

mashaAllah akh, this writing is beautiful.. subhanAllah.. so true.. may Allah enable us all to be strong in Imaan to always istiqamah with our good changes.

It is so true smtms we DO change for the better BUT to maintain it, at times are truly difficult~! Astaghfirulla may Allah give us strength and guidance always~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...