Sudah menjadi fenomena di zaman muka buku sekarang ini manusia suka berkongsi apa yang di anggapnya menarik dan boleh memberi pengajaran kepada rakan-rakan yang lain. Memang tidak disangkal perkara ini amatlah positif. Manusia sekarang lebih suka untuk mengisi kekosongan jiwa dengan ilmu dan mengajak manusia lain kepada kebaikan.
Berkongsi itu amalan yang cukup baik, namun begitu, nampaknya kita mudah melatah, terlebih lajak dari laju. Sebelum ini pun pernah muncul artikel-artikel yang isinya semacam membawa kepada kebaikan namun kesahihannya cukup dicurigai. Dikatakan dari ulama ini dan ulama itu namun yang menulis artikel tersebut bukanlah ahli dalam bidang yang ditulis tapi bilangan share mencecah ribuan kali. Sedangkan kita sendiri tidak pasti mengenai sesuatu, tapi kita dengan bangga mengklik ikon share. Ini adalah satu tabiat yang tidak sihat.
Contoh yang gempar baru-baru ini adalah Kony 2012. Video berdurasi 30 minit memenuhi feeds mukabuku dan menjadi global trend di twitter. Ramai antara kita menerima bulat-bulat apa yang di tunjukkan di dalam video tanpa di selidiki, tanpa dilihat kedua-dua sisi. Malah, negara Uganda pun pertama kali kita dengari. Bukanlah bermaksud Kony itu orang yang baik, tetapi one side view akan menjadikan kita orang yang bias. Tidak semena-mena kita menjadi penghukum.
Kisah yang lebih dekat dengan kita adalah berita seorang ibu yang ditinggalkan anaknya di hotel beberapa hari lepas. Heboh segalaksi muka buku. Ada yang mencela, ada yang melaknat, ada pula yang mendoakan neraka kepada anak tersebut. Pernahkah terfikir bagaimana kita hendak memohon maaf dari anak tersebut jika kita ada terlaknat beliau. Berbuat dosa dengan Allah itu ampunannya taubat namun berbuat dosa dengan manusia itu tiada ampunan melainkan yang dizalimi memaafkan kita. Semua ini adalah kerana kita bersifat emosional dan bukannya analitikal. Menerima dan mempercayai suatu perkara hanya dari satu sumber dan yang paling jelas sekali kita cepat sangat melatah.
p/s: Teringat ayat ke-6 dalam surah al-Hujurat.
3 comments:
first time, tgk video pasal anak tggal mak kat budget hotel tu, sedeyh dan rsa marah sgt pada anak tu.
bila dah bnyak kali ternmpak org post kat fb pasal vid tu, terdetik kat hati yg mungkin anak tu bukan tggalkan dgn sngja, dan mungkin dia mengalami kemalangan ke, mslah ke, smpai tak membolehkan dia jemput mak dia balik.
apa2 pon yg penting skali jgn jadik anak derhaka! tak payah nak tggu abaikan mak ayah, mak ayah depan mata pon anak2 boleh jadi derhaka tak gitu! renung2kan~~~ :)
@anonymous: jgn biarkan emosi mendahului akal..stuju dgn pendapat anda..guna peluang yang ada untuk berbakti kpd ibu bapa
balik2 duk bace this post.*haih* think it's what ppl called "sape mkn cili trase pedasnye"?
despite tak mencela/melaknat/mendoakn neraka, tp mmg telah terima bulat2 cerita tu the other day. T,T
jazakallah for the reminder.
and may Allah forgive the sins.
another hadith to ponder;
”Cukuplah bagi orang itu disebut pembohong apabila dia membicarakan setiap yang dia dengar,” (HR. Muslim)
Post a Comment