January 19, 2012

We are all One


Aku cukup bertuah untuk berpeluang berada di bumi asing di zaman ini. Bukanlah bertuahnya kerana boleh bermain salji atau bercakap slang British, akan tetapi rasa beruntung itu adalah apabila dapat melihat sendiri putik-putik sinar yang bakal mengangkat Islam kembali ke tempat asalnya. Lihat sahaja gambar-gambar dan video yang dimuat naik ke Facebook, muda mudi ceria bersemangat berkumpul bersama-sama. Ya, tanggapan anda kurang tepat, mereka bukan ceria kerana berpesta berseronok berdansa, namun keceriaan dan kegembiraan itu terbit dari hati yang mekar dengan ukhuwah dan penuh terisi dengan makanan ruh.

Rasa beruntung juga, proses mengumpulkan manusia ini tidak dilakukan satu pasukan sahaja. Dalam selang masa 2 minggu pada cuti musim sejuk yang lepas, beberapa program telah dianjurkan dengan penuh meriah, penuh kejayaan, penuh isinya. Rakan sekalian, ini adalah satu rahmat. Aku yakin dan pasti setiap perkumpulan yang dijalankan tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk mendekatkan diri peserta dan penganjur kepada Rabbul Jalil. Perkumpulan yang dijalankan tidak syak lagi bertujuan memperbaik dan membentuk manusia-manusia yang tahu tujuan berpijaknya kaki di bumi, ke mana kaki menuju.

Moga perjuangan kita tidak berhenti setakat di sini sahaja. Moga himmah kita tidak tertinggal di bumi asing ini kerana di tanah tumpah darah kita masih ramai menunggu untuk di bentuk dan di perbaik. Mari sama-sama bekerja ke arah kebaikan kerana kita semua 1ghayah(tujuan).

4 comments:

penchenta.coklat. :P said...

:) wish everybody feels the same thou. sayang bila masih ada yg tlalu asyik mengejar shingga lupa that we all are one, and we all aim for One.
tp takpe. iA majority sedar.

ps: exam2 pun terang je tu Pikiran. 2 post skaligus! hehe. say alhamdulillah yop. Dia bg peluang beramal with some writings :)

d4uh said...

@penchenta.coklat : alhamdulillah..post ni tulis awal bln lg..tp x smpat habiskan..hee

iwe feat redz said...

gilerrr..sudah slang british dah skrg~ weyh matpe, matikan la word verification. xbest la nak comment kat ko nye blog

d4uh said...

@redz: haha..bajet je slang british..klu xde word verification tu ramai sgt la spammer..dok iklan baju la tudung la..serabut..hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...