January 6, 2009

Penyakit

Tiada manusia yang 'invincible'. Tiada juga yang mempunyai kekuatan dan keupayaan melainkan segalanya kurniaan dari Ilahi.

Ada dua penyakit utama dalam diri manusia yakni penyakit syahwat dan penyakit syubhah. Kedua-duanya hasil susah payah makhluk bernama Syaitan yang menyelinap ke dalam salur darah kita. Menyorok di sebalik jantung kemudian membisikkan ke dalam hati.

Syubhah adalah penyakit di mana kita sentiasa dalam keadaan was-was. Tidak yakin dalam ibadah terutamanya. Ambil wudhuk sampai basah kuyup baju, bertakbiratulihram sampai tiga empat kali dan macam-macam lagi. Sememangnya itu adalah bisikan dari syaitan yang ingin kita jauh dari yang Maha Esa dengan lebih menumpukan permasalahan sah ke tak sah. Rawatan perlu segera dilakukan kerana lama-kelamaan bisikan syaitan akan lebih diyakini daripada benda lain. Maka syaitan akan cuba sedaya upaya untuk merosakkan pegangan iman seseorang.Kepada mereka yang ditimpa penyakit ini, kaedah untuk membuang penyakit ini adalah dengan banyak bertawakal kepadaNya kerana setiap amalan itu akan dinilai oleh yang Maha Esa. Maka kita sebagai hamba perlu melakukan dengan sepenuh hati dan bukannya dengan keadaan ragu-ragu. Amalkan juga surah An-Nas dan istighfar untuk menghalau keluar syaitan-syaitan yang berkampung di hati kita.

Penyakit syahwat pula adalah sesuatu yang memang menjadi musuh utama kepada manusia. Ia adalah pendorong kepada kita untuk melakukan perkara yang di luar daripada pikiran akal yang waras. Apabila segala tindakan kita hanya berdasarkan nafsu semata-mata, halal haram diketepikan, yang penting keseronokan dan kenikmatan tercapai. Mungkin anda juga bersetuju jika saya mengatakan bahawa golongan yang paling terdedah kepada penyakit syahwat ini adalah para remaja. Kemodenan zaman di masa kini lebih mendedahkan kita kepada virus-virus penyakit syahwat. Harus diingat bahawa keseronokan yang sementara di dunia ini akan di balas dengan azab yang berpanjangan di sana kelak. Menyibukkan diri dengan perkara berfaedah dapat mengurangkan potensi untuk mengidap penyakit kronik ini. Maka sibukkan diri kita dengan program ilmiah dan tazkirah untuk mengelakkan hati hanyut di pukul ombak bisikan syaitan. Banyakkan istighfar moga kita senantiasa mendapat perlindungan dan petunjuk darinya.

p/s: tulisan untuk mengingatkan diri sendiri yang banyak penyakit..huhu

5 comments:

Anonymous said...

menurut ibn qayyim al-jawziyyah (if im not mistaken), syahwah dapat diatasi dengan mujahadah, shubhah dapat diatasi dengan ilmu..for me, syahwah (ni bukan nafse seks je) boleh menyebabkan kita tergolong dalam al-maghdub (yang dimurkai) dan shubhah boleh menyebabkan kita tergolong dalam al-dholleen (yang sesat)..rujuk al-fatihah..wallahualam =)

alfun mabruk akhi atas post ini =)

d4uh said...

to elbaeraqy
time kasih atas info tambahan yg dikongsi bersama...

syahwah mmg bukan dalam skop nafsu seks saje malah merangkumi segala aspek...sengaja dihighlightkan memandangkan kebanyakan para pemikir yg berdarah muda...hoho...

Anonymous said...

baru perasan psl penyakit syubhah ni~

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

owh berguna betul lah post psl ni...time kaseh ep...

ahmad zaid said...

penyakit wahan..takotkan mati cintakan dunia..semakin popular semenjak Gaza diserang hebat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...